Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

April 02, 2015

TRAVEL:Throwback Jalan-Jalan di Pasar Malam Jonker Walk Melaka

Assallammualaikum

Semasa shaila bercuti di Melaka, Shaila sempat singgah di Jonker Walk.Jonker Walk terkenal sebagai galeri seni, kedai-kedai antik, hotel, kedai tukang emas, pembaik jam tangan, pembuat tersekat dan pembuat kasut manik, tukang besi, rotan dan buluh penenun, peniaga ubat tradisional Cina dan kedai makanan.
Kawasan ini mempunyai reputasi untuk membekalkan barangan antik dan seni sejak awal tahun lima puluhan apabila rakyat Malaysia menyertai dorongan untuk membeli-belah untuk memori masa lalu.



Gambar lorong disebelah belakang bangunan jonker walk.Deretan lampu menerangi sepanjang laluan di Jonker Walk menjadikan suasana lebih dramatik dan meriah.


Pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, suasana Jonker Walk menjadi seperti pasar karat.Tiada lagi jalan raya yang lengang kerana peniaga sudah mengambil tempat masing-masing untuk berniaga


.Pengunjung juga semakin ramai memenuhi laluan sekali gus membuatkan Jonker Walk sesak dengan kunjungan orang ramai yang punya agenda tersendiri.


Barangan yang dijual? Ia tidak dapat disebut satu persatu kerana terlalu banyak barangan yang dijual termasuklah lukisan, barangan kraftangan, aksesori khusus buat kaum hawa, baju-baju kemeja-T beraneka corak dan tulisan serta permainan.


Dalam banyak-banyak kedai yang ada disitu, kedai ini menarik perhatian shaila untuk masuk mengunjunginya.


Apa yang terdapat didalam kedai itu adalah barang-barang cenderahati untuk dihadiahkan pada rakan-rakan mahupun family.

Apa yang menarik minat shaila adalah rekaan patung atau artifak daripada besi ini. Memang nampak unik dan menarik. Selain itu juga rekaanya perlbagai bentuk dan jenis. Memang kreatif betul mereka yang menciptanya. Shaila sempat juga membeli key chain yang diperbuat daripada besi ini unutk dihadiahkan pada saudara mara shaila.

Antara key chain comel yang terdapat di pasar malam jonker walk. Selain itu, di sini juga ada jual makanan TETAPI untuk orang islam better jangan beli makanan disitu sebab diragui status halalnya. Mana tidaknya majoriti makanan yang di jual disitu dimasak oleh orang cina. So faham2 jelah kan. Dimsum juga ada jual disitu ditambah aroma baunya yang agak mengancam..ermmm....


Setiap isnin hingga Khamis, deretan kedai dengan seni bina unik ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang. manakala, Jumaat hingga Ahad pula kebanyakan kedai beroperasi hingga 10 malam.


Sedang shaila syok jalan-jalan di lorong jonker walk, terjumpa Like Guest House ini. Hotel ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. Kemudahan utama hotel termasuklah meja penyambut tetamu 24-jam, perkhidmatan di bilik 24-jam, simpanan bagasi, layanan bilik.


Ini pula adalah Masjid Tanjung Kling. Masjid Tanjung Kling ini terletak di bandar Melaka. Lebih tepat lagi kalau anda jalan-jalan di Jonker Walk, anda akan dapat melihat masjid tanjung kling ini dengan lebih dekat. Sebuah masjid yang agak antik, ditulis di papan info di depan masjid itu, masjid ini seakan-akan bentuk pagoda dan dipercayai dibina pada tahun 1900-an. Ada yang kata tahun 1920, dan ada yang kata tahun 1930.

Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi di entry akan datang! ada satu lagi tempat menarik yang shaila lawati di Melaka yang ingin shaila kongsikan.

Sekian Terima Kasih

April 01, 2015

TRAVEL: Mahkota Hotel Melaka

Assallammualaikum

Semasa cuti-cuti Malaysia di Melaka, shaila menginap di Mahkota Hotel Melaka. Mahkota Hotel Melaka Terletak hanya 15-minit berjalan kaki dari A’Famosa Fort. Selain itu Mahkota Hotel Melaka berdekatan dengan berhampiran Mahkota Parade Shopping Mall. Hotel Mahkota Melaka terletak kurang dari 15 km dari Lapangan Terbang Batu Berendam.


