February 26, 2018

Mudahnya Hana Tajuddin ini, Baju Basic Tee 2.0 TeeLicious yang tidak perlu iron!

Assallammualaikum

Bila sudah bergelar ibu kepada dua orang anak , semua kena cepat dan tangkas. Tambah pula bila dua-dua anak kau adalah lelaki, memang sangat mencabar dari segi mental dan fizikal. Mana tidaknya semua kena sediakan. kadang baju tidak sempat iron! make up tidak perlu cakaplah, dalam kereta sahaja itupun kalau anak-anak tidak kacau.

Bercerita tentang baju yang tidak sempat iron ketika keluar tadi, kadang terdetik di dalam hati "haishhhh... kalau ada tak baju muslimah yang tidak perlu iron atau kurang iron jual dipasaran?" hurmmm...  kalau dapat beli online secara lagi bagus sebabnya dapat jimat masa dan tenaga.

Tiba-tiba sha baru teringat ada online shop yang menjual baju muslimah tidak perlu iron iaitu dari Hana Tajuddin. Terus buka web mana tahu kalau ada yang menepati selera sha iaitu tidak perlu iron, mudah, selesa dan labuh. Sekali bila sudah masuk bahagian Basic Tee 2.0 TeeLicious terus rasa teruja. Waaaa ada banyak tshirt muslimah cantik-cantik! Dah la labuh dandyang penting tidak perlu iron. Terus ambil satu..hee



Okay meh sini sha nak review sikit apa yang sha beli dekat Hana Tajuddin. Tadaaa suka sangat dengan Basic Tee 2.0 TeeLicious ini. Setelah lama tenung dan fikir, sha membuat keputusan untuk memilih warna Blue Black. Memandangkan didalam almari pakaian sha kurang warna ini. Untuk ukuruan baju pula, sha ambil size M.


Basic Tee 2.0 TeeLicious ini harga dia RM79 sahaja. Untuk koleksi Basic Tee 2.0 TeeLicious ini terdapat 10 warna untuk dipilih iaitu :   



Kalau dari segi size pula, tidak perlu risau kerana size bermula dari S hingga ke size XL.


Ciri-ciri Basic Tee 2.0 TeeLicious : 

*Lengan - lengan panjang, pemakai mampu mengangkat lengan di atas siku. 
*Leher bulat. 
*Bahan - Bahan kapas selesa
*Panjang - Ukuran pinggul besar dan dilindungid 
*Saiz model xs memakai saiz s untuk tshirt ini.
* Mudah dipadan dengan mana-mana tudung dan seluar.


Kelebihan Basic Tee 2.0 TeeLicious :


Basic Tee 2.0 TeeLicious ini, sha telah bawa pergi ke merata tempat termasuk ke pantai dan juga mandi kolam mandi. Walaupun terik dibawa cahaya matahari, dengan mengenakan Basic Tee 2.0 TeeLicious ini, sha tetap rasa cool. Ketika mengenakan Basic Tee 2.0 TeeLicious ketika mandi di kolam, apa yang paling sha risau adalah Basic Tee 2.0 TeeLicious ini akan turun warna seperti kena klorok sebab air kolam ada klorin. Tetapi sangkaan sha meleset sama sekali dimana warna dia tetap sama tidak berubah. Balik rumah sha terus basuh masuk ke dalam mesin. Selepas kering di jemuran dan di keringkan dibawah cahaya matahari, ketika angkat diampaian, sha sedari Basic Tee 2.0 TeeLicious ini tidak nampak berkedut.


Adakah Basic Tee 2.0 TeeLicious ini wuduk friendly? Jawapan sha adalah Yes! Basic Tee 2.0 TeeLicious ini sangat wuduk friendly di mana lengan baju dia boleh tarik hingga melepasi siku. Paling sha suka adalah Basic Tee 2.0 TeeLiciousTini ala T-shirts muslimah kerana labuh dia menutupi punggung. Basic Tee 2.0 TeeLiciousTini membuat si pemakai tampak lebih muslimah serta sopan.

