Pasti semua sudah tahu tentang keberadaan tisu jenama Carina di pasaran. Shailla juga salah seorang pengguna tisu jenama Carina Malaysia. Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika tersebut. Penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. Tidak hairanlah jika tisu jenama Carina mendapat tempat dihati pengguna.
Tisu Carina bertempat di Lembah Klang, Malaysia, produk Carina dihasilkan dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. Selain kualiti produk Carina yang baik, harganya turut berpatutan untuk setiap lapisan masyarakat. Jadi secara tidak langsung, tisu carina ini mampu dimiliki oleh semua golongan.
CARINA pada tahun 2023 telah berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Mereka telah memperkenalkan konsep baharu dengan tema "We Care, We Love" bertujuan untuk :
Kami menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran
Kami menjaga kulit anda dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran
"We Care, We Love", menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga. #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda.
Kalau korang hendak tahu, Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:
Penjagaan Kecantikan (Beauty Care)
Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif.
Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.
Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care)
Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.
Peralatan Dapur (Kitchenware)
Siri Tisu Dapur dari Carina menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.
Penjagaan Kesihatan (Health Care)
Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.
Pengalaman Shailla Menggunakan Produk Carina Malaysia
Produk Carina pertama yang Shailla gunakan adalah Carina Kitchen Towel. Memang dari dulu Shailla menggunakan Carina Kitchen Towel ini kerana selain harga yang berpatutan, ia juga memudahkan kerja Shailla untuk mengelap permukaan dapur dan perkakas peralatan dapur.
Kalau korang lihat, tisu dia agak tebal dan mempunyai texture pada permukaan tisu. Texture pada permukaan tisu Carina ini membuatkan ia nampak menarik. Selalu Shailla akan lap menggunakan tisu basah terlebih dahulu jika ada permukaan terlalu berminyak. Jika kurang berminyak, Shailla akan spray sahaja kemudian baru lap dengan Carina Kitchen Towel.
Apa yang istimewa tentang Carina Kitchen Towel ini adalah permukaan dapur korang akan terlihat bersih selepas menggunakanya. Paling penting adalah dapur korang nampak kilat dan bebas calar. Carina Kitchen Towel ini juga korang boleh gunakan untuk mengelap perkakas dapar yang lain.
Shailla juga pengguna Carina Facial Cotton untuk memakai toner dan mencuci make up. Apa yang bagus tentang kapas ini adalah texture dia sangat lembut ketika digunakan dan memudahkan Shailla untuk mencuci make up.
Apa yang penting adalah 100% pure cotton. Selain itu, untuk mereka yang menghadapi masaalah kulit sensitif, Carina Facial Cotton adalah pilihan tepat kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit.
Selain itu, kalau korang hendak tahu, Tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil sehingga yang lebih besar, menjadikannya sesuai untuk digunakan untuk seisi keluarga dan mudah untuk bawa ke mana-mana.
Kesimpulan
Menurut Shailla, jika dilihat dari hasil penggunaan, produk ini berbaloi untuk dimiliki pada setiap rumah. Bukan sahaja produk ini berkualiti malah dijual dengan harga berpatutan. Secara keseluruhan, Shailla suka ke sumua produk dari Carina Malaysia ini. Produk dari Carina memang akan Shailla beli lagi jika sudah habis nanti.
Carina Gift Box termasuk produk-produk berikut;
Selain produk, di dalam Carina Gift Box, terdapat juga:
Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher
Review & Win campaign flyer
Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG
Sila ambil perhatian bahawa, di pasaran, Carina Gift Box Set TIDAK termasuk:
Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online)
Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas)
Dimana boleh dapatkan Carina Gift Box?
Aeon Big (Cawangan terpilih)
Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
Hot Market @ Berjaya Times Square
Tong Hup Trading, Melaka
CARINA Review & *WIN (*T&C apply)
Berita baik untuk korang semua, Carina sedang melangsungkan CARINA Review & *WIN dinama korang berpeluang untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Jadi jangan lepaskan peluang ini! jom sama-sama kita sertainya.
Jumlah 100 pemenang untuk *MENANGI 3 bulan Bekalan Rumah setiap bulan
Jumlah bernilai RM 150 / Pemenang
Cara MENYERTAI:
1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok
2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok
3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum).
*Terma & Syarat:
Tempoh kempen: SEKARANG- 30 April 2023
#300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Kami akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook kami bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!
Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Kami berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.
Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan.
Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.
Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.
Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Ikuti Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.
Hello semua, korang sudah pakai sunscreen hari ini? haa..pada yang belum pakai sunscreen, cepat-cepat pergi pakai kerana sunscreen merupakan salah satu ruitn penjagaan wajah yang penting. Rugi sahaja kalau korang pakai serum dan krim mahal tetapi tidak memakai sunscreen. Selain untuk melindungi wajah dari sinaran matahari, sunscreen juga berguna untuk mencegah penuan dan risiko pelbagai jenis masaalah kulit.
