Assallammualaikum
Semua pasti tahu, pemakaian sunscreen amat penting dalam kehidupan harian kita. Sunscreen dapat memberi perlindungan kepada kulit kita dari sinaran matahari yang terik. Suncreen juga dapat mengatasi kulit muka kita menjadi kusam dan berjeragat. Bila muka sudah tumbuh jeragat memang susah hendak hilangkan. Jadi apa yang kita perlu buat adalah mengawal dari ia terus membiak seperti virus..hahaha.
Walaupun kita sudah buat rutin penjagaan wajah yang betul tetapi tidak memakai sunscreen, memang sia-sia sahaja apa yang korang buat itu. Jadi kali ini Shailla ingin kongsikan salah satu sunscreen yang menjadi kegemaran Shailla iaitu Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature.
Mengapa Aloe Vera Sunscreen ini menjadi kegemaran Shailla adalah kerana Aloe Vera Sunscreen ini sangat sesuai dengan kulit Shailla dan tidak menimbulakan iritasi pada wajah setelah menggunakannya. Untuk korang yang mempunyai kulit sensitif dan berminyak juga sesuai untuk gunakannya kerana
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature sesuai untuk semua jenis kulit.
Sunscreen yang bagus adalah yang mempuyai PA+++ dan SPF 35 dan ke atas. Untuk Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini mempunyai SPF50 dan PA+++. Memang sudah cukup untuk melindungi muka dari sinaran matahri. Cuma satu yang korang faham iaitu sunscreen kena pakai setiap 4 jam bukan untuk seharian.
Texture Aloe Vera Sunscreen ini sangat ringan dan mudah meresap pada permukaan kulit. Kadang-kadang sesetengah sunscreen ini menyebabkan muka korang menjadi capuk dan tompokan putih pada muka yang membuat korang akan jadi putih yang nampak pelik. Tetapi tidak dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini kerana ia akan membuat wajah korang nampak neutral.
Aloe Vera Sunscreen ini "physically" nampak "light green color cream" (Aloe Vera bau). Selepas sapu pada kulit tidak ada color. Ia nampak "natural look" tanpa berwarna.
Paling penting kalau korang hendak tahu adalah yang buat Shailla suka sangat Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini adalah membuat kulit Shailla terasa lembap, tidak menutup liang pori, tidak berminyak, terasa segar ketika menggunakanya. Korang boleh lihat ujian serapan minyak pada blotting paper itu, texture nampak tidak berminyak dan melekit.
|
Shailla telah meletakkan air pada sunscreen untuk melihat samaada air sebati dengan sunscreen |
Paling penting adalah Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature senang dicuci dan mesra wudhuk. Hendak tahu sunscreen korang mesra wudhuk atau tidak senang sahaja. Korang letak sunscreen ditangan, kemudian campur dengan air. Kalau air sebati dengan sunscreen, maknanya sunscreen korang mesra wudhuk.
Selain itu juga Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature mudah untuk make base dan mudah dibawa ke mana-mana.
Bahan utama yang terkandung dalam Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah seperti Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin. Selain itu terdapat kandungan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi seperti Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchird Extract.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini selamat digunakan dan ianya bebas dari bahan-bahan yang merbahaya seperti Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free.
Cara Penggunaan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
Selepas membersihkan muka dan rutin penjagaan kulit asas, sapukan jumlah sederhana Pelindung Matahari Aloe Vera ini pada keseluruhan muka, untuk menutup bahagian yang terdedah daripada sinaran UV.
Bila duduk dibawah matahari, kulit tidak ada kesan capuk atau white cast. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature akan membuat kulit muka korang nampak natural dan fresh.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini juga mudah dibawa ke mana-mana kerana packaging yang kecil dan nipis, jadi mudah untuk selit di dalam bag.
Korang juga tidak perlu risau jika seli di dalam beg, sunscreen ini akan tumpah kerana penutup dia menggunakan fungsi "Twist-Lock" jadi krim itu tidak mudah terkeluar.
Untuk maklumat lanjut dan membeli produk Hansaegee Nature :
Brand: Hansaegee Nature
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment