March 28, 2024

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membekalkan nutrien penting dalam pembinaan tulang, otot dan gigi serta asid lemak yang bagus untuk sistem penghadaman.



Menyedari tentang kepentingan susu dalam proses pembesaran anak, Shailla telah memilih Suka Susu Kambing Cokelat. Pada entry yang lalu, Shailla ada bagitahu produk tambahan yang Shailla beli. Inilah dia produk itu.Sebenarnya Shailla pun baru tahu pasal susu ni dari Shopee. Itupun kebetulan beli OXYMEL KHAL in Sanivir, kemudia terlihat teantang Susu ini. Susu ini juga bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak shaja, tetapi sesuai untuk seisi keluarga.

ORIGINAL SUSU KAMBING COKELAT



Mengapa Shailla memilih Suka Susu Kambing Cokelat. Serbuk susu kambing ini adalah 100% tulen dan organik. Ia dihasilkan melalui kaedah "spray-dried" untuk menjadikan susu kambing segar kepada 100% serbuk susu tulen. Bahan mentah susu ini diimport daripada Belanda. 💯 Fresh Goat Milk Powder

- Pemprosesan "Spray Dried" Sahaja
- TIADA Sebarang Pengawet Tambahan
- TIADA Sebarang Krimer Tambahan
- Menggunakan Susu Kambing Baka Saanen
- Imported From Holland
- Lactose Friendly



Suka Susu Kambing Cokelat bukan hanya menggunakan bahan Serbuk susu kambing asli sahaja didalamnya, malah ada Belgian Dark Chocolate 70%, Cocoa powder 45%, Garam Himalaya dan Dengan Sedikit Gula Melaka . Yang paling penting, rasanya yang kurang manis kerana SUSU KAMBING ini menggunakan sedikit gula Melaka.

KEBAIKAN SUSU KAMBING

- Merupakan sumber susu terbaik selepas susu ibu
- Membantu menguatkan tulang anda (sumber kalsium baik)
- Membantu membaiki sistem metabolik dalam tubuh
- Sumber magnesium yang tinggi
- Baik untuk kesihatan jantung tubuh anda
- Membantu meningkatkan imuniti tubuh
- Membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh
- Menyelesaikan masalah kulit yang kronik
- Meningkatkan kesihatan otak anda
- Membantu menyeimbangkan pH dalam tubuh
- Membantu menghindari tubuh daripada anemia
- Menyihatkan dan menguatkan rambut anda
- Lebih baik berbanding susu lembu
- Boleh diminum oleh mereka yang alah susu
- Sangat mudah dihadam
- Memberi tenaga
- Lactose friendly

Pengalaman Minum Suka Susu Kambing Cokelat



Seperti yang kita ketahui, susu kambing adalah salah satu makanan sunnah dan sangat berkhasiat. korang juga pasti tahu yang susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Ini disebabkan khasiat susu kambing tu sendiri yang sangat tinggi.

Sebelum Shailla memberi anak-anak minum, Shailla sendiri sudah mencuba susu ini terlebih dahulu. Dari situ juga Shailla tahu tentang bancuhan yang sesuai untuk selera anak-anak. Pada bancuhan pertama, Shailla telah letak dalam 3 sudu besar serbuk susu ini. Pada ketika itu memang terasa kuat bau hamis dia. Jadi untuk bancuhan kedua Shailla mengurang dari 3 sudu bancuhan kepada 1 sudu sahaja. Kemudian Shailla lebih sikit air. Alhamdulillah tidak lagi bau hamis hanya rasa susu coklat tanpa rasa gula.

Kalau nak bagi anak-anak minum memang takda masalah, diorang mesti suka lebih-lebih lagi bila ada perisa coklat dan tiada bau hamis. Dengan pelbagai kebaikkan yang terdapat dalam Suka Susu Kambing Cokelat, Shailla berharap dapat membantu anak-anak Shailla bagi memberi tenaga serta meningkatkan imuniti tubuh memandang cuaca sekarang yang agak tidak menentu. Jadi kesihatan anak-anak amat Shailla titik beratkan. Manakala untuk kebaikkan yang lain jika amalkan Suka Susu Kambing Cokelat merupakan bonus untuk anak-anak.

Suka Susu Kambing Cokelat ada dalam bentuk serbuk. Jadi korang kena letak di dalam bekas kedap udara seperti susu tepung yang lain. Simpan pada suhu bilik. Tidak perlu masuk ke dalam peti sejuk. Elakkan daripada terkena cahaya matahari atau suhu panas. Jauhkan daripada kanak-kanak.

CARA-CARA PENGAMBILAN:

*Minuman ini tidak perlu dicampur pemanis kerana sudah ada rasa lemak manis daripada kandungan cokelat.

1. Untuk dewasa. Ambil 3 scoop (30gram +-) kemudian campurkan dengan air suam / panas dalam segelas air. Enak diminum pada waktu pagi dan malam. Minum sebelum memakan makanan berat.

2. Untuk kanak-kanak. Ambil 2 scoop (20gram +-) kemudian campurkan dengan air suam / panas dalam setengah gelas sahaja. Enak diminum pada waktu pagi dan malam. Minum sebelum memakan makanan berat. Cadangan usia, 2 tahun ke atas sahaja.

*Boleh juga dihidangkan sejuk bersama ais. Enak, sedap, lazat dan bergizi.

Untuk Maklumat Lanjut :

2 comments:

  1. bestnya dapat minum susu kambing. teringin nak minum susu kambing sbb banyak khasiat. tp mostly ada bau. resah rasa. lepas minum auto muntah lagi2 kalau air tu tak turun habis atau sendawa HAHAHh

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...