February 19, 2024

Review PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir

Bila sudah masuk 30 siri ini, mudah sangat terkena selsema. Bukan sekadar itu sahaja, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, mudah sangat terkena demam dan batuk. Tahun lalu sahaja berapa kali pergi klinik disebabkan demam, selsema, batuk beserta pakej tekak bengkak. Doktor pun sudah kena sebab sudah menjadi pesakit tetap di situ. 

Sewaktu Shailla lihat-lihat di dalam shopee, Shailla tertarik dengan satu produk ini. Kebaikkan produk ini adalah dapat memberi kelegaan pada orang yang sedang demam, selesema, batuk dan seangkatan dengannya. Melihat dari review para pengguna memang menyakinkan. 



Ini salah satu review yang Shailla tertarik ketika membaca di komen. Kalau korang nak tengok lebih banyak komen tentang produk ini, boleh tekan je link diatas itu. Daripada komen-komen yang Shailla baca itulah membuat Shailla ingin mencuba produk ini. 

PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir


Inilah produk yang Shailla maksudkan itu iaitu PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir. Disebabkan banyak review yang baik tentang produk ini, membuat Shailla ingin mencubanya. Jadi Shailla terus memesan produk ini bersama dengan produk tambahan yang lain di Shoppee. Untuk produk tambahan itu, nanti Shailla cerita pada entry seterusnya. Shailla cuba sebotol dahulu, jika sedap dan bagus seperti yang mereka cerita, Insyallah akan tambah lagi. Harga sebotol PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir yang Shailla beli ketika itu adalah RM19.92. 

Oxymel merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dahulu kala. Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala In-Sanivir adalah ramuan yang di adun khas untuk memberi kelegaan pada orang yang sedang demam, selesema, batuk dan seangkatan dengannya. Kami adunkan ketiga-tiga ramuan ini untuk menghasilkan minuman cuka yang terbaik untuk kesihatan anda.

Tiada Bahan Kimia
Tanpa Bahan Pengawet
Tanpa Sebarang Gula
Tanpa Sebarang Perisa
Tanpa Sebarang Pewarna

KEBAIKAN PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir


Antara kebaikan yang korang boleh dapat jika mengamalkan minuman OXYMEL KHAL In-Sanivir adalah OXYMEL KHAL In-Sanivir ini sangat bagus untuk kesembuhan selesema, batuk, demam. Selain itu ia juga dapat meredakan segala macam jenis masalah dan gejala common flu. Untuk korang yang mempunyai masaalah sakit kepala, produk ini juga dapat meredakan masalah sakit kepala, pening dan seumpamanya.

Untuk yang sering hadapi masaalah selsema seperti Shailla, produk ini boleh
meredakan masalah selesema, kahak, dan mengecilkan mukus di rongga. Yang sering hadapi  masalah sakit tekak, batuk, demam, produk ini dapat memberi kelegaan daripada sakit tekak, batuk, demam dan seumpamanya.

Lain-lain kebaikkan lagi adalah seperti bertindak sebagai fast respons melawan virus berkaitan common flu, melancarkan pernafasan yang tersumbat akibat selesema dan membuang angin dalam badan. Jadi korang akan mudah sendawa dan membuang angin.


BAHAN-BAHAN PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir:

Sebagai pengguna, kita perlu menitik beratkan juga dahulu bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu produk. Selain membaca pengalam daripada pengguna, kita juga perlu periksa terlebih dahulu bahan-bahan dalam sesuatu produk itu juga.

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam OXYMEL KHAL In-Sanivir adalah seperti Cuka kurma ajwa, Madu Hutan Tropika, Ekstrak Daun Pudina, Ekstrak Rumpai Laut, HALAL dan diyakini suci lagi bersih. Buatan tangan dan Perapan sendiri.


Pengalaman Mengguna PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir


Dapat sahaja produk ini, terus Shailla cuba. Asalkan ingat rasa dia kurang menyenangkan seperti produk yang pernah Shailla cuba sebelum ini. Hakikatnya rasa dia sangat sedap. Rasa madu dengan berasa angin daun mint memang best. Lepas makan rasa segar sahaja. Asal Shailla cuba separuh sudu sahaja. Bila sudah rasa sedap terus tambah 2 sudu. Sukatan untuk minum PATI OXYMEL KHAL In-Saniviradalah 2 hingga 3 sudu makan. Dalam hati terdetik juga, ini kalau anak-anak rasa, pasti dia minta lagi. Silap-silap tidak sampai sebulan.

Kebetulan sehari selepas produk sampai Shailla adalah selsema sikit. Selepas sarapan pagi terus makan. Alhamdulillah keesokannya selsema tidak ada lagi dan hidung tidak tersumbat. Bila usia sudah meningkat ini biasalah badan sakit sana sini dan mudah tidak sihat. Jadi bila ada minuman seumpama ini sangat bagus. Selain dapat melegakan sakit , dapat juga untuk dijadikan minuman kesihatan. Bak kata pepatah lebih baik mencegah daripada terkena. 

Macam Shailla ini memang badan penuh dengan angin. Kalau waktu bekerja bila sampai waktu petang itu, memang kadang itu rasa pening macam ada benda yang tidak terlepas. Hanya orang yang badan banyak angin sahaja faham situasi itu.

Tambah pula minuman ini anak-anak boleh minum juga jadi mudah untuk seisi keluarga. Setiap keluarga memang perlu ada. Sebab bagi Shailla, anak-anak bila dah minuman ini pasti akan suka juga dengan keenakan rasanya.

Jika ditanya adakah Shailla akan beli lagi produk ini? jawapannya semestinya ia. Kerana bagi Shailla sangat berbaloi dengan kebaikkannya serta harga yang mampu milik.


CARA-CARA PENGGUNAAN:


Dewasa - 1 sudu besar sekali minum, diambil selepas makan. Diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.

Kanak-kanak - Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.1 sudu kecil selepas makan diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.

CARA PENYIMPANAN:

Simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais.

Produk ini sesuai untuk para preppers. TIADA tempoh luput had masa. Boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan tidak rosak. Simpan di tempat kedap udara pada suhu bilik, rasa tidak berubah bahkan menjadi lebih likat dan enak. Jadikanlah ia sebagai satu prepping anda!

Untuk Maklumat Lanjut :



1 comment:

  1. syukur anak-anak boleh telan.... segar je kat tekak time2 gatal perit time batuk.

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...