Bercerita tentang bab masa pula..hurmmm tidak perlu ceritalah, korang pun boleh agak bahawa Basic Tee 2.0 TeeLicious ini berjaya menjimatkan masa dan memudahkan kerja. Sha pagi-pagi memang kalang kabut berkejar masa untuk pergi ke office kerana bimbang akan sangkut jem dekat flyover NSTP Shah Alam. Kalau boleh akan cari dari tudung, baju hingga seluar yang tidak perlu gosok. Dengan Basic Tee 2.0 TeeLicious ini sha dapat jimat masa menggosok dan tidak perlu kalang kabut ke tempat kerja atau keluar bersama keluarga . Apa yang sha perasan juga adalah dalam perjalanan datang ke office, cuaca memang agak sejuk. Memandangkan kalau masuk highway sha pasti akan membuka tingkap ketika memandu . Wahhhh serius rasa selesa dan nyaman sahaja ketika mengenakan Basic Tee 2.0 TeeLicious ini. Kalau pasang aircond lagi selesa, terasa macam berada di Cameron Highlands pulak.. Hee. Ini sekaligus membuktikan Basic Tee 2.0 TeeLicious sangat selesa dipakai ketika cuaca sejuk.

Jadi korang, cepat beli satu Basic Tee 2.0 TeeLicious dari Hana Tajuddin . Korang pasti tidak akan rasa rugi malah akan rasa happy lagi adalah sebab mudah dan tidak perlu gosok.


Untuk Maklumat lebih lanjut boleh klik link dibawah ini :


HANATAJUDDIN

C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L,
Sek 16, Alam Avenue 2,
40200 Shah Alam, Selangor
Tel : +603-55240841

Open : Everyday / Time : 9.00am-6.00pm

Facebook : @HanaTajuddinHT
Intagram : @hanatajuddin

Terima Kasih

February 20, 2018

Aqeef Syamil Turn 1

Assalamualaikum 💕 


Sudah lama entry ini terperap dalam draft. Bukan apa, hari itu sudah siap, entah ada masaalah apa, hilang habis semua. Hurmmm memang rasa berduka cita untuk karang balik. Tapi tetapku gagahkan jua untuk menyiapkannya. 07 January 2018 merupakan hari lahir anak kedua sha iaitu Muhammad Aqeef Syamil. Untuk kali ini, memang tidak terikat dengan mana-mana tema. Senang bukan, tidak perlu pening kepala perah otak untuk fikir tema.


Majlis sambutan hari lahir Aqeef berlangsung selepas maghrib. Kesemua persiapan kami satu keluarga lakukan sendiri. Kesemua juadah dan lauk pauk adalah hasil air tangan mama sha. Kami sekeluarga sejak pagi hingga ke maghrib bergotong royong membuat persiapan untuk majlis ini.


Selepas maghrib, rombongan muslimah dari bbsb datang untuk membaca bacaan yasin serta doa.


Untuk majlis hari lahir kali ini, mendapat tajaan char keaw teaw serta mee daripada abg chak catering. Kesemua keaw teaw dan juga mee dimasak disitu. Jadi semua tetamu yang datang dapat makan panas-panas.


Sha hanya menjemput saudara mara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Selain itu jiran-jiran bersebelahan rumah turut diundang. Memandang esok hari isnin iaitu hari berkerja, memang tidak jangka tetamu yang dijemput akan datang semua. Jangkaan sha meleset kerana tetamu yang datang pada malam itu sangat ramai sehingga tidak cukup tempat duduk. Yang mana tidak dapat duduk terpaksa makan didalam rumah.


