March 24, 2016

Product Review | Harum Malam Untuk Wanita Mementingkan Kesihatan Dalaman

Assallammualaikum


Sama ada sudah berkahwin mahupun anak dara, penjagaan dalaman amat penting bagi setiap wanita. Ini kerana bila usia semakin meningkat, semakin banyak yang kita perlu jaga terutama yang telah berkahwin dan melahirkan anak.  Bila sedar diri sudah semakin dimamah usia ibarat enjin kereta pesona yang semakin hari semakin semput, mulalah tercari-cari produk untuk melancarkan kembali sistem dalaman badan. Dalam pencarian shaila, shaila bertemu jodoh dengan produk Harum Malam. Harum malam merupakan supplemen dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa di samping berkesan semulajadi sebagai "perapat" . Wow!!! "perapat" hurmmmm...memang sesuai untuk ibu yang melahirkan anak. Selain itu, Harum Malam membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Harum Malam juga dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberi tenaga dan menambahkan stamina untuk aktiviti harian. Diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak he ba lain seperti sireh, buah tin, kismis,madu, goji, limau purut, strawberi, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica dan senna yang dapat mengatasi bau kurang enak dari tubuh. Produk yang harus diambil oleh semua wanita zaman kini.


Kelebihan Harum Malam

1. Mengatasi masaalah keputihan
2. Menghilangkan kegatalan dan masaalah bau di Miss V
3. Mengetatkan, menegangkan dan merapatkan otot rahim
4. Memberi tenaga dan kecergasan 
5. Membuang toksin di dalam badan
6. Melawaskan sistem penghadaman
7. Melancarkan perjalanan dan kitaran haid
8. Membuang angin di dalam badan
9. Mengurangkan masaalah bau badan
10. Menguatkan keinginan hubungan seksual
11. Anti penuaan dan mencantikkan bentuk badan
12. Membesar dan menegangkan payu dara
13. Membentuk punggung agar lebih montok
14. Membakar lemak yang berlebihan
15. Mengawal berat badan
16. Mengempiskan perut buncit
17. Menyubur dan merapatkan pintu rahim
18. Menghalang jangkitan kulat dan virus
19. Memberi perlindungan anti oksida yang tinggi
20. Meningkatkan pengaliran darah yang membantu rangsangan seksual.

Golongan yang sesuai ambil minuman kesihatan Harum Malam:

1. Wanita Berkahwin
2. Anak Dara
3. Wanita Berpantang
4. Sesuai untuk yang menyusukan anak
5. Sesuai untuk usia 50 tahun ke atas


Cara pengambilan:

Pagi : 1 sudu sebelum sarapan
Malam : 1 sudu sebelum tidur

*boleh diminum terus
*Pastikan guna sudu plastik kerana Harum Malam mengandungi madu,dikhuatiri kalau guna sudu besi akan hilang khasiatnya.boleh simpan dalam peti sejuk .Produk Harum Malam Halal dan lebih 7 tahun dalam pasaran.


Pantang Larang HM:
1. Elakkan minuman berais
2. Ibu mengandung tidak dibenarkan
3. Minum ikut sukatan yang dibenarkan sahaja ( Tidak digalakkan mengambil lebih dari sukatan )
4. Untuk kesan yang maksimum,amalkan setiap hari.

Isipadu : 250 ml
Berat : 580 gram

Kandungan:

Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, strawberry, senna.
100% ramuan asli


100% original dan terbaru hanya dari HQ. Jaminan wang dikembalikan jika customer dapat buktikan stock kami palsu. Sila lihat gambar untuk mengetahui sendiri Harum Malam anda . Jadi lah pengguna yang bijakProduk Harum Malam mendapat kelulusan dari KKM. No siri KKM tertera pada botol, jadi anda boleh menyemak di laman web KKM.


