Assallammualaikum
Korang pernah hadapi situasi dimana dalam sibuk untuk melengkapkan persiapan Hari Raya sekali korang tertinggal satu perkara yang wajib iaitu Membayar Zakat Fitrah. Alamak! mula terkejar-kejar mencari kunci kereta untuk pergi ke kiosk zakat yang berdekatkan. Bila sampai, sekali kena beratur panjang daa..mana tidaknya esok sudah rayakan, masing-masing berlumba untuk bayar zakat.
Sekarang korang tidak perlu lagi beratur atau terkejar-kejar untuk membayar zakat di kiost lagi kerana korang boleh membayar melalui E-Zakat Pay sahaja. Tetapi perlu diingatkan, bila sudah boleh bayaran zakat melalui atas talian ini, jangan pula korang korang bertangguh dan terlupa untuk menunaikan kewajipan ini. Jangan sampai korang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga korang terlupa dengan urusan akhirat.
Cara Membayar Zakat Melalui Atas Talian
RM7 - Beras Super Special Tempatan (5% Hancur)
RM14 - Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi
RM21 - Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah
Cara pembayaran Zakat Melalui Bank Rakyat:
Pembayar perlulah mempunyai akaun RHB terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat telah selesai dilakukan.
2. Klik RHB Islamic Bank dan log masuk ke Perbank Internet Korang
3. Pilih “BillPay”>"OpenPayment"
4. Pilih "Pusat Pungutan Zakat WP"
5. Masukkan " Nama, No Ic, Jenis Zakat, Amaun"
6. Masukkan "No OTP"
7. Klik "Submit"
Semoga korang mendapat lebih keberkatan rezeki apabila korang memenuhi tuntutan Allah s.w.t. Semoga Allah memudahkan kerja kita!
No comments:
Post a Comment