Pada malam itu, terasa seperti emak pengantin pun ada. Mana tidaknya penuhlah poket baju sha orang hulur untuk Aqeef. Aqeef juga dapat banyak hadiah baju. Elok jugalah dapat baju, kalau mainan, memang abang dialah yang main. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar malam itu. Hendak tercabut rasa kaki sha dari pagi hingga ke malam tidak henti bergerak. Okay sampai disini sahaja cerita sha untuk kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ❤️

February 19, 2018

Tempat Menarik di Kuala Selangor

Assalamualaikum 💕

Bercerita tentang tempat menarik di Kuala Selangor, sabtu lepas sha dan juga keluarga beriadah ke Kuala Selangor. Rancanganya adalah untuk berkelah di Pantai Remis. Jadi sebelum bergerak, kitaorang masak dahulu bekalan untuk makan disana nanti. Tepat pukul 9.30am, terus bergerak ke lokasi perkelahan.


Sebelum sampai ke Pantai Remis, kitaorg singgah dahulu digerai cedol durian pulut Sungai Buluh. Lokasi dia terletak di Jalan Klang - Teluk Intan. Sewaktu sampai disini, orang tidak ramai jadi pesanan sampai cepat. Sha order cendul tanpa pulut. Rasa cendul durian ini memang sedap. Memang licin, tambah makan ketika cuaca panas...fuhhhh...layan..hihihi. Selepas perkena cendol, teruslah bergerak ke Pantai Remis untuk berkelah makan tenghari disana.


Alhamdulillah, ketika sampai di Pantai Remis, masih ada pondok kosong untuk kami duduk berkelah. Sebelum bawa keluar semua bekalan, pondok itu kitaorg bersihkan dahulu. Macam-macam lauk yang kitaorg bawa seperti nasi lemak, nasi putih dan lauk pauk.



Kalau datang disini, seeloknya datang petang kerana pertama memang panas terik disitu. Sha pun sudah bertukar jadi dayang senandungs. Hihihi . Dan yang kedua adalah gerai jualan juga dibuka sepenuhnya pada waktu petang. Pelbagai jenis barang terdapat disitu termasuk barang kering dan basah. Sambil makan, sambil untuk ke tempat seterusnya iaitu Bukit Melawati dan Firefly Resort. Selepas siap berkemas, singgah sekejap gerai kemudian bergerak ke Bukit Melawati.

Lokasi : Pantai Remis,

Jalan Pantai Remis, Jeram, 45800 Jeram, Selangor.



Seperti dapat dijangka, di Bukit Melawati ramai orang. Untuk naik kereta api kena beratur panjang. Jadi kitaorang ambil keputusan untuk lepak area disitu sahaja sambil bagi monyet yang berada disitu makan. Dibawah banyak juga monyet berkeliaran, cuma tidak banyak dan pelbagai jenis seperti diatas. Selepas selesai bagi monyet makan, kitaorang pun bergerak ke Firefly Park Resort untuk bawa anak-anak mandi kolam.

Lokasi : Bukit Melawati,
45000 Kuala Selangor, Selangor



Sha sampai di Firefly Park Resort dalam pukul 3pm lebih. Jadi ketika sampai memang pengunjung sudah penuh. Untuk masuk, pengunjung perlu membayar sebanyak dewasa RM7 manakala kanak-kanak pula adalah RM5. Selesai menukar pakaian terus bawa anak-anak terjun dalam kolam. Keadaan air kolam ketika itu agak keruh mungkin jumlah pengunjung yang ramai.

Sha suka konsep chalet dia yang dibina diatas air. Nampak cantik dan menarik. Kawan sha ada tidur di situ. Ketika dia menginapmdi Chalet itui air kolam masih bersih lagi.

Sedang sha lepak dibawah payung kerana hujan ketika itu, ada mak cik sebelah sha cerita yang dia nampak "sesuatu" lalu berdekatan dia tadi. Terus sha hurmmm..teruk betul pengunjung yang tidak menjaga kebersihan. Tidak pasal kolam itu jadi tercemar. kalau Sha teringat kisah itu, kena fikir dua kali untuk datang ke sini balik.

