May 27, 2013

Penyelesaian Untuk Masaalah Rambut Gugur,Kering dan Berkelimumur

Assallamualaikum

Hai..hai..hai...okay entry saya sebelum ini Klik Ke Entry Lepas,saya ada menceritakan masaalah rambut gugur,berkelimumur dan kering yang saya hadapi..jadi hari ini saya hendak kongsi dengan korang produk apa yang saya gunakan untuk menyelesaikan masaalah keguguran rambut,kelimumur dan rambut kering...

So inilah produknya iaitu Loreal Smooth-Intense Ultra-Rich


shampoo ini adalah untuk rambut sangat kering,kusut atau susah untuk dirawat.Selain itu shampoo ini juga dapat melembutkan rambut.Sebulan saya menggunakan shampoo ini,first saya perasan rambut saya sudah kurang gugur dari sebelum ini.Selain itu juga masaalah kelimumur saya dapat diatasi dan rambut juga menjadi lembut sahaja.Buat pengetahuan korang shampoo ini bau dia sangat harum dan menyegarkan.Saya bagi 9/10 untuk shampoo ini.Harga shampoo ini dalam RM9.80.^^

Produk diatas pula adalah produk tambahan iaitu  Loreal Smooth-Intense Anti-Frizz Serum.
disebabkan rambut saya sebelum ini memang super kering,so saya membeli serum ini pula untuk membaiki kerosakan pada rambut dan juga memberi nutrian pada rambut.Serum ini membuat rambut menjadi lebih lembut dan berkilau.Harga serum ini dalam RM27.80

Sekian Terima Kasih

May 14, 2013

Cherating-Tenanngkan fikiran seketika..

Assallamualaikum


Hai..hai..hai..wah..tajuk entry macam orang putus cinta saje...hihihi...actually pada hari isnin,saya pergi ke