Shaila telah cuba produk ini selama seminggu. Sebelum ini shaila menghadapi masaalah keputihan yang meyebakan timbul rasa tidak selesa tetapi setelah menggunakan Harum Malam, masaalah keputihan  sudah semakin berkurangan. Badan juga tidak mudah letih. Sekarang musim panas agak teruk, badan sering berpeluh dan mengeluarkan bau kurang nyaman. Harum Malam telah berjaya mengatasi bau ketika berpeluh. Shaila sebelum ini menghadapi masaalah angin dalam badan, menag teruk juga masaalah masaalah angin dalam badan shaila, setelah consume harum malam ini, masaalah angin dalam badan semakin berkurangan. Kitaran haid juga sudah semakin berjalan dengan lancar. Harum Malam bukan untuk wanita yang sudah berkahwin sahaja tetapi sesuai juga untuk anak dara. Boleh di ambil setiap hari walaupun period, dalam pantang dan menyusu bayi. Untuk wanita yang preggy (pregnant) tidak digalakkan untuk consume sebab takut akan mengalami kesukaran bersalin (sempit). Khasiat Harum Malam telah diakui ramai. Hubungan suami isteri menjadi lebih intim, para wanita semakin bertenaga, dan penampilan diri masing-masing semakin yakin kerana tiada bau badan serta hilangnya keputihan dan ketidakselesaan di bahagian faraj.
Berminat?

HARGA : RM33 (SM) RM39 (SS)

Hubungi  010-4042769 untuk keterangan lebih lanjut.

Sekian Terima Kasih

March 20, 2016

Product Review | Minuman Moeder untuk Ibu Mengandung

Assallammualaikum,


Menjadi seorang ibu merupakan saat yang di nanti-nanti bagi setiap pasangan. Berita mengenai kehamilan merupakan detik yang sangat bermakna. Bagi setiap ibu, mereka inginkan yang terbaik untuk kandungannya. Begitu juga dengan shaila, ketika menagndungkan Areez, tercari-cari minuman yang terbaik untuk bayi dan juga kandungan. Di sini shaila ingin berkongsi tentang minuman yang boleh di minum semasa mengandung dan selepas melahirkan bayi. Minuman dari Moeder ini khas untuk ibu dan juga bayi.


Antara kebaikkan yang terdapat dalam minuman ini adalah :

Untuk ibu hamil :
1. Menguatkan kandungan bagi Ibu hamil.
2. Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin.
3. Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil.
4. Meningkatkan gaya tubuh, stamina serta tenaga sepanjang hamil.
5. Mencantikkan kulit ibu hamil.

Untuk kandungan/bayi :
1. Membantu memutihkan kulit bayi
2. Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
3. Mengurangkan risiko demam kuning.
4. Membantu kecergasan otak bayi.

Untuk Ibu menyusu :
1. Memberi tenaga untuk ibu.
2. Membanyak dan memekatkan produksi susu.
3. Membantu menghilangkan selulit kesan kehamilan.
4. Membantu merawat luka dalaman ketika bersalin.
5. Mencegah kegemukkan, mencerah dan melembapkan kulit.


Ramuan yang terkandung :
susu kambing, ekstra tomato, habbatussauda, madu, ekstra anggur, lutien, sarang burung, rumpai laut, buah tin, kurma, gam arab, ekstra billberry, ekstra aloe vera, ekstra lobak merah, ekstra brokoli, ekstra betik, stevia, omega 3, vanilla dan non diary creamer.


Ini merupakan serbuk minuman Moeder. Serbuk minuman ini berbau enak ketika dibuka. Shaila memang suka bau dia sedap dan rasa tidak sabar untuk rasa. Seeloknya selepas bancuh terus minum jika tidak korang akan rase air itu sedikit pahit. Air ini rasa macam gula-gula horlick..sedap.


Cara bancuhan dia :

1 skop pagi dan 1 skop malam di bancung bersama air suam sebanyak 200ml.


Bagi shaila, product ini amat bagus kerana mempunyai kelebihan iaiutu menyelesaikan segala permasaalahan yang sering ibu hamil hadapi seperti sakit pinggang dan tulang belakang. Selain itu juga dapat mengurangkan masaalah demam kuning yang bayi hadapi setelah lahir. Bagi ibu yang kekurangan susu juga sesuai minum produk ini. Produk ini juga boleh diamalkan oleh ibu yang ingin memiliki zuriat. Minuman ini juga boleh mencantik serta melembapkan kulit muka mungkin kerana ada bahan seperti tomato, sarang burung, rumpai air, kurma dan lain lagi yang terkandung dalam minuman ini. Shaila baru minum seminggu minuman ini. Apa yang shaila rasa adalah badan tidak rasa letih dan sengal-sengal terutama ketika balik dari kerja. Selain itu juga, kulit shaila terasa segar dan kemerahan.