Lokasi : Firefly Park Resort,
Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ❤️ 

February 17, 2018

Extreme Park Port Dickson

Assalamualaikum❤️


Sambungan daripada entry ini. Pada hari kedua pula, sha dan rakan yang lain melakukan aktriakti extreme iaitu Paintball dan ATV. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Macam sha pilih untuk menyertai kumpulan ATV.


Sementara menanti giliran untuk menaiki ATV, sha dan rakan yang lain main go-kart dulu. Untuk go- kart, bayar sendiri iaitu RM25 seorang.


Sebelum memulakan permainan, memang wajib pakai mob cap. Asalnya semua kata nak main relax sahaja, tetapi sebaliknya berlaku dimana semua berdesup laju. Macam sha, ini merupakan pengalaman pertama sha main go-kart jadi agak slow and steady layan lap. Keras betul steering go-kart, lenguh gak tangan memusingnya. Selepas habis layan selekoh go-kart, sha terust ke aktiviti seterusnya iaitu ATV


Yeaahhhh!!! Barisan perjuang bersedia untuk mengharungi segala cabaran dan rintangan.


Pada peringkat pertama sahaja, kumpulan sha menghadapi halangan dimana salah satu ATV rosak ditengah jalan. Terpaksa abang ATV itu patah balik untuk baiki. Tidak cukup dengan itu, satu ATV juga rosak dan terpaksalah abang ATV jalan kaki dengan menukar ATV miliknya kepada kawan sha. Lopak terdapat di laluan ATV sangatlah dalam berserta selut yang tebal. Selain itu, akar pokok boleh tahanlah menyukarkan laluan.


Macam sha, habis mandi selut dek kerana tayar ATV tersekat dalam selut. Bila kita press minyak untuk melepasi halangan maka dengan selut sekali terpercit. Suatu pengalaman baru dan menyeronokkan. Sha rasa sangat berpuas hati kerana walaupun penat, tetapi sha berjaya melukakan aktiviti yang sha tidak pernah buat sebelum ini iaitu go-kart dan ATV.



Di atas sha ada buat sedikit video story sepanjang sha berada di Port Dickson. Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry yang akan datang

Sekian Terima Kasih ❤️

February 02, 2018

Thirstle Hotel Port Dickson | Shrdc Kick Off 2018

Assalamualaikum 💕

Untuk tahun ini iaitu pada tarikh 1  Feb 2018, syarikat tempat sha berkerja telah memilih thirstle hotel port dickson sebagai lokasi untuk Shrdc Kick Off 2018.


Lebih kurang pukul 7.45 pagi, bus bergerak ke Port Dickson. Lebih kurang sejam lebih perjalanan dari  Shah Alam hingga ke thirstle hotel port dickson. Sebaik sahaja sampai ke thirstle hotel port dickson, terus tuju ke bilik training untuk aktiviti bersama bos juga team kick off. 

Kick Off 2018 



Lebih kurang pukul 10 lebih sesi pertama ini merupakan sesi bersama bos. Sambill bos terangkan misi untu misi 2018, sha dan rakan yang lain sarapan pagi.

Sarapan Pagi

Sarapan pada pagi itu adalah bihun dan juga sedikit juadah kuih muih. Jika bercerita tentang makanan dan juga rasanya, sha boleh cakap adalah ditahap janji kenyang.


Bos juga ada menerangkan serba sedikit tentang apa yang berlaku dan akan berlaju didalam syarikat. Selain itu manager setiap manager setiap dipartment juga turut menceritakan apa yang sedang akan dilakukan pada tahun 2018. Selepas selesai sesi penerangan dari semua manager, terus pergi makan tenghari dan juga solat.

Makan Tenghari

Haaa.. Macamana pula makan tenghari? Pendapat sha sama sahaja iaitu makan untuk kenyang. Dalam semua lauk dihidangkan hanya sambal sotong dan juga sup sahaja yang sedap bagi tekat sha. Buah yang dihidangkan juga seperti nenes nampak tidak segar dan lebam.