Bukan mudah yer untuk mencari sunscreen yang sesuai dengan kulit kita terutama yang mempunyai masaalah kulit sensitif seperti Shailla. Kalau hendak di hitung rasanya pelbagai juga sunscreen yang Shailla cuba. Kebanyakkannya membuat kulit Shailla menjadi breakout. Kalau muka dah breakout memang makan masa untuk pulih. Ada juga sunscreen yang buat muka menjadi bertambah oily, icty dan tumbuh jerawat. Kesan salah pilih sunscreen ini juga berbeza-beza bergantung pada induvidu. Macam Shailla lebih kepada oily dan jerawat.
Menyedari sunscreen sangat penting dalam kehidupan harian, jadi Shailla tidak putus asa untuk mencari sunscreen yang sesuai untuk kulit Shailla. Tambah kulit muka Shailla telah kelihatan tompok-tompok jeragat kecil. Beberapa bulan yang lalu, Shailla akhirnya bertemu dengan sunscreen yang sesuai dengan kulit muka Shailla.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature dari Hansaegee Nature mengandungi Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin ini dapat mengurangkan dan mengelakkan keradangan kulit. Ekstrak Aloe Vera yang terkandung dalam sunscreen ini juga dapat menenangkan kulit dari masalah kulit seperti kemerah-merahan dan kegatalan. Memang sesuai untuk kulit sensitif macam Shailla.
Shailla memilih Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature sebagai my current favorite sunscreen adalah kerana dengan melihat beberapan ciri yang ada pada sunscreen ini. Korang juga boleh jadikan ia sebagai panduan jika korang ingin memilih dan membeli sunscreen.
3 Kebaikan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
Menghalang sinar mataharii (sun protection) Melembapkan kulit (Moisure Skin) Menenangkan Kulit (Claming Skin)
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah sunscreen mempunyai SPF50 dan PA+++ yang tinggi bagi melindungi kulit dan menghalang sinaran UVA dan UVB. Ingredients terkandung di dalam sunscreen ini dapat merawat kulit kita selama dan setelah terdedah pada sinar matahari. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini selamat digunakan dan ianya bebas dari bahan-bahan yang merbahaya antaranya ialah Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free. Sangat bagus untuk korang yang kulit sensitif dan mudah iritasi terhadap bahan-bahan tersebut.
Bahan utama yang terkandung dalam Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah seperti Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin ini dapat mengurangkan dan mengelakkan keradangan kulit. Ekstrak Aloe Vera yang terkandung dalam sunscreen ini juga dapat menenangkan kulit dari masalah kulit seperti kemerah-merahan dan kegatalan.. Jadi kulit korang akan nampak sihat dan berseri.
Texture Cream Soft Dan Moisture
Texture Aloe Vera Sunscreen ini Oil Free /Tidak Berminyak dan Light Weight /Ringan. Memiliki aroma segar kerana bau aloe vera.Selain itu, kulit korang akan terasa lembap sahaja ketika menggunakannya. Kalau korang lihat warna krim ini adalah berwarna putih dengan light green color cream. Tetapi korang jangan risau jika pakai, ia tidak memberi kesan white cast pada muka korang. Muka korang juga tidak akan nampak bercapuk. Selain itu, texture yang tidak berminyak sangat mudah dibersihkan dan tidak menempel di dalam pori. Memang mesra wudhuk. Boleh refer entry Shailla ( LINK) sebelum ini tentang Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature.
Cara Guna Sunscreen
Kalau untuk aktiviti seharian, cukup hanya gunakan sunscreen dengan SPF 30. Apabila korang melakukan aktiviti sepanjang hari ditempat yang terkena sinar matahari secara langsung, gunakan sunscreen wajah dengan SPF 50.
Berapa banyak korang perlu pakai sunscreen ini adalah seeloknya dua jari. Korang boleh menggunakan sunscreen setelah menggunakan pelembap. Sapuan pada semua permukaan kulit yang terdedah (termasuk di pelipat-pelipat). Seeloknya memakai sunscreen 30 minit lebih awal sebelum korang keluar rumah. Sunscreen perlu dipakai setiap 3 hingga 4 jam. Ini kerana kulit tetap jadi gelap walaupun dah pakai sunscreen jika terdedah bawah matahari dalam jangka masa yang lama.
My Experience
Ketika menggunakan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, Shailla tertarik dengan teksturnya yang ringan, mudah meresap dan no whitecast. Tona kulit muka Shailla yang berwarna medium, tidak membuat wajah Shailla menjadi bercapuk dan nampak putih pelik. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini hanya terlihat seperti memakai tone-up cream. Ia juga sesuai dijadikan sebagai make up base.
Kulit muka Shailla jenis combination dan lebih cenderung kepada kulit mudah berminyak . Dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, mampu mengawal minyak dengan baik, tanpa membuat kulit kering. Kulit terasa tetap terjaga kelembapannya walaupun terdedah dibawah matahari yang agak lama.
