Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

November 01, 2023

AEON Mall Rawang Mencipta Sejarah Dunia Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records

 Assallammualaikum


Hai semua, ahad lepas Shailla berkesempatan menyertai aktiviti majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang sempena sambutan Deepavali. Sewaktu sampai memang ramai peserta sudah mula berbaris untuk mendaftar dan mendapatkan tag tangan.

Majlis ini bermula pada pukul 1 petang. Sementara menunggu waktu makan semapatlah Shailla berjalan-jalan dahulu bersama keluarga.

Sebelum majlis dimulakan, kami disajikan terlebih dahulu tarian hindustan dari staff di situ. Memang meriah sampai kita pun rasa terhibur dengan melihat persembahan dari mereka.

Antara rakan-rakan blogger yang turut serta pada majlis Jom Makan. Selain dapat makan, Shailla dapat juga bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain. Memang seronok dapat lepak dengan mereka walaupun seketika sebelum majlis bermula.

Ini merupakan pertama kali Shailla menyertai majlis seumpama ini. Memang agak teruja melihat barisan makanan yang di susun sepanjang shopping mall ini. 


Menu yang disediakan untuk para perserta yang menyertai Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang sempena sambutan Deepavali.


Kalau kita lihat, menu mereka lebih kepada konsep vege. Walaupun tidak lauk berat tapi boleh la layan bersama sup. kari, papadom dan peria goreng. Peria goreng dia sedap dan tidak pahit. Anak-anak Shailla juga suka sup mereka.

Selepas habis majlis Jom Makan kami diberikan saguhati dari pihak Bananabro berupa baucer RM10 dan juga beas jasmine dalam bentuk mini paket.



Pasti korang tertanya-tanya adakah AEON Mall Rawang dapat mencipta sejarah dunia tersenarai dalam dalam Malaysia Book of Records?. Jawapannya adalah Ya!.

AEON Mall cipta satu lagi sejarah apabila majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang berjaya merekodkan penyertaan seramai 1396 orang. Ini sekaligus mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang. Rekod tersebut telah disahkan oleh Malaysia Book of Records. Majlis ini juga diadakan sempena sambutan Deepavali yang bakal datang. AEON berkolaborasi bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro.

Terima Kasih

June 23, 2023

Travel | Hay Cafe Sekinchan


Assallammualaikum, memandangkan ketika Sha pergi Sekinchan adalah pada hari lahir suami, jadi sha telah singgah di sebuah cafe yang agak terkenal juga iaitu Hay Cafe Sekinchan. Apa yang menarik tentang Cafe ini adalah terletak bersebelahan sawah padi. Cafe ini dikelilingi oleh sawah padi Sekinchan yang menghijau jika ketika memang musim padi menghijau.



Hay Cafe ini merupakan kafe berkonsepkan Inggeris. Menawarkan pelbagai hidangan seperti Nasi Lemak Ayam Rempah, Pasta, Kopi dan Kek. 

Korang boleh pilih  samada untuk makan di dalam kafe berhawa dingin atau diluar menikmati hidangan sambil melihat kehijauan sawah padi Sekinchan. Macam Sha, memang akan pilih duduk diluar. Walaupun sewaktu pergi padi sudah tiada tetapi lepak disini sambil menikmati kek dan kopi memang rasa tenang sambil layn angin sawah. Sha pesan minuman Hazelnut Cappucino dan Mocha. Makan pula, pesan kek untuk suami dan kentang goreng untuk anak-anak sebabnya sebelum datang sini, kami sudah sarapan dahulu. Kek dia memang sedap, anak-anak pun suka terutana kek yang warna hijau ada rasa kelapa sikit itu.

Kafe ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari. Okay sampai di sini sahaja entry Sha untuk kali ini.jumpa lagi next entry akan datang. Bye!

Sekian Terima Kasih
 

March 16, 2023

BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN “SELERA NUSANTARA”

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Kali ini mereka kembali lagi dengan majlis Buffet Ramadhan 2023 bertemakan ‘SELERA NUSANTARA’ yang bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Menampilkan Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian yang bakal menarik hati semua peringkat umur.


Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA nanti ada gerai yang menyajikan KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.

Buat pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.

Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.


Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.

Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau







January 22, 2022

MARRYBROWN KEMBALI LAGI KHAS UNTUK TAHUN BARU CINA DENGAN ‘EGG-STRA ONG’ YANG LAGI POWER DAN EGG-STRA BAHAGIA!

Assallammualaikum

Hello..hello..semua! hurmmm apa menu makan korang hari ini? okay kali ini Shailla ingin berkongsi menu terbaru dari Marrybrown yang mana lebih padu dan menyengat. Suatu ketika dahulu Marrybrown pernah mengeluarkan menu telur masin yang merupakan menu kegemaran Shailla. Kali ini Marrybrown sekali lagi mengeluarkan mene terbaru berasaskan telur asin iaitu berkonsepkan 'Egg-stra Ong, Lagi Power' dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’ bermula dari hari ini hingga 28 Februari 2022. Menu ini dikelurkan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba nanti.


Sinonim dengan slogan 'something different', bermula dari hidangan makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best, kini Marrybrown kembali lagi dengan menu telur masin mereka yang terkenal! Kali ini lagi power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin. Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada para penggemarnya!

“Prihatin kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini mengalami detik suka dan duka akibat daripada keadaan yang tidak menentu sejak pandemik, malah kita juga tidak dapat meraikan perayaan bersama keluarga dan rakan. Dengan keadaan yang dijangka beransur pulih, kita semua akhirnya dapat bertemu semula dengan orang tersayang. Oleh itu, kami kembalikan hidangan Egg-stra Ong yang kali ini lagi power, khas untuk musim perayaan yang bakal tiba. Kami berharap dengan sajian Egg-stra Ong ini, dapat memberikan egg-stra kegembiraan dan semangat yang lagi power untuk persiapan musim perayaan,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.


Sajian Egg-stra Ong ini dilengkapi dengan rasa manis, masin dan pedas yang menghasilkan kelazatan ‘umami’ pada setiap suapan. Penggemar boleh memilih sama ada dua atau tiga ketul ayam untuk Kombo Ayam Egg-stra Ong, dari harga RM17.90 dan RM22.90. Semua kombo ayam disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange. Sementara itu, Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong, dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM14.90. Untuk menambah kelazatan, penggemar boleh menambah sos telur masin tambahan pada hidangan mereka dari harga RM2.50.



Bagi mereka yang ingin menikmati kombinasi rasa burger dan ayam, mereka boleh memilih Egg-stra Ong Big Box yang merangkumi Burger Ayam Egg-stra Ong dan dua ketul Ayam Egg-stra Ong. Hidangan ini dilengkapi dengan kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM25.80. Satu lagi tawaran hebat untuk set besar ialah Egg-stra Ong Family Meal yang dilengkapi dua burger ayam, lapan ketul ayam goreng, satu mangkuk besar kentang lenyek dan 1.5 liter Coca-Cola® Rasa Asli dari harga RM80.00. Menariknya, set ini cukup berbaloi untuk dijadikan hidangan perkongsian di musim perayaan.

“Pelanggan kami sememangnya best kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan inilah yang menjadi visi dan misi kepada kami dalam membangkitkan semangat agar terus menawarkan ‘something different’ terutamanya untuk hidangan Egg-stra Ong ini. Kami yakin dengan idea gabungan egg-stra limpahan sos telur masin dan taburan kepingan cili kering yang terdapat pada roti burger ini pasti akan memberikan kelazatan dan kenikmatan unik yang tidak dapat anda lupakan,” kata Dato' Joshua Liew.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Bagi Shailla, dalam banyak-banyak menu dari Marrybrown, menu telur asing ini tidak pernah mengecewakan. Tidak rugi untuk korang mencuba menu terbaru ini kerana kuah salted Egg dia memang sedap dan pekat memang pembuka selera. Bagi penggemar salted Egg memang berbaloi untuk mencuba menu ini. Selain itu juga, korang kena cuba burger ayam dia yang sememangnya ranggup. Untuk tambahkan lagi kelazatkan korang boleh tambah sos telur masin.  Untuk Shailla burger dia terasa pedas sedikit tetapi untuk orang kuat makan pedas rasanya tiada masaalah. 

