Assallammualaikum
Hello semua, korang sudah pakai sunscreen hari ini? haa..pada yang belum pakai sunscreen, cepat-cepat pergi pakai kerana sunscreen merupakan salah satu ruitn penjagaan wajah yang penting. Rugi sahaja kalau korang pakai serum dan krim mahal tetapi tidak memakai sunscreen. Selain untuk melindungi wajah dari sinaran matahari, sunscreen juga berguna untuk mencegah penuan dan risiko pelbagai jenis masaalah kulit.
Bukan mudah yer untuk mencari sunscreen yang sesuai dengan kulit kita terutama yang mempunyai masaalah kulit sensitif seperti Shailla. Kalau hendak di hitung rasanya pelbagai juga sunscreen yang Shailla cuba. Kebanyakkannya membuat kulit Shailla menjadi breakout. Kalau muka dah breakout memang makan masa untuk pulih. Ada juga sunscreen yang buat muka menjadi bertambah oily, icty dan tumbuh jerawat. Kesan salah pilih sunscreen ini juga berbeza-beza bergantung pada induvidu. Macam Shailla lebih kepada oily dan jerawat.Menghalang sinar mataharii (sun protection)
Melembapkan kulit (Moisure Skin)
Menenangkan Kulit (Claming Skin)
Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin
Kandungan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi :
Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchird Extract.
Bahan utama yang terkandung dalam Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah seperti Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin ini dapat mengurangkan dan mengelakkan keradangan kulit. Ekstrak Aloe Vera yang terkandung dalam sunscreen ini juga dapat menenangkan kulit dari masalah kulit seperti kemerah-merahan dan kegatalan.. Jadi kulit korang akan nampak sihat dan berseri.
Ketika menggunakan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, Shailla tertarik dengan teksturnya yang ringan, mudah meresap dan no whitecast. Tona kulit muka Shailla yang berwarna medium, tidak membuat wajah Shailla menjadi bercapuk dan nampak putih pelik. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini hanya terlihat seperti memakai tone-up cream. Ia juga sesuai dijadikan sebagai make up base.
Kulit muka Shailla jenis combination dan lebih cenderung kepada kulit mudah berminyak . Dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, mampu mengawal minyak dengan baik, tanpa membuat kulit kering. Kulit terasa tetap terjaga kelembapannya walaupun terdedah dibawah matahari yang agak lama.
Shailla memiliki pori-pori yang besar, biasanya sunscreen akan masuk ke dalam pori-pori dan membuat pori-pori yang tersumbat. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, tidak menyumbat pori-pori yang boleh menyebabkan jerawat.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature terasa sangat nyaman di kulit Shailla yang sensitif dan cenderung mudah berjerawat. Nak tahu sunscreen itu sesuai atau tidak dengan korang, biasanya kulit akan menjadi kemerahan dan ruam-ruam seperti iritasi, kemudian beberapa hari kemudian akan muncul jerawat. Shailla telah menggunakan sunscreen ini selama hampir 3 hingga 4 bulan dan aku tidak melihat adanya tanda-tanda breakout.
Akhirnya bertemu juga sunscreen yang sesuai dengan kulit sensitif Shailla. Shailla sangat rekomen korang guna Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini terutama untuk korang yang kulitnya sensitif, wajib cuba!