Pangsapuri-pangsapuri yang luas di Mahkota Melaka semuanya berhawa dingin dan mempunyai dapur kecil. Setiap bilik dilengkapi dengan ruang tamu yang selesa dengan sofa dan TV kabel.


Di Mahkota Hotel Melaka terdapat 2 kolam renang luaran serta tempat meletak kereta percuma. Kolam dia pun bersih dan tidak terlalu dalam. Selain itu disediakan juga kolam dan juga pancuran air untuk kanak-kanak. Kemudahan sauna yang berasingan untuk kaum lelaki dan wanita ada disediakan berserta dengan gelanggang skuasy dalaman serta gelanggang tenis luaran. Oasis Karaoke menyediakan hiburan sepanjang malam dengan bilik menyanyi peribadi.


Pemandangan dari bilik apartment shaila duduk. Shaila tempah bilik apartment ini dari agoda. Tempah ahrga di Agoda adalah lebih murah berbanding terus dari Hotel. Pakej shaila tidak termasuk sarapan pagi.Café Mahkota menyajikan bufet makanan Asia dan Barat yang asli. Latar yang kasual serta pemandangan kolam renang ditawarkan di The Pizza Terrace. Minuman dan muzik secara langsung boleh dinikmati di Bay Lounge.


Ini adalah ruang tamu di apartment yang shaila menginap. Ruang tamu dia agak luas dan selasa. Kalau ikut dari size ruang tamu ini, sesuai untuk 4 orang.Tetapi bilik disediakan hanyalah satu.


Ini pula ruang dapur dia. Ruang dapur dia agak sempit sedikit tetapi itu tidak menjadi masaalah pun kerana didalam apartment ini, tidak dibenarkan memasak.


Ini pula keadaan dalam bilik. Hiasan dalam bilik dia nampak lama. Selain itu, bilik air dia agak kecil dan sesuai untuk masuk sorang. Masuk ramai-ramai memang tidak digalakkan terutama yang bawa anak kecil. Lagi satu yang tidak best tentang bilik air adalah bathtub dia juga tidak berfungsi.


Shaila suka duduk di koridor dia memang best lepak disini sambil tengok pemandangan.Tetapi koridor dia agak kotor sedikit. Selain itu, angin di koridor ini pun memang kuat jadi memang sedap duduk disini sambil tengok mat Salleh bersidar dibawah..hahaha..Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang pula..daa!

Sekian Terima Kasih.

March 30, 2015

TRAVEL: Throwback Bercuti di Pantai Klebang Melaka

Assallammualaikum


Hai semua! kali ini shaila ingin cerita kisah shaila jalan-jalan makan angin di Melaka. Sebenarnya kisah ini dah lama berlalu, sekarang baru hendak cerita. Pada 6 February 2015 adalah tarikh lahir shaila yang ke ?? hurmmmm...hahaha. Jadi shaila dan suami telah buat keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Melaka. Masa itu, ais krim pasu memang terkenal di Melaka selain coconut shake. Jadi di kesempatan yang ada, shaila dan suami telah pergi merasai keenakkan dan keunikkan ais krim pasu.Sebenarnya ais krim pasu itu biasa saja rasanya seperti ais krim biasa cuma cara display dia itu sahaja yang menarik perhatian. Harga untuk ais krim pasu di Pantai Kleabang adalah RM 5 sepasu.


Selepas menikmati ais krim pasu, Shaila dan suami berjalan-jalan menuju ke pantai untuk menikmati suasana pantai dan angin bayu di situ.Ketika ini sudah petang dan cuaca agak mendung.Shaila pergi Pantai Klebang pada petang jumaat jadi masa ini tidaklah ramai sangat pengunjung yang datang. Kalau ramai pun mungkin pada sebelah malam kerana pada sebelah malam area Pantai Klebang ini menang meriah.


Memang terase tenang sahaja ketika berada disini.Tambahan pula melihat panorama yang indah ditambah pula dengan tiupan angin yang sepoi--sepoi bahasa dan deruan ombak yang memecah pantai pasti membuat kita berasa damai sehingga terlupa seketika kesibukkan di kota.Selepas menikmati pemandangan di pantai, shaila dan suami pulang ke hotel penginapan untuk berehat. Next entry shaila akan cerita hotel mana shaila menetap.Okay! jumpa lagi di entry akan datang!