Menu 'Egg-stra Ong, Lagi Power' ini sangat sesuai dihidangkan untuk sesisi keluarga. Selain menyelerakan, korang juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga sambil menikmati hidangan ini. Jangan lupa untuk dapatkan Marrybrown 'Egg-stra Ong, Lagi Power' ini di Marrybrown berdekatan korang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan perkhidmatan penghantaran, sila layari :

Facebook : MarrybrownMalaysia

Instagram : Marrybrownmy

Youtube : MarrybrownTV

Delivery : http://mbdelivery.com.my

Terima Kasih

October 28, 2021

WOW, MARRYBROWN MEMBAWA RAKYAT MALAYSIA KE NEGARA YAM-MY

 Assallammualaikum



Hai semua, siapa diantara korang suka melancong ke Thailand dan juga penggemar Tom Yam? 

Hari ini 28 OCTOBER 2021, Marrybrown membawa korang berjalan mengelilingi dunia ke Land of Smiles, Thailand! Dikenali sebagai salah satu destinasi yang paling digemari di kalangan rakyat Malaysia berkat budaya yang mengalu-alukan dan hidangan yang menyelerakan, Marrybrown membawakan rasa kebiasaan itu dalam menu pedas, masam dan YAM-my terbaru mereka, Marrybrown Tom Yam Chicken. Sementara menunggu sempadan antarabangsa dibuka semula sepenuhnya ke Thailand, biarkan Marrybrown menyediakan korang untuk pengembaraan seterusnya dan rasai keseronokan yang telah lama hilang dengan hidangan YAM-my baharu mulai sekarang!

Sempena 40 tahun penubuhan mereka, Marrybrown telah melaksanakan misi mereka untuk menawarkan 'sesuatu yang berbeza' kepada pelanggan mereka. Bersempena dengan Ulang Tahunnya yang ke-40 tahun ini, rangkaian makanan segera Halal terbesar tempatan telah membawa peminat 'seluruh dunia' bermula dengan Korea dan Itali pada awal tahun memperkenalkan makanan istimewa yang diilhamkan dari negara tersebut sambil memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Oktober ini,untuk peminat Memang Best, Marrybrown akan membawa penggemar makanan ini untuk menikmati perjalanan yang lazat ke Thailand dengan hidangan Tom Yam yang dijamin akan digemari oleh semua!

“Tidak kira muda atau tua, Thailand adalah syurga bagi rakyat Malaysia untuk menemui masakan lazat dan makanan jalanan, untuk menyelami budaya berwarna-warni dan membeli-belah sepuasnya. Kami berharap dapat mencipta semula perasaan gembira itu apabila kami mengembara ke Thailand pra-pandemi dengan memasukkan rasa Tom Yam ke dalam menu inspirasi Thailand baharu kami,” kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN


Pasti Semua tahu yang Marrybrown merupakan rangkaian makanan segera Halal tempatan terbesar. Gembira sangat rasa hati bila berpeluang merasa keenakkan Marrybrown Tom Yam Chicken yang pedas, masam dan YAM-my. Tiba-tiba rasa rindu pula nak pergi lagi bercuti di Thailand..kap kun kap masuk pintu keluar tingkap..hahaha.

Korang boleh dapatkan Marrybrown Tom Yam Chicken bermula hari ini. Banyak menu yang boleh korang pilih antaranya seperti :

Marrybrown Tom Yam Chicken bucket




Untuk Ayam Tom Yam yang dihidangkan dalam baldi ini, korang boleh dapatkan dengan harga bermula dari RM 31.50. Rasa Ayam Tom Yam yang disalut dengan gabungan rasa pedas dan masam yang membuatkan ia terasa istimewa. Rasa ayam dia memang wow. Mana tidaknya, korang akan rasa pedas dalam masa yang sama rasa masam. Bagi Shailla pedas dia boleh layan lagi la..tidak la terlalu pedas sampai tahap berasap telinga..hahaha.

Tom Yam Chicken Burger


Korang juga dijemput untuk mencuba Burger Ayam Tom Yam berair yang terdapat dalam Kombo Burger Ayam Tom Yam dari RM 14.90, disertakan dengan kentang goreng dan Nestlé Pink Lemonade, yang disediakan secara eksklusif dalam Marrybrown. Burger kalau ayam di dalamnya jenis ranggup memang sedap la. Tambah pula dengan perasa tom yang YAM-my memang kena la dengan rasanya.

