Assallammualaikum, kali ini Sha ingin kongsikan salah satu tempat menarik yang boleh korang boleh kunjungi ketika bercuti ke Sekinchan, Kuala Selangor. Tempat yang Sha maksudkan itu adalah Padi Sentral. Padi Central ini merupakan rumah penginapan yang mempunyai tarikannya tersendiri. Sha suka lihat rekaan bangunan yang nampak estetik. Selain itu, kawasan sekitarnya yang menempatkan cantik terutama ketika padi sedang menghijau. Ketika Sha datang ke sini, musim padi yang telah menguning. Padi Sentral ini juga terkenal dengan tangga warna pelangi (Rainbow Stairs) ini. Kebanyakkan yang datang ke sini adalah untuk bergambar atas tangga ini. Sha ada juga lihat di dalam video tik tok dimana ada perkhidmatan drone untuk mengambil video korang ketika berada diatas tangga. Tetapi ketika Sha datang sini, orang yang menawarkan perkhidmatan drone itu tiada. Disebabkan itu, Sha ambik video sendiri sahaja.
Pada mulanya memang rasa yakin untuk naik tangga ini. Tetapi bila sampai ke kemuncak memang rasa gayat. Tambah pula bila rasa tangga ini agak bergoyang sikit ketika menaikinya. Jadi memang berhati-hati ketika naik hingga sampai ke kemuncak.
Selain jambatan, terdapat juga beberapa tempat yang boleh korang ambil gambar seperti di buaian kayangan, jerami, kerusi warna warni dan juga gerbang bentuk hati (Big Love) itu. Sha sampai sini agak awal, jadi tempat ini masih belum ramai pengunjung lagi.
Okay sampai disini sahaja entry ringkas Sha untuk kali ini. Nanti Sha kongsikan lagi tempat yang menarik ketika sha bercuti di Sekinchan.
Sekian, Terima Kasih
menarik padi sentral ni
ReplyDeletepunca sakit pinggang
skoliosis
tanda slip disc
kaki terseliuh
simptom gout