Harga  minuman Moeder ini adalah :

RM 159.00 (WM) | RM 169 (SS)

Boleh Hubungi mereka di :

Telefon : 010-4042769  atau

Facebook : https://www.facebook.com/Moeder-boost-your-milk-708363745936899/ atau

Laman Web : www.moederhq.com 

Sekian Terima Kasih

February 23, 2016

Food Review |Teriyaki chicken from shogun2u

Assallammualaikum


Cuti hujung minggu ini, shaila habiskan di rumah sahaja. Hurmmmm apa menu untuk masak hari ini? shaila pun tiada idea untuk masak hari ini. Haaa!!! sekali sekala pesan untuk menu makan tenghari okay jugakkan. Shaila teringin pula hendak makan menu makanan Jepun. Jom kita ke www.shogun2u.com untuk order online makanan siap penghantaran lagi. Shaila order lebih kurang pukul 11.30 dan sampai lebih kurang pukul 12.30 agak cepat jugak penghantaranya. Tetapi memang pada laman web sudah mention penghantaranya lebih kurang 1 jam.


Di shogun2u terdapat pelbagai jenis makanan korea, japanese, Chinese,western, thai dan lain-lain. Disebabkan shaila teringin makan makanan japan, jadi menu makanan yang shaila order adalah Teriyaki Chicken. Shaila tengok ayam dia itu macam memyelerakan sahaja. Itu baru tengok belum rasa lagi.


Tadi bekas bertutupkan, haaa...inilah dia Terayaki chicken yang shaila order itu. Buka sahaja bekas sudah bau aroma ayam yang menyelerakan...nyummmyyyyyyyy!!! . Apa lagi tidak sabar hendak rasa ini...hahaha...Okay untuk nasi, nasi dia adalah dari nasi pulut yang agak kenyal. Ayam dia pula rasanya boleh tahan lebih kurang rasa ayam the chicken rice shop tapi tidaklah exactly sama. Kicap dia agak masin sikit. Tapi kalau ada sup mungkin akan lebih sedap sebab bila makan tidak berkuah ini rasa tercekik pula. Lagi satu makan sampai sudah sejuk...kalau tengah-tengah panas-panas mungkin bertambah menyelerakan.


Set ini di datangi dengan air. Pada mulanya shaila ingatkan air halia sebab ada batang dalam air itu. Tetapi bila di amati rupanya batang tebu. Nama air ini adalah sugar cane. Rasa air sedap dan tidak terlalu manis. Bila dua kali rasa macam air buah kundur pun ada.


Menu tambahan shaila adalah Ninja Shushi. Sudah lama rasanya tidak makan shushi ini, last shaila makan adalah zaman universiti. Rasa teringin pula, jadi shaila pun orderlah satu. Haaa...rasa dia boleh tahan tapi agak hanyir sedikit. Bila sudah cicah dengan kuah disediakan ngappp!!! hanyir itu tidaklah terasa sangat. Mungkin itu fungsi kuah itu, untuk hilangkan bau hanyir.


Ohhh yaaa...dalam set itu, kek itu juga diberikan. Kek ini adalah Black Forest Cake. Harga kek ini RM8.80 kalau tengok dalam laman web shogun2u, kek ini merupakan best seller. Hurmmmm memang padanlah dengan rasa dia yang enak dan secukup rasa. Untuk kek ini boleh repeat order lagi ini. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa  lagi di entry akan datang.

Sekian Terima kasih.

February 08, 2016

Travel Review | Melaka 2016 Hari Kedua

Assallammualaikum 



Lokasi shaila pada hari kedua adalah Perigi Hang Tuah. Apa yang menarik di sini adalah ole-ole dia yang murah. Kalau macam gula melaka, shaila cadangkan lebih baik beli di sini kerana di sini lebih murah dan lebih ahli berbanding di tempat lain. Terdapat banyak ole-ole yang dijual disini seperti dodol, kerepek, belacan, cencalok, dan lain-lain.



