Assallammualaikum
Zaman semakin lama semakin moden. Begitu juga dengan teknologi yang semakin lama semakin canggih. Dulu kita perlu beratur panjang untuk membuat sesuatu pembayaran, namun sekarang semuanya hanya dihujung jari sahaja. Begitu juga dengan Membayar Zakat. Tidak perlu lagi korang apply cuti dan lenguh kaki semata-mata untuk membayar zakat.
Sekarang, korang boleh membayar Zakat melalui E-Zakat Pay sangat mudah dan pantas. Hanya beberapa klik maka selesailah urusan pembayaran zakat korang. Shailla pun baru lepas menbayar zakat kwsp. Dalam keseronokkan mendapat simpanan kwsp, jangan terlupa pula untuk membayar zakat.
Cara Membayar Zakat Melalui Atas Talian
Bayar Zakat Secara Cashless Dengan Perbankan Public Bank
Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.
Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di
E-Zakat Pay dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat.
Cara pembayaran Zakat Melalui Public Bank:
Pembayar perlulah mempunyai akaun Public Bank terlebih dahulu bagi membuat bayaran secara atas talian. Caranya amat mudah.Korang hanya perlu ikuti langkah-langkah ini.
1. Masuk Perbankan Internet
2. Klik PBe dan log masuk ke Perbank Internet Korang
3. Pilih “BillPay”>"OpenPayment"
4. Pilih "Pusat Pungutan Zakat WP"
5. Masukkan " Nama, No Ic, Jenis Zakat, Amaun"
6. Masukkan "No OTP"
7. Klik "Submit"
Lihat betapa mudah dan senangnya membayar zakat. Semuanya di hujung jari sahaja . Jadi, tiada alasan lagi untuk korang yang telah cukup syarat ini mengelak daripada membayar zakat.
Kelebihan Menbayar Zakat Melalui
Tiada pendaftaran serta bayaran untuk menggunakan E-Zakat Pay
Pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membayar untuk membuat bayaran zakat melalui kaedah ini. Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password dan boleh membuat pembayaran secara online di bank tersebut
Tiada bayaran tambahan dikenakan
Tidak, pembayar tidak dikenakan sebarang cas tambahan sekiranya membuat bayaran zakat menggunakan kaedah ini, akan tetapi terdapat had minimum iaitu RM 10 bagi setiap pembayaran melalui kaedah ini
Tiada pemasangan aplikasi untuk pembayaran zakat
Pengguna tidak perlu memasang apa jua bentuk perkakasan untuk menggunakan sistem ini. Walaubagaimanapun, pihak MEPS akan menyediakan pihak merchant (Lembaga Zakat Selangor) dengan "Seller plug-in" iaitu satu perisian keselamatan yang akan letakkan di dalam portal LZS (MAIS) bagi menjamin keselamatan pembayaran yang dilakukan.
Proses yang selamat
Keseluruhan transaksi di encrypted dengan 128 Bit SSL.
Oleh itu, semua maklumat yang dihantar adalah selamat seperti membuat pembayaran di website bank tersebut. Pengguna juga disahkan di platform internet banking untuk semua transaksi yang dilakukan.
Selain itu, kesemua pembayaran akan dilakukan dalam "real time online" iaitu proses debit daripada bank pembayar kepada akaun pembayar akan dijalankan pada masa itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.
Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik? Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita. Melalui amalan bersedekah juga akan melahirkan perasaan tenang dan bahagia.
Semoga korang mendapat lebih keberkatan rezeki apabila korang memenuhi tuntutan Allah s.w.t. Semoga Allah memudahkan kerja kita!
Untuk maklumat lanjut:
No. Telefon: 1 300 88 4343
Emel: maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
No comments:
Post a Comment