Tom Yam Big Box



Korang juga boleh memilih menu Tom Yam Big Box yang dilengkapi dengan seketul Ayam Tom Yam, Burger Ayam Tom Yam, enam keping Nugget Ayam Tom Yam dan semestinya kentang goreng dan penghilang dahaga Nestlé Pink Lemonade berharga dari RM 25.80. Jarang dapat rasa nugget perisa tom yam. Macam menu ini, semua ada. jadi korang dapat rasa ayam, burger dan nugget.

Tom Yam Fries

Jika kentang goreng asli tidak cukup rasa pedas dan masam, korang juga boleh memilih untuk menaik taraf kentang goreng asli kepada Tom Yam Fries pada mana-mana kombo dari hanya RM 1.00 atau menikmatinya sendiri daripada RM 5.00!. Bagi Shailla kedua-dua kenatang goreng sedap tetapi kalau korang nak rasakan kelainan, seeloknya ambil Tom Yam Fries rasa ranggup dan pedas masam itu membuat ia rasa lebih sedap.


Marrybrown Tom Yam Porridge



Kalau yang teringin makan bubur, boleh cuba Tom Yam Porridge. Rasanya memang sedap, tahu-tahu perut rasa panas sahaja sebab pedas. Bubur kalau makan panas-panas masa tekak rasa tak sedap memang terbaik. Di tambah pula dengan air Nestlé Pink Lemonade, fuhhh...terangkat!.

Pada korang semua, jangan baca sahaja pastikan korang pergi mencuba Marrybrown Tom Yam Chicken dan lain-lain hari ini. Rugi kalau tidak cuba rasa pedas dan masam itu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Marrybrown, makanan di seluruh dunia, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:


Instagram: Marrybrownmy

Youtube: MarrybrownTV


Terima Kasih

August 04, 2021

Marrybrown Eatalian Setiap Gigitan Bagaikan Berada di Italia

 Assallammualaikum

Hai semua! apa khabar? diharap korang dan kelurga di dalam keadaan sihat selalu. Seperti mana tahu, Covid sekarang semakin mengganas. Sana sini kita lihat keluarga yang terjejas bukan sahaja kesihatan malah kewangan kerana Covid. Semoga semua yang terjejas itu terus tabah dan diberikan rezeki berlipat kali ganda. 

Bercerita tentang rezeki, Alhamdullilah minggu yang lalu, Shailla berkesempatan merasai keenakkan menu terbaru dari Marrybrown iaitu Marrybrown Eatalian . Bila sebuat sahaja tentang "Eatalian" pasti semua sudah tahu yang menu Marrybrown kali ilham dari negara Italia yang indah!. Marrybrown terkenal menghidangkan ayam rangup, nasi lemak wangi dan selalu memperkenalkan "sesuatu yang berbeza" dalam setiap hidangan.

Bersempena dengan Ulangtahun Ke-40 Marrybrown (rantaian makanan segera Halal terbesar di negara ini) telah meningkatkan prestasi dengan memastikan bahawa mereka tetap setia pada misi mereka ketika menyediakan sesuatu yang berbeza. Menyemarakkan semangat mengembara di Malaysia dengan makanan bertema Around the World terbaru mereka, Marrybrown Eatalian yang bakal ditemui pada 5 Ogos 2021. Sempena dengan tema Around the World, Marrybrown ingin membawa rasa menggoda untuk penduduk tempatan dengan gabungan perasaan seperti berada didunia luar tetapi dekat rumah dengan setiap gigitan.

Marrybrown Eatalian Betul-Betul Chef's Kiss!

MB Spaghetti

MB Spaghetti: harga dari RM13.90

Spaghetti ini merupakan salah satu masakan tradisional dari Italia. Disebabkan itu Marrybrown mengeluarkan menu terbaru Marrybrown Eatalian yang memang betul-betul Chef's Kiss!. Dengan MB Spaghetti yang dimasak dengan sempurna, peminat dapat menikmati makanan yang enak disajikan dengan sos bolognese kaya dengan ayam yang disaluti ramuan herba dan keju terbaik. 

Bagi Shailla, MB Spaghetti ini sedap di makan ketika panas. Ditambah pula rasa masam dengan sos bolognese ayam serta disaluti ramuan herba dan keju itu, memang terasa sangat menusuk di lidah. Korang juga boleh dapatkan MB Spaghetti ini secara berasingan dengan harga dari RM13.90.
  