Selain ole-ole, beg juga ada dijual disini. Beg ini memang menjadi tarikkan pengunjung yang datang ke sini. Mama shaila juga membeli beg ini kerana hasilnya yang cantik dan kemas.



Selain itu, tudung salji yang berwarna warni ini juga menjadi tarikkan. Warna dia yang lembut memang menjadikan ia lebih nampak menarik dan moden.



Inilah dia rupa perigi hang tuah. Airnya sejuk dan tidak pernah kering. Kalau kita tengok gambar macam tidak dalam tetapi hakikatnya sangat dalam, jangan sesiapa cuba terjun pula bila sampai di sini.



Selepas membeli barang di perigi hang tuah, lokasi seterusnya sebelum pulang ke sungai buloh adalah Pantai Klebang. Tujuan kami ke sini adalah untuk mengambil udara dan angin pantai.



Cuaca ketika gambar ini diambil sangat panas. Sebab itu mata kami berdua kecil sahaja. Ketika kami datang, memang ramai pengunjung datang ke sini jalan-jalan dan ambil gambar di tepi pantai. 



Bila cuaca panas, tekak pun kering apa lagi pergi pekena Abc atau cendol pun sedap. Shaila memilih Abc manakala yang lain memilih cendol. Kenapa gambar cendol tiada?? kerana shaila malas ambil gambar review untuk kedai ini. Bukan apa pertama cendol sampai tidak mengikut kuantiti di order. kedua pula shaila pesan soto kosong untuk baby tetapi yang sampai soto siap letak cili. Mak cik shaila pesan Mee Kari tetapi mee kari rasa masin. Kira punya kira...hurmmm harga tidak berbaloi dengan makan. FAILED!!

Selepas makan, kami pun bergerak pulang ke sungai buloh. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan tidak tersekat dengan jem. Okay sampai di sini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

Travel Review | Melaka 2016 Hari Pertama

Assallammualaikum 



Tujuan shaila ke Melaka adalah untuk menghadiri undangan perkahwinan dari saudara belah Melaka. Kami bertolak dari Sungai Buloh ke Melaka pada pukul 8.30 dan sampai ke Melaka pada pukul 12.00. Kami singgah dahulu homestay yg telah kami booking semiggu sebelum datang ke sini. Setalah berehat dan tukar baju, kami pun bergerak ke kenduri kahwin yang lokasinya tidak jauh dari homestay kami menetap.



Inilah pengantin yang diraikan itu. Tema untuk majlis perkahwinan ini adalah lebih kepada traditional melaka. Semua ahli keluarga pengantin memakai baju pahlawan dan juga baju songket. Tetamu memang ramai, dah ambil makanan pun kena berdiri menanti meja yang kosong. Sesudah makan, kami terus bersalaman dengan kelurga pengantin untuk pulang ke homestay. 



Selepas asar, kami bergerak ke dataran pahlawan. Kami lepak minum dahulu sambil makan burger berhadapan Asam Pedas JR. Burger dia boleh tahan sedap juga..ohhh yaaa...gambar burger tidak sempat shaila ambil kerana dah ngap dulu sebaik burger sampai...hihihi



Selepas minum-minum, kami bergerak ke pasar uptown pahlawan walk untuk jalan-jalan cuci mata. Memang banyak barang di jual di situ antaranya baju, kasut beg tangan dan lain-lain. Untuk beg harga dia lebih kurang harga di selangor manakala ada sesetengah baju  agak mahal dari Shah Alam. Sedang seronok berjalan, tiba-tiba hujan turun pulak, jadi kami terus bergerak ke lokasi serterusnya iaitu cari restoran ikan bakar.



Shaila tidak meletakkan nama restoran atau gambar restoran kerana kurang memuaskan. Sementara menunggu makanan sampai kami berborak-borak sambil melihat perlawan bola.



Antara makanan yang diminta adalah kailan ikan masin. Kailan ikan masin ini sedap, antara banyak-banyak restoran yang shaila pergi, dekat sini sedap.



Menu seterusnya adalah sotong tepung. Sotong ini di saluti tepung yang tebal tetapi isi sikit. Selain itu tepung dia tawar. Bila makan cepat muak kerana tepung yang tebal dan tawar.