Selepas selesai solat, meneruskan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti berkumpulan. Ada tiga aktiviti yang dijalankan iaitu aktiviti pertama bersama bos. Manakala aktiviti kedua dan ketiga bersama team kick off. Apa nama aktiviti itu, hurmmm sha tak ingatlah cuma aktiviti pertama siapa jawap soalan paling cepat dan aktiviti adalah lukis menggunakan bahasa isyarat. Selesai aktiviti semua pulang ke bilik masing-masing untuk aktiviti bebas.

Sha balik sekejap ke bilik untuk solat dan tukar baju, kemudian turun ke pantai untuk mandi dan main banana boat. Serius pas ini fikir dua kali untuk naik bukan sebab takut jatuh tetapi takut kena hempap. Biul juga rasa ketika itu, mana tidaknya ketika di jatuhkan dari boat ada orang hentam jatuh kepala sha memang gang!!! Jawabnya nasib benjol.. Hihihi. Gambar petang itu memang tidak ambil kerana sha confident Sjcam battery full!! Padahal sekali buka battery low. Jadi semua gambaran petang itu, sha rakam dan simpan dalam hati sahaja.. Wakaka

Thirstle Hotel Port Dickson


Beberapa keping gambar yang sha sempat rakamkan ketika didalam bilik sebelum jalan-jalan tepi pantai. Bilik dia memang besar dan selesa.


Untuk bilik sha tiada bathtub. Mandi air pancut sahaja.. Hihihi.


Pemandangan dari luar bilik juga cantik. Dari koridor dapat cuci mata mata tengok mat salleh mandi.. Wakaka.. Pagi tadi sha dan roommate duduk di koridor untuk lihat sunset, tapi malangnya sunset malu untuk melihat kitaorg.. Hihihi 


Haa.. Gambar ini bukan saja-saja letak tau.. Hihihi. Gambar ini merupakan detik dimana sha dan roommate ditinggalkan. Bahana tunggu whatsapp notification dalam group. Tidak pasal malam itu naik grab car ke restaurant. Sementara tunggu grab car datang, sha rakamkan gambar ini sebagai kenangan.

Makan Malam

Malam tadi makan luar. Lokasi menjadi pilihan adalah di Restoran Pantai Ria Port Dickson. Gambar sha tidak sempat ambil kerana sampai pun dah lambat. Orang dah separuh makan, sha dan roommates baru sampai. Makanan dia memang sedap terutama sotong goreng dia. Selepas makan sha dan semua pulang ke hotel. 

Aktiviti Malam 


Setelah sampai di hotel, sha dan beberapa rakan lain tidak terus masuk bilik. Kami manfaatkan masa yang ada dengan berjalan-jalan sambil menghirup udara segar. 


Sha dan rakan-rakan sempat lepak ditepi pantai sambil dengar lagu disco.. Hahaha... Xdelah lagu rancak jer. Memang tenang ketika lepak disini.


Gambar ini dirakam sebelum aktiviti terakhir iaitu karaoke. Okaylah harga dia, RM100 limit 12 pax including air. Kami semua lepak sini sampai pukul 11.30, kemudian pulang ke bilik hotel masing-masing. Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian, Terima Kasih

January 29, 2018

Cameron Highland Hari Kedua

Assallammualaikum❤️

Untuk hari kedua ini, aktiviti sangat padat. Ini kerana kitaorg ada satu hari sahaja untuk berjalan-jalan area Cameron Highland. Ini disebabkan esok kitorang perlu menghadiri majlis kenduri kahwin kerana itu adalah tujuan utama kitaorg ke sini.

Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands


Ini merupakan lokasi pertama yang kami kunjungi. Untuk masuk ke sini perlu bayar tau. Memang Cantik sungguh pemandangan dan juga landscape disini. Sangat sesuai untuk mengambil gambar.