MB Italian Box Meal 


MB Italian Box Meal : Harga dari RM27.90

Untuk MB Italian Box Meal, di dalam satu box korang boleh dapat MB Spaghetti, Crispy Chicken, Chicken Burger, MB Italian Cheesy Rice Bites dan Coca-cola bermula dari RM27.90. Chicken Burger Marrybrown memang terbaik. Rasa dia memang padu. Mana tidaknya, rasa ayam ranggup disalut pula dengan sos keju berkrim serta diapit dalam roti lembut memang lazat.

MB Spaghetti Combo


MB Spaghetti Combo : Harga dari RM19.90

Kombo MB Spaghetti yang digabung dengan Crispy Chicken kesayangan kami dan cawan Coca-Cola yang menyegarkan bermula dari RM19.90. Ayam Ranggup Marrybrown seperti selalu memang sangat ranggup dan untuk Shailla agak pedas sedikit. Pedas dia itu mula-mula makan okay boleh layan lagi, tetapi makin lama makin pedas cuma belum sampai tahap berasap telinga la lagi..hahaha.

MB Italian Cheesy Rice Bites


Rasanya tidak lengkap jika hanya makan spaghetti sahaja. Disebabkan itu, Marrybrown telah memperkenalkan MB Cheesy Rice Bites yang pasti akan buat korang rasa "MMMMM" hanya dengan satu gigitan! Dengan meletakkan sentuhan tempatan pada risotto yang enak, korang dapat merasakan kehangatan dan keseronokkan di bahagian dalam MB Italian Cheesy Rice Bites yang dimasak hingga coklat keemasan di luar.  Untuk harga ad on, korang boleh dapat dengan harga dari RM3.50. Manakala untuk "single order" korang boleh dapat harga dari RM4.40. Shailla paling suka makan MB Cheesy Rice Bites ini, kerana rasanya yang ranggup serta tidak muak walaupun dimakan banyak kali. 

Mushroom Soup


Selain itu, korang juga boleh menikmati Sup Cendawan yang sangat sesuai bagi yang suka untuk dijadikan permbuka selera atau bagi yang ingin menikmati sesudu sup halus dan lembut pada hari yang tenang. Korang boleh pilih untuk menambah apa-apa ini ke menu yang ada dari RM2.50 atau nikmati sendiri dari RM3.80. Sup Cendawan ini merupakan makanan kegemaran buat anak-anak Shailla. Bukan main berselera anak-anak Shailla makan terutamanya si abang Makan ketika suam-suam memang tak terkata keenakkannya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila lawati:

Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV

Terima Kasih

May 07, 2021

Hidrat Ramadan Bundle Dari F&N Menemaniku Di Pagi Raya

 Assallammualaikum

Hai semua..pejam celik pejam celik sudah masuk 10 malam terakhir. Sekejap sahaja masa berlalu. Persiapan raya Shailla tahun ini banyak beli atas talian sahaja termasuk minuman untuk di Pagi Raya. Ingat tak entry Shailla yang lepas? Shailla ada cerita yang Shailla beli Hidrat Ramadan Bundle Dari F&N melalui atas talian sahaja.

Barang pun sudah sampai jadi Shailla hendak cerita pula apa yang Shailla buat dengan Hidrat Ramadan Bundle Dari F&N. Kalau korang pergi ke Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life , korang boleh lihat yang pada Hidrat Ramadan Bundle ini, barang-barang dalam itu adalah untuk membuat Tea Tarik.

Sedap Giler Teh Tarik Bundle


Apa yang korang boleh dapat dalam pakej Sedap Giler Teh Tarik Bundle adalah seperti :

3 Tin F&N Evaporated Creamer 390G
3 Tin F&N Sweetened Condensed Milk 392G
2 paket BOH Jumbo Potbag (10 Jumbo Potbag for each pack)

Resepi Sedap Giler Teh Tarik Dari F&N

Teh tarik sentiasa menjadi minuman pilihan rakyat Malaysia tidak kira bangsa sama ada melayu, india mahupun cina. Lagi menarik bila dihidangkan semasa Hari Raya bersama keluarga. Disini Shailla ingin kongsikan cara Shailla buat Tea Tarik untuk dijadikan hidangan ketika Hari Raya yang bakal menjelma nanti.