Menu seterusnya adalah ikan pari bakar. Ikan pari ini sampai lambat, kami sudah habis makan baru sampai. kami   order 2, jadi satu makan dan satu bungkus. Selain itu ada menu makanan yang kami order satu dia bagi dua. Tetapi harga dia makanan dia murah. Harga untuk 9 orang makan RM140. Selepas bayar kami pun pulang ke rumah untuk berehat.

Sekian Terima Kasih.

January 30, 2016

Food Review | Homst Chinese Muslim Cuisine

Assallammualaikum 



Sebenarnya shaila banyak kali pergi HOMST ini. Kali ini pula, tujuan shaila pergi ke sini bukan sahaja ingin makan tengahari tetapi juga merupakan majlis perpisahan dengan rakan office shaila. Restoran ini memang menjadi pilihan kami jika ada meraikan sesuatu.



Sementara menunggu makan tiba, jom kita bermain dengan lampu lilin. Sebenarnya shaila sedang belajar cara tangkap gambar yang cantik. Di atas adalah hasilnya hanya menggunakan handset lenovo dan VSCO.



Ini adalah air yang shaila order iaitu longan seacoconut. Air ini kurang menyengat seperti selalu mungkin kerana gula merah banyak kot jadi rasa air kurang sikit.



Antara menu yang shaila order adalah sotong goreng tepung. Rasa sotong ini sedap dan ranggup. Nampak sikit tetapi sebenarnya cukup untuk kami lapan orang.  


Menu seterusnya adalah Salted Egg Soft Shell Crab. Untuk menu ini, rasanya memang sedap. Ketamnya yang lembut dan ranggup memang menyelerakan. Selain itu juga, kita tidak perlu lagi kopek kulit hanya ngap macam itu sahaja kerana memang lembut dan ranggup.



Oh yer...lelaki sebelah shaila itu adalah office mate yang shaila maksudkan itu. Dia berhenti kerana dapat kerja lain. Waaa...pas ini tidak dapatlah buli dia lagi...hihihi..okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini..Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

January 14, 2016

Travel Review | Wet World Water Park Shah Alam

Assallammualaikum,


Bila tiba musim panas, pergi mandi-mandi bersama keluarga seronok juga. Lokasi berkelah kali ini adalah Wetworld Waterpark Shah Alam. Waterpark di Shah Alam ini hanya ada dua sahaja iaitu Wetworld Waterpark dan Waterpark dekat dalam ICT.


Shaila gerak ke Shah Alam dalam pukul 9.30 am. Kakak-Kakak ipar sampai dahulu kerana mereka hendak sewa Cabana. Sebaik shaila sampai, memang ramai orang dan parking area depan Wetworld memang penuh. Jadi kami terpaksa parking seberang jalan sana. Tiket masuk Untuk Wetworld Waterpark ini dahulunya ikut ketinggian tetpi semasa shaila pergi sana, mereka hanya minta Mykad sahaja dan tidak lagi di ukur mengikut ketinggian.


Ini adalah Cabana Silver yang keuarga kami sewa untuk tujuan letak barang, santai dan juga solat. Memang bagus juga ada kemudahan ini walaupun berbayar tetapi selasa. Di dalam Cabana Silver ini juga ada kipas gantung dan juga arah kiblat.


Ini merupakan salah satu permainan yang menjadi tarik pengunjung Wetworld Waterpark ini. Permainan ini lebih kurang permainan Tsunami dimana air yang deras akan di lepaskan kemudian kita akan hanyut dibawa arus deras itu. Untuk permainan ini memang panjang juga beratur.


Lihat belakang kami itu, panjangkan beratur untuk permainan seterusnya. Permainan ini lebih kurang macam naik roller coaster, cuma bezanya adalah naik pelamung dan tidaklah sampai boleh terbalik itu...hahaha. Selain permainan ini sebenarnya ada banyak lagi permainan yang terdapat di sini sama ada untuk kanak-kanak mahupun dewasa.


Selepas hampir setengahari berendam, haaaa...hambik kau muka terus burn tidak perlu lagi pakai blusher...kahkahkah. Okay sampai di sini sahaja entry shaia, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.







Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...