Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

September 15, 2017

The Regency Waterfront Hotel Kuala Terengganu

Assalamualaikum ❤️


Hai semua, ini merupakan penginapan sha seterusnya ketika berada di Terengganu. Alang-alang kami konvoi naik ke Kuala Terengganu, jadi kami terus menginap di The Regency Waterfront Hotel Kuala Terengganu. Ini berikutan anak-anak tidak dapat mandi manda di pantai. Jadi kami sekeluarga tukar rancangan untuk membawa mereka mandi kolam. 


Di atas adalah pemandangan dari luar hotel sha. Kalau korang dapat lihat, hujung bangunan itu adalah laut. Jom sha kongsi sikit pemandangan di dalam bilik hotel pula. 

Tempat Tidur

Bilik Air

Sebenarnya keadaan katil sewaktu datang kemas sahaja. Tetapi bila dua orang gergasi itu telah naik memang hancurlah jadinya. Ruang bilik dia sangat besar dan susun atur perabut juga tersusun kemas. Bilik kami merupakan bilik mempunyai penghawa dingin.dan mempunya sebuah katil bersaiz quuen. Sha menginap disitu selama satu malam kerana keesokkan harinya kami akan bergerak pulang ke rumah di Sungai Buloh Selangor. 


Ketika masuk ke bilik hotel,lebih kurang pukul 3 lebih. Jadi kami anak beranak rehat sebentar kemudia pukul 5 petang kami bersiap untuk mandi kolam. Kolam dia terletak dibangunan sebelah iaitu berhadapan dengan hotel. Kalau korang lihat gambar dari kuar bilik hotel itu, terdapat satu bangunankan? Disitu tempat untuk mandi kolam. Anak sha yang pertama memang mandi sampai tidak ingat dunia. Jenuh paksa naik untuk balik ke bilik hotel. Manakala anak sha yang nombor dua pula, mandi sampai tertidur. Bila waktu sudah hampir tujuh malam, kami semua berangkat pulang untuk mandi, solat dan bersiap untuk pergi undangan makan malam di rumah saudara yang duduk area situ. Selepas makan malam, sha singgah di downtown tapi sekejap sahaja kerana anak-anak semua sudah tidur keletihan. 


Keesokkan paginya, bangun pagi, bersiap-siap terus pergi sarapan pagi. Sarapan disitu memang banyak pilihan begitu juga dengan masakkan dia boleh tahan. Memang tidak akan rasa menyesal. Itu bergantung pada tekak masing-masing tapi buat kami sekeluarga memang tidak ada komplain tentang rasa makanan disitu malah kami siap lepak lagi disitu sampai waktu habis. Mula masa breakfast adalah dari pukul 7 pagi hingga 10.30 pagi. 


Selepas perut kenyang jadi kita kena bersenam sikit untuk membakar lemak yang ada. Aktiviti sha dan keluarga seterusnya adalah bermain bowling yang juga terdapat di dalam bangunan itu.

Kitaorang main sampai pukul 11.30 am, kemudian pulang ke bilik untuk berkemas dan check out hotel pada pukul 1.00 pm. Sebelum pulang ke rumah, ada beberapa tempat yang sempat singgah. Yang itu sha akan cerita di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih. 

September 13, 2017

Pantai Paka, Terengganu

Assalamualaikum ❤️


Ini merupakan pantai kedua yang sha singgah ketika berada di Terengganu. Pantai ini kalau tidak silap terletak dalam daerah Dungun dan berdekatan dengan daerah kemaman.


Selepas melawat saudara, kami terus singgah disini untuk lepak dan menghirup udara segar. Kawasan pantai ini memang nampak bersih. Selain itu chalet turut disediakan disitu. Terdapat beberapa gerai yang menjual makanan seperti keropok lekur, ikan celup dan lain-lain makanan lagi.

Untuk mandi manda disini macam tidak sesuai kerana ombak dia agak kuat. Kalau untuk beriadah, lepak-lepak dan ambil gambar memang sesuai. Okay sampai disini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

September 12, 2017

Pantai Teluk Bidara Dungun Terengganu

Assallammuaikum ❤️


Kalau sudah sampai Terengganu, rugi dan macam ada tidak lengkap pula rasa jika tidak singgah pantai. Di sini terdapat beberapa pantai yang cantik untuk lepak-lepak sambil tenangkan fikiran dan beriadah bersama keluarga.


Pantai yang sha maksudkan adalah pantai Teluk Bidara. Pantai ini terletak di dalam daerah Dungun. Kalau korang dari arah bandar dungun, korang akan melalui jambatan baru dungun.

