Assallammualaikum
Hai semua, ahad lepas Shailla berkesempatan menyertai aktiviti majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang sempena sambutan Deepavali. Sewaktu sampai memang ramai peserta sudah mula berbaris untuk mendaftar dan mendapatkan tag tangan.
Majlis ini bermula pada pukul 1 petang. Sementara menunggu waktu makan semapatlah Shailla berjalan-jalan dahulu bersama keluarga.
Sebelum majlis dimulakan, kami disajikan terlebih dahulu tarian hindustan dari staff di situ. Memang meriah sampai kita pun rasa terhibur dengan melihat persembahan dari mereka.
Antara rakan-rakan blogger yang turut serta pada majlis Jom Makan. Selain dapat makan, Shailla dapat juga bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain. Memang seronok dapat lepak dengan mereka walaupun seketika sebelum majlis bermula.
Ini merupakan pertama kali Shailla menyertai majlis seumpama ini. Memang agak teruja melihat barisan makanan yang di susun sepanjang shopping mall ini.
AEON Mall cipta satu lagi sejarah apabila majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang berjaya merekodkan penyertaan seramai 1396 orang. Ini sekaligus mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang. Rekod tersebut telah disahkan oleh Malaysia Book of Records. Majlis ini juga diadakan sempena sambutan Deepavali yang bakal datang. AEON berkolaborasi bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro.
Terima Kasih