Bahan-Bahan - 5 gelas

3 Uncang Teh Serbuk F&N
4 sudu besar Susu Pekat F&N
4 sudu besar Susu Sejat F&N
2 sudu besar gula
900 ml air panas 

Langkah-Langkah


Rendamkan serbuk teh kedalam 900ml air betul-betul panas. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.


Masukkan Susu pekat manis dan Kacau hingga sebati


Masukkan susu sejat. Kacau sebati


Tuangkan ke dalam cawan dan mula tarik sehingga buih-buih terhasil.



Siap untuk dihidang pada para tetamu di pagi raya!

Download applikasi F&N Life untuk mendapatkan tawaran menarik dari F&N.

Website :

Facebook :

Instagram :

Terima Kasih

April 29, 2021

Tekan - Tekan Dah Dapat Barang Untuk Minuman Di Pagi Raya bersama F&N



Assallammualaikum

Hai semua, korang dah ada rancangan untuk menu minuman dipagi Raya? Macam keluarga Shailla telah menjadi tradisi tea tarik wajib ada di pagi raya. Hurmmm mana nak dapatkan barang untuk membuat tea tarik?mestilah kena pergi kedaikan. Apalah Shailla ini, tanya soalan budak darjah 1. Sebenarnya Shailla nak kongsi, jika hendak beli barang-barang untuk buat tea tarik tidak perlu pergi ke kedai kerana korang boleh dapatkan dengan memesan di Apps F&N.

Cara Membeli Produk F&N Secara Atas Talian



1. Cari F&N Life di dalam App Store atau Google Play. Kemudian korang Muat Turun Aplikasi F&N Life dan daftar sebagai pelanggan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.




2. Tekan dekat banner seperti gambar diatas. Korang akan dipautkan kepada page Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life. Korang boleh pilih antara F&N Life Ramadan Bundle atau F&N Life Raya Bundle.


 

F&N Life Ramadan Bundle adalah untuk bulan Ramadan. Terdapat 6 pilihan yang boleh korang pilih iaitu F&N Raya Ria Bundle, BB Raya Bundle, Fizzy Easy Bundle, Best Buka Puasa Bundle, Syok Soya Cincau Bundle dan Hidrat Ramadhan Bundle.


3. F&N Life Raya Bundle pula khas untuk Hari Raya. Terdapat 3 pilihan yang boleh korang pilih iaitu Masak Masak Raya Bundle, Rose Agar Agar Bundle dan Hidrat Ramadan Bundle.

Pembayaran

Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang boleh korang lakukan.Korang boleh membuat pembayaran melalui TouchnGo eWallet, Boost Wallet, FPX, ShopeePay, MCash dan Credit/Debit card. Dengan pilihan yang ada ini, memudahkan untuk korang membuat pembayaran.

Penghantaran


Penghantaran sangat pantas! tidak sampai 3 hari berkerja pun. Macam Shailla, sejam sebelum dia sampai hantar barang dia akan call bagitahu.


Harga untuk kos penghantaran korang boleh lihat seperti dibawah ini.

Sedap Giler Teh Tarik Bundle



Tengok punya tengok sekali Shailla terlihat Sedap Giler Teh Tarik Bundle. Memang kenalah dengan menu minuman Shailla di pagi raya. Tanpa berlengah lagi, terus Shailla masuk troli dan membuat pesanan. Mudah betulkan? yang mana cadang nak masak ketupat di pagi raya, korang boleh pilih "Masak-Masak Raya Bundle" kerana dalam pakej itu ada ketupat.


Apa yang korang boleh dapat dalam pakej Sedap Giler Teh Tarik Bundle adalah seperti :

3 Tin F&N Evaporated Creamer 390G
3 Tin F&N Sweetened Condensed Milk 392G
2 paket BOH Jumbo Potbag (10 Jumbo Potbag for each pack)

Tidak sabar rasanya untuk membuat sedap giler tea tarik ini untuk orang tersayang di pagi raya nanti. 

Download applikasi F&N Life untuk mendapatkan tawaran menarik dari F&N.

Website :

Facebook :

Instagram :
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...