Apa yang menariknya adalah, ketika dalam perjalanan ke sini, korang akan melalui kawasan kampung. Seronok rasanya hati ketika melalui kawasan kampung itu. Untuk sampai ke destinasi, terdapat banyak simpang yang perlu korang lalui. Jangan risau, setiap simpang terdapat papan tanda, jadi kalau betul ikut,memang tidak akan sesat.


Ketika sha sampai disini, cuaca agak baik, jadi sempatlah kami bermain-main di titi air. Pasir disini memang putih dan ombak pula terkadang kuat dan terkadang tenang. Tapi malangnya sini tidak boleh mandi sebab ada tertulis di signboard. Tapi kalau korang hendak tahu, ketika itu ada sahaja beberapa orang yang mandi.


Untuk mengelak kejadian yang tidak diingini, kami hanya bermain pasir dan air laut ditepi gigi air. Selain itu juga kami bermain layang-layang yang kebetulan ada bawa ketika itu. . Bila masa telah menunjuk hampir 7 malam, kami pun bergerak pulang ke homestay. Sebelum pulang, kami singgah dahulu gerai yang berada ditepi jalan untuk bungkus goreng pisang.

Alamat : Pantai Teluk Bidara, 23000 Kuala Dungun, Terengganu, Malaysia

Terima Kasih

February 07, 2017

Penginapan Hotel di Langkawi

Assallammualaikum ❤

 

Hai semua, pasti semua sudah pernah pergi bercuti ke Langkawi. Langkawi merupakan lokasi peranginan paling popular di Malaysia. A lot of nice places to visit in Langkawi. Antara tarikan utama yang terdapat di Langkawi adalah  tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri, Perigi Hang Tuah dan banyak lagi khas untuk mereka yang pencinta sejarah. Setiap tempat bersejarah di Langkawi mempunyai lagendanya dan ceritanya yang tersendiri. 

Bagi anda yang gemar dengan aktiviti mengembara, tempat yang harus anda kunjungi adalah Tasik Dayang Bunting untuk menikmati kecantikan panorama yang sukar didapati di tempat lain. Tasik ini mempunyai air berwarna biru dikelilingi dengan gugusan bukit membentuk tasik yang luas. Di sini juga anda berpeluang untuk mengambil gambar dengan pemandangan persekitaran yang menakjubkan untuk diabadikan sebagai kenangan.

Pekan Kuah merupakan salah satu tempat terkenal untuk pengunjung membeli belah. Di Pekan Kuah terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barang cenderamata dengan harga yang amat berpatutan. Jika anda ke Langkawi, penginapan mestilah menjadi sesuatu yang harus dititikberatkan. Macam biasa, tempahlah dengan Traveloka bagi memastikan percutian anda berjalan dengan lancar. Berikut adalah beberapa Langkawi hotels yang best yang wajib anda survey sekiranya ingin berkunjung ke Langkawi.

Tubotel Langkawi

 

Pernah tak anda bayangkan tidur di dalam tube macam gelung di taman permainan tetapi didalam size yang lebih besar? Tidak pernah kan? Jadi, jika anda ingin merasai keunikan tidur di dalam tube, inilah tempatnya, Tubotel yang terletak berhampiran Pantai Cenang. Tubotel merupakan paip silinder, kolong atau kiub yang dibuat bilik. Hotel ini mempunyai satu slogan unik iaitu ‘Don’t be square’ memberikan perasaan yang tenang kepada pengunjungnya. Anda pasti terpegun melihat kecantikan setiap tube yang dibina dengan pelbagai warna pastel yang lembut dan mendamaikan. Hotel ini mempunyai 23 bilik with jenis kemudahan berbeza iaitu seafront tubes, the garden tubes dan the container bunk beds. Setiap tube ini memberikan pengalaman yang cukup berbeza kepada penghuninya. Apa yang menarik tentang tube ini adalah biliknya mengadap ke pantai. Disini anda akan berpeluang mendengar deruan bunyi ombak yang menjanjikan pemandangan yang sangat menarik. Untuk pengetahuan semua, tandas berada diluar, jadi anda perlu berkongsi tandas dengan pengunjung yang lain. Antara kemudahan lain yang terdapat di hotel ini adalah basikal yang boleh disewa dengan harga yang murah, kemudahan wifi dan juga paling penting kemudahan laundry yang memudahkan anda untuk membasuh dan mengeringkan pakaian setelah mandi pantai.Menarikkan Tubotel ini, jom tempah hotel Tubotel Langkawi ini sekarang juga!.