Sekian Terima Kasih



June 26, 2014

Percutian Ke Gold Coast Morib Resort

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar? sudah rasa lamanya shaila tidak update blog, sudah bersawang jadinya...hohoho. Okay entry shaila kali ini, Shaila hendak cerita percutian shaila bersama family mertua..hikhikhik.Pada 14/6/2014 yang lepas, shaila pergi bercuti ke Gold Coast Morib Resort selama 2 hari satu malam.


Sebelum sampai ke Gold Coast Morib Resort, Kami singgah di pantai  morib dahulu untuk menikmati makan tengahari dan bersiar-siar sebentar sambil main layang-layang kerana angin dekat situ memang kuat jadi sesuai untuk aktiviti main layang-layang.


shaila bersama kakak-kakak ipar, adik ipar dan suami


Bapa dan mak mertua shaila


Shaila bersama the only one adik ipar.


Shaila bersama family kakak ipar. Okay perjalanan dari sungai buloh ke Gold Coast Morib Resort mengambil masa satu jam setengah untuk sampai di sana.

Review Gold Coast Morib Resort


Pandangan Dari Bilik


Bilik Penginapan Shaila


Jacuzzi


Salah satu gambar di Gold Coast Morib Resort. Pada pandangan shaila, bilik di Gold Coast Morib Resort memang tip top dan selesa. Water park Gold Coast Morib ini tempat dia terhad dan tidak seluas wet world shah alam tiada banyak permainan yang ada tetapi air dia bersih, memang puas lar mandi kolam...huhuhu..


Shaila sempat berjalan di pantai belakang Gold Coast Morib Resort, pantainya sama seperti dahulu, still kotor dan tidak boleh mandi, kalau untuk aktiviti pantai sesuai atau untuk release tension tengok peandangan pantai dan deruan ombak.

Bowling Time


Balik dari Gold Coast Morib Resort, kami singgah main bowling di Alamanda Putrajaya.


Anak-anak buah pun semangat main bowling..hahaha


Group Girls


Group Boys

Dan pemenangnya adalah group boys..Shaila? hurmmm tak payah cakap lar..longkang tu tempat fav shaila baling bola bowling..hahahah..Okay sampai sini sahaja entry shaila..Ada masa shaila update entry sekitar Majlis Perkahwinan Shaila, cewahhh...ayat retis pula..kuikukui..

Sekian, Terima Kasih


September 30, 2013

Riadah di Taman Paya Bakau

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar?okay kali ini Shaila hendak cerita pula tentang aktiviti shaila selepas balik dari Teluk Batik,Shaila singgah di Taman Paya bakau yang terletak dalam negeri Perak.Mesti ramai yang pernah pergi ke tempat inikan.Kepada yang belum,jom lihat bebarapa gambar yang shaila sempat rakam semasa berasa disana.


Haa...semasa memasuki pintu utama Taman Paya Bakau ini,monyet-monyet telah menanti para pengunjung.


Semasa seronok-seronok ambil gambar,shaila ternampak ulat yang lebih kurang rupa ulat bulu jadi shaila ambil lar gamabar dia.


Antara monyet-monyet yang ada di situ dan juga menjadi salah satu tarikkan pengunjung.



Ini adalah antara paya bakau yang terdapat disitu.


bebarapa gambar dengan family yang sempat shaila ambil semasa disana dengan berlatarkan pokok paya bakau.


Hahaha...my abah memang over excited manakala my mum slow motion...heee...


Kat sini pun jadi untuk bergambar,tapi sebenarnya menarik tau.


Di penghujung paya bakau ada sungai tetapi tidak boleh mandi yer,ada buaya...ehhhh...yeke ke ada buaya tapi yang pasti dalam okay.



Disini juga disediakan jambatan gantung untuk para pengunjung.Shaila ingat lagi semasa zaman Shaila belajat di UITM Seri Iskan,jambatan ini belum ada lagi.Tapi sekarang dah maju.


Setelah hampir sejam berjalan,lihat aksi oarang-orang kepeneatan...haaha


Anak buah shaila yang ini,masa ini demam jadi dia tidak ada mood hendak ambil gambar.


Seblum pulang,ambil satu gambar lagi pemandangan di Taman Paya Bakau dan juga menjadi gambar penutup entry shaila.okay...daaa

-TQ-

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...