Bukan takat landscape sahaja cantik, tetapi bunga-bunga terdapat disini juga sangat cantik. Memang rasa teruja melihat semua bunga-bunga terdapat disini.


Apa yang menarik perhatian ketika berada di sininadalah sebuah kincir air besar. Sebenarnya korang boleh tengok dan ambil gambar dengan lebih dekat lagi. Sha rakam gambar gambar ini dari atas bukit, sebab itu nampak kecil. Selain kincir air terdapat juga Taman Arnab. Sewaktu kami datang, taman arnab itu tutup seketika jadi tidak dapat main dengan arnab. Disini juga terdapat Strawberry. Di dalamnya kita boleh makan dan juga beli ais krim.


Bunga ini memang sangat unik dan begitu juga dengan warna dia, sangat cantik. Bukan takat bunga ini sahaja terdapat di sini, malah ada banyak lagi bunga yang cantik turut ada di sini.


Sila cari benda tersembunyi.. Hahaha... Nampak tak? Ada sesuatu makhluk comel tersembunyi di sebalik itu.

Time Tunnel



Sebelum pergi cameron sha ada buat research sikit tempat akan kami pergi. Jadi bila sampai sini tidaklah jadi tentu arah untuk pergi mana. Dalam pencarian sha, maka terjumpalah tempat ini. Hurmmm macam menarik sahaja..asyik pergi ladang teh sahajakan...jadi kita cuba tempat baru pula.Untuk masuk ke dalam ini,di kenakan bayaran yer iaitu dewasa Rm6.00 manakala kanak-kanak RM4.00.


Mengikut maklumat dari google. Muzium Time Tunnel ini dimiliki oleh seorang anak cina tempatan yang bernama See Kok San dan  dibuka pada tahun 2007. Di sini terdapat pelbagai jenis barang lama dan antik. 


Ketika sampai di sini, sha memang rasa amat teruja. Ini kerana sha memang suka masuk tempat-tempat begini. Sambil kita melihat dan menghayati, ketika itu juga kita akan mengimbau zaman kanak-kanak kerana ada beberapa barang memang kita gunakan ketika zaman kanak-kanak.


Contoh seperti ala-ala kedai gunting rambut ini.Lihat sahaja kerusi yang digunakan ketika itu, memang susah atau mungkin tidak lagi kita temui di zaman ini.Sangat unik dan cantik.


Sambil kita hayati, sambil kita pose..hahaha..Agak lama juga kami berada di sini, kalau boleh setiap sudut sha hendak ambil gambar sebabnyateruja melihat barang-barang yang terdapat di sini.

Cafe Lorong



Setiap kali sha pergi Cameron, Cafe Lorongini adalah tempat wajib yangsha akan singgah makan. Ini kerana makanan di sini bagi sha memang sedap. Kalau tidak sedap, tidaknya sha singgah ulang singgah disini lagikan sebabnya banyak lagi kedai makan yang ada di situ.


Cactus Point 


Ini merupakan destinasi terakhir sha sebelum pulang ke homestay. Kami cadang malam ini hendak pergi pasar. Di belakang sha itu adalah beberapa pokok cactus giant. Memang besar, kalau terjatuh atas dia, tidak taulah apa jadi, tidak dapat banyangkan...hahaha


Inilah merupakan cactus yang selalu pelancong beli.Memang banyak dan berbagai jenis cactus yang ada di sini. Sha datang sini tidak beli cactus pun tapi beli key chain..hahaha


bukan hanya cactus, bunga rose juga terdapat di sini dengan pelbgai warna dan size. Untuk penggemar bunga rose, bolehlah cari di sini. Okay sampai di sini sahaja cerita yang dapat sha kongsikan. Jumpa lagi di Entry akan datang. Dibawah sha kongsi video travelog ketika sha berada di sana. 




Selamat Menonton !!

Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...