The Cabin

 
 

Bagi anda yang ingin merasai pula tidur didalam kontena, The Cabin adalah tempat yang patut dikunjungi. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Underwater World Langkawi. The Cabin merupakan antara tempat tarikan yang cukup popular di Langkawi. Hotel ini pasti memukau mata sesiapa saja yang memandangnya. Disini terdapat tiga jenis bilik yang anda boleh pilih iaitu Aira, Aqasha dan Amelia. Apa yang menarik tentang hotel ini adalah menawarkan pakej yang boleh anda pilih mengikut citarasa anda. Antara pakej yang disediakan adalah antaranya honeymoon, couple, finding nemo dan banyak lagi. Hiasan dalaman juga cukup minimalis dan bersesuaian dengan konsep penginapan dalam kontena yang cuba ditonjolkan. Bagi pengemar keindahan landskap, anda boleh merakam gambar di sekitar hotel ini yang berkonsepkan hipster. Hotel ini berdekatan dengan laluan pelancongan yang berkunjung ke Pantai Cenang yang menjadikan keadaan dan susana di situ sentiasa hidup. Anda berpeluang untuk menikmati suasana sebenar kehidupan Pantai Cenang bila berada di sini. Terdapat juga deretan kedai makan dan kedai cenderamata di sekitar hotel yang memudahkan urusan harian anda!

Awana Porto Malai Hotel

 
 

Salah satu hotel di Langkawi yang best ialah Awana Porto Malai. Hotel mewah ini terletak di kawasan terpencil di Pulau Langkawi. Jadi, jika anda inginkan percutian yang lebih privasi, inilah tempatnya. Dengan sentuhan gaya Mediterranean, hotel ini menyediakan pengalaman bercuti yang tidak akan dilupakan terutamanya jika anda datang untuk berbulan madu atau meluangkan masa bersama pasangan. Hotel ini juga terkenal dengan pemandangan laut yang menakjubkan. Apa yang manarik tentang hotel ini adalah anda boleh berehat di gazebo sambil mengadap laut yang menjanjikan pemandangan yang indah. Jika anda datang bersama keluarga, jangan risau kerana terdapat kolam mandi dan permainan yang turut disediakan untuk kanak-kanak bagi meluangkan masa bermain bersama keluarga.
Selain daripada Langkawi Hotels recommended yang disenarikan diatas, anda juga mencari lebih banyak lagi hotel yang tersedia di laman web rasmi Traveloka website. 
Untuk maklumat lebih boleh layari :
Sekian Terima Kasih ❤


December 22, 2016

Menara Taming Sari Melaka

Assallammualaikum 💋

 

Ini merupakan kali kedua Shailla naik Taming Sari bersama suami dan kali pertama bersama anak. Taming Sari ini antara tempat tarikkan yang ada di Bandaraya Melaka. Sesiapa yang datang melancong ke Melaka tetapi tidak naik Taming Sari adalah satu kerugian, at least orang kata naik sekali pun jadilah.

 

Diatas Shailla kongsikan harga masuk untuk Taming Sari. Nasib Areez kecil lagi, jadi dia tidak dikenakan bayaran, hanya Shailla dan suami sahaja yang dikenakan bayaran..hihihi

 

Bagi yang takut pada ketinggian, memang akan berasa gayat ketika berada diatas dan amatlah rugi jika anda tidak melihat sendiri keindahan Melaka dari atas Menara Taming Sari. Nasib Shailla memang jenis tidak gayat sangat dan juga Alhamdulillah Areez juga nampak sangat steady dan tidak takut ketika naik ke Menara Taming Sari ini, malah dia nampak teruja dan seronok.

 

Menara Taming Sari ini, shailla cadangkan elok naik waktu malam kerana korang boleh lihat pemandangan Melaka yang penuh dengan lampu-lampu. Memang cantik pemandangan daripada atas Menara Taming Sari. Teruja Shailla lihat walaupun sebelum ini Shailla pernah naik. Tapi itulah bila sudah naik rasa tidak puas pula kerana rasa sekejap sahaja sudah sampai bawah, rasa macam hendak naik lagi pula sebab bila turun, dia agak laju berbanding semasa naik. Okay sampai sini sahaja entry Shailla.

