Bila sudah masuk 30 siri ini, mudah sangat terkena selsema. Bukan sekadar itu sahaja, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, mudah sangat terkena demam dan batuk. Tahun lalu sahaja berapa kali pergi klinik disebabkan demam, selsema, batuk beserta pakej tekak bengkak. Doktor pun sudah kena sebab sudah menjadi pesakit tetap di situ.
Sewaktu Shailla lihat-lihat di dalam shopee, Shailla tertarik dengan satu produk ini. Kebaikkan produk ini adalah dapat memberi kelegaan pada orang yang sedang demam, selesema, batuk dan seangkatan dengannya. Melihat dari review para pengguna memang menyakinkan.
PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir
Oxymel merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dahulu kala. Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala In-Sanivir adalah ramuan yang di adun khas untuk memberi kelegaan pada orang yang sedang demam, selesema, batuk dan seangkatan dengannya. Kami adunkan ketiga-tiga ramuan ini untuk menghasilkan minuman cuka yang terbaik untuk kesihatan anda.
Tiada Bahan KimiaTanpa Bahan Pengawet
Tanpa Sebarang Gula
Tanpa Sebarang Perisa
Tanpa Sebarang Pewarna
BAHAN-BAHAN PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir:
Sebagai pengguna, kita perlu menitik beratkan juga dahulu
bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu produk. Selain membaca pengalam
daripada pengguna, kita juga perlu periksa terlebih dahulu bahan-bahan dalam sesuatu
produk itu juga.
Antara bahan-bahan yang terkandung dalam OXYMEL KHAL In-Sanivir adalah seperti Cuka kurma ajwa, Madu
Hutan Tropika, Ekstrak Daun Pudina, Ekstrak Rumpai Laut, HALAL dan diyakini
suci lagi bersih. Buatan tangan dan Perapan sendiri.
Pengalaman Mengguna PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir
Dapat sahaja produk ini, terus Shailla cuba. Asalkan ingat rasa dia kurang menyenangkan seperti produk yang pernah Shailla cuba sebelum ini. Hakikatnya rasa dia sangat sedap. Rasa madu dengan berasa angin daun mint memang best. Lepas makan rasa segar sahaja. Asal Shailla cuba separuh sudu sahaja. Bila sudah rasa sedap terus tambah 2 sudu. Sukatan untuk minum PATI OXYMEL KHAL In-Saniviradalah 2 hingga 3 sudu makan. Dalam hati terdetik juga, ini kalau anak-anak rasa, pasti dia minta lagi. Silap-silap tidak sampai sebulan.
Tambah pula minuman ini anak-anak boleh minum juga jadi mudah untuk seisi keluarga. Setiap keluarga memang perlu ada. Sebab bagi Shailla, anak-anak bila dah minuman ini pasti akan suka juga dengan keenakan rasanya.
Jika ditanya adakah Shailla akan beli lagi produk ini? jawapannya semestinya ia. Kerana bagi Shailla sangat berbaloi dengan kebaikkannya serta harga yang mampu milik.
CARA-CARA PENGGUNAAN:
Dewasa - 1 sudu besar sekali minum, diambil selepas makan. Diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.
Kanak-kanak - Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.1 sudu kecil selepas makan diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.
CARA PENYIMPANAN:
Simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais.
Produk ini sesuai untuk para preppers. TIADA tempoh luput had masa. Boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan tidak rosak. Simpan di tempat kedap udara pada suhu bilik, rasa tidak berubah bahkan menjadi lebih likat dan enak. Jadikanlah ia sebagai satu prepping anda!
syukur anak-anak boleh telan.... segar je kat tekak time2 gatal perit time batuk.
ReplyDelete