Shailla memiliki pori-pori yang besar, biasanya sunscreen akan masuk ke dalam pori-pori dan membuat pori-pori yang tersumbat. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, tidak menyumbat pori-pori yang boleh menyebabkan jerawat.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature terasa sangat nyaman di kulit Shailla yang sensitif dan cenderung mudah berjerawat. Nak tahu sunscreen itu sesuai atau tidak dengan korang, biasanya kulit akan menjadi kemerahan dan ruam-ruam seperti iritasi, kemudian beberapa hari kemudian akan muncul jerawat. Shailla telah menggunakan sunscreen ini selama hampir 3 hingga 4 bulan dan aku tidak melihat adanya tanda-tanda breakout.
Akhirnya bertemu juga sunscreen yang sesuai dengan kulit sensitif Shailla. Shailla sangat rekomen korang guna Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini terutama untuk korang yang kulitnya sensitif, wajib cuba!
Untuk maklumat lanjut dan membeli produk Hansaegee Nature :
Semua pasti tahu, pemakaian sunscreen amat penting dalam kehidupan harian kita. Sunscreen dapat memberi perlindungan kepada kulit kita dari sinaran matahari yang terik. Suncreen juga dapat mengatasi kulit muka kita menjadi kusam dan berjeragat. Bila muka sudah tumbuh jeragat memang susah hendak hilangkan. Jadi apa yang kita perlu buat adalah mengawal dari ia terus membiak seperti virus..hahaha.
Walaupun kita sudah buat rutin penjagaan wajah yang betul tetapi tidak memakai sunscreen, memang sia-sia sahaja apa yang korang buat itu. Jadi kali ini Shailla ingin kongsikan salah satu sunscreen yang menjadi kegemaran Shailla iaitu Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature.
Mengapa Aloe Vera Sunscreen ini menjadi kegemaran Shailla adalah kerana Aloe Vera Sunscreen ini sangat sesuai dengan kulit Shailla dan tidak menimbulakan iritasi pada wajah setelah menggunakannya. Untuk korang yang mempunyai kulit sensitif dan berminyak juga sesuai untuk gunakannya kerana Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature sesuai untuk semua jenis kulit.
Sunscreen yang bagus adalah yang mempuyai PA+++ dan SPF 35 dan ke atas. Untuk Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini mempunyai SPF50 dan PA+++. Memang sudah cukup untuk melindungi muka dari sinaran matahri. Cuma satu yang korang faham iaitu sunscreen kena pakai setiap 4 jam bukan untuk seharian.
Texture Aloe Vera Sunscreen ini sangat ringan dan mudah meresap pada permukaan kulit. Kadang-kadang sesetengah sunscreen ini menyebabkan muka korang menjadi capuk dan tompokan putih pada muka yang membuat korang akan jadi putih yang nampak pelik. Tetapi tidak dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini kerana ia akan membuat wajah korang nampak neutral.
Aloe Vera Sunscreen ini "physically" nampak "light green color cream" (Aloe Vera bau). Selepas sapu pada kulit tidak ada color. Ia nampak "natural look" tanpa berwarna.
Paling penting kalau korang hendak tahu adalah yang buat Shailla suka sangat Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini adalah membuat kulit Shailla terasa lembap, tidak menutup liang pori, tidak berminyak, terasa segar ketika menggunakanya. Korang boleh lihat ujian serapan minyak pada blotting paper itu, texture nampak tidak berminyak dan melekit.
Shailla telah meletakkan air pada sunscreen untuk melihat samaada air sebati dengan sunscreen
Paling penting adalah Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature senang dicuci dan mesra wudhuk. Hendak tahu sunscreen korang mesra wudhuk atau tidak senang sahaja. Korang letak sunscreen ditangan, kemudian campur dengan air. Kalau air sebati dengan sunscreen, maknanya sunscreen korang mesra wudhuk.
Selain itu juga Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature mudah untuk make base dan mudah dibawa ke mana-mana.
Bahan utama yang terkandung dalam Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah seperti Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin. Selain itu terdapat kandungan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi seperti Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchird Extract.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini selamat digunakan dan ianya bebas dari bahan-bahan yang merbahaya seperti Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free.
Cara Penggunaan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
Selepas membersihkan muka dan rutin penjagaan kulit asas, sapukan jumlah sederhana Pelindung Matahari Aloe Vera ini pada keseluruhan muka, untuk menutup bahagian yang terdedah daripada sinaran UV.
Bila duduk dibawah matahari, kulit tidak ada kesan capuk atau white cast. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature akan membuat kulit muka korang nampak natural dan fresh.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini juga mudah dibawa ke mana-mana kerana packaging yang kecil dan nipis, jadi mudah untuk selit di dalam bag.
Korang juga tidak perlu risau jika seli di dalam beg, sunscreen ini akan tumpah kerana penutup dia menggunakan fungsi "Twist-Lock" jadi krim itu tidak mudah terkeluar.
Untuk maklumat lanjut dan membeli produk Hansaegee Nature :