Sekian Terima Kasih ❤️

September 06, 2016

Beriadah Di Hutan Lipur Kanching

Assallammualaikum


Pada hari ahad yang lepas, Shailla sempat berkunjung ke Hutan Lipur Kaching. Alhamdulillah cuaca ketika kami sampai di sana agak baik. Shailla bergerak selepas zuhur dan sampai di sana dalam pukul 2 lebih jugalah. Keadaan ketika itu tidak terlalu sesak tetapi kami terpaksa parking luar kerana parking belah dalah telah penuh. Ketika masuk ke dalam gate, kami diminta membayar tiket masuk sebanyak RM2 seorang bagi dewasa manakala kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dikenakan bayaran.


Anak comel Shailla ini memang dari rumah lagi Shailla telah mengenakan pakaian renang ketika dirumah lagi. Ini adalah bagi menyenangkan Shailla agar tidak membuang masa ketika sampai disini.


Shailla memang tidak mandi kerana malas untuk tukar pakaian dan juga kerana air dia agak cetek, jadi Shailla hanya lepak tenangkan fikiran bersama dengan abah Shailla. Hanya mama shailla dan anak buah sahaja yang mandi ketika itu. Riak wajah Areez ketika itu memang nampak riangnya kerana Areez dekat rumah pun memang suka main air. Shailla denagn family lepak disitu hingga pukul 4 petang kerana ketika itu hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Selepas semua selesai tukar pakaian, kami pun bergerak balik. Areez dapat minum susu sebotol terus lelap kerana keletihan bermain air. Di Huatan Lipur Kaching ini ada banyak monyet, jadi kena berhati-hati terutama ketika bawa makanan. Okay sampai disini sahaja entry Shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.


May 18, 2016

Travel Review | Sunway Lagoon

Assallammualaikum 



Ini merupakan aktiviti shaila pada minggu lalu. Shaila dan keluarga pergi beriadah ke Taman Tema Sunway Lagoon. Tiket masuk untuk taman tema ini adalah berbeza. Shaila dapat tiket separuh harga yang dijual oleh kawan ipar.



Amusement Park pula menampilkan Wild Wild West yang menawarkan pelbagai tarikan terkenal seperti Grand Canyon River Rapids dicatatkan di dalam Malaysia’s Book of Records sebagai yang pertama seumpamanya Apa yang ada di Wild Wild West. Terdapat banyak permainan yang berada disini. Jom kita lihat antara permainan yang ada di sini.

 

Inilah permainan yang pertama kami terjah. Permaianan ini dinamakan Grand Canyon River rapids. Permainan ini boleh naik 2 hingga 6 orang. Sementara itu, pengembaraan menjadi nyata di World of Adventure di atas Pirate’s Revenge sebuah kapal lanun yang boleh berputar 360 darjah!

 

Gran Canyon River Rapids ini memberikan para pengunjung pengalaman seolah-olah sedang berlakon di dalam filem koboi mereka sendiri. 

 

Kemudian shaila dan keluarga ke permainan seterusnya iaitu Vultures. Permainan ini lebih kurang rasa ala-ala terbang ke udara gitu. Semasa rendah rasa steady dan cool sahaja tetapi bila makin lama makin naik tinggi, sampai senget-senget badan tahan kaki. Mana tidaknya rasa hendak terjatuh pun ada, rasa gayat pun ada...hahaha

 

Cawan pusing adalah permainan seterusnya yang kami naik. Cawan pusing ini best sebab dua kali kami repeat naik. 
 

Bahagian tengah itu adalah bahagian control pusingan cawan. Kalau tidak mahu pusing sangat biar dia  pusing sendiri tetapi kalau hendak super pusing bolehlah pusingkan laju-laju tombol tengah itu.


Untuk permainan kapal ini, shaila tidak naik sebab dulu shaila pernah naik sekali rasa hendak tercabut jantung. Meleleh-lelehlah air liur sebab menjerit sahaja. Untuk kali ini memang tidaklah adik ipar shaila sahaja yang naik.

 

Jom kita melawat binatang di Wild Life Park. Zoo mini yang menempatkan beberapa haiwan seperti singa putih,harimau belang,Beruang Matahari, harimau kumbang dan sangkar burung.

 

Ini adalah salah satu tarikkan utama yang terdapat dalam Wild Life Park adalah white lion.Sunway Lagoon juga sudah mempunyai tarikan hidupan liar yang menempatkan 150 spesis haiwan dari seluruh pelosok dunia yang sangat menarik untuk dilawati. Antara haiwan-haiwan yang menjadi tumpuan di sini ialah singa putih, harimau belang, harimau kumbang, burung-burung dan sebagainya. Di sini juga ada persembahan haiwan yang diadakan setiap hari di antara pukul 3 hingga 3.15 petang bertempat di Wildlife Theatre.

 

Untuk permainan ini, shaila tidak naik kerana anak shaila tiada orang hendak jaga semasa itu. Vuvuzela merupakan permainan terbesar dan terkenal di Sunway Lagoon. Vuvuzela dengan laluan air sepanjang 152 meter, direka untuk menyamai perjalanan melalui sungai yang bergelora sebelum jatuh ke corong air terbesar dunia.Ia juga dilengkapi lif yang membawa pelampung dengan enam tempat duduk ke dek pelepasan.Untuk menaiki permainan tersebut, pengunjung mestilah mempunyai tinggi sekurang-kurangnya tiga kaki dan 7.3 inci (110 sentimeter). Setiap pusingan permainan boleh memuatkan berat maksimum 454kg untuk setiap pelampung.



Kemudian seterusnya kami ke Scream Park untuk berjumpa dengan hantu-hantu di dalam itu. Semasa kami hendak masuk tiba-tiba ada wanita arab keluar dari situ katanya "not good not good" jadi shaila teka mesti hantu di dalam sana amat menyeramkan. Dup dup dup jantung semasa itu. Rupanya di dalam ini ada banyak peringkat dan setiap peringkat akan diberi penerangan oleh perkerja yang jaga di dalam itu. Hantu di dalam ini tiadalah seram sangat dan tiada konsep sentuh jadi korang perlu bimbang hantu-hantu didalam ini tidak akan sentuh korang. Hanya bunyi dentuman yang kuat sesekali kelibat hantu buat kita terkejut, itu sahaja.

 

Lihat, anak shaila pun tidak takut dengan hantu tau, elok  jer ambil gambar bersama hantu. Hailah anak, muncung tu tidak boleh cover betul...hahahah.

 

Okay setelah penat bermain permainan kering, jom kita mandi pula. Okay dekat area sini memang ramai orang dan panas. Disini juga disediakan ponduk untuk letak barang tetapai kalau lambat, memang penuhlah.

 

Air dia bersih cuma bau klorin sangat kuat. Memang gelap muka kami sekeluarga berjemur. Mana tidaknya mandi tidak ingat dunia, sedar-sedar sudah petang. Petang itu tiba-tiba hujan lebat selepas berteduh kami salin baju dan pulang. Sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

February 08, 2016

Travel Review | Melaka 2016 Hari Kedua

Assallammualaikum 



Lokasi shaila pada hari kedua adalah Perigi Hang Tuah. Apa yang menarik di sini adalah ole-ole dia yang murah. Kalau macam gula melaka, shaila cadangkan lebih baik beli di sini kerana di sini lebih murah dan lebih ahli berbanding di tempat lain. Terdapat banyak ole-ole yang dijual disini seperti dodol, kerepek, belacan, cencalok, dan lain-lain.



Selain ole-ole, beg juga ada dijual disini. Beg ini memang menjadi tarikkan pengunjung yang datang ke sini. Mama shaila juga membeli beg ini kerana hasilnya yang cantik dan kemas.



Selain itu, tudung salji yang berwarna warni ini juga menjadi tarikkan. Warna dia yang lembut memang menjadikan ia lebih nampak menarik dan moden.



Inilah dia rupa perigi hang tuah. Airnya sejuk dan tidak pernah kering. Kalau kita tengok gambar macam tidak dalam tetapi hakikatnya sangat dalam, jangan sesiapa cuba terjun pula bila sampai di sini.



Selepas membeli barang di perigi hang tuah, lokasi seterusnya sebelum pulang ke sungai buloh adalah Pantai Klebang. Tujuan kami ke sini adalah untuk mengambil udara dan angin pantai.



Cuaca ketika gambar ini diambil sangat panas. Sebab itu mata kami berdua kecil sahaja. Ketika kami datang, memang ramai pengunjung datang ke sini jalan-jalan dan ambil gambar di tepi pantai. 



Bila cuaca panas, tekak pun kering apa lagi pergi pekena Abc atau cendol pun sedap. Shaila memilih Abc manakala yang lain memilih cendol. Kenapa gambar cendol tiada?? kerana shaila malas ambil gambar review untuk kedai ini. Bukan apa pertama cendol sampai tidak mengikut kuantiti di order. kedua pula shaila pesan soto kosong untuk baby tetapi yang sampai soto siap letak cili. Mak cik shaila pesan Mee Kari tetapi mee kari rasa masin. Kira punya kira...hurmmm harga tidak berbaloi dengan makan. FAILED!!

Selepas makan, kami pun bergerak pulang ke sungai buloh. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan tidak tersekat dengan jem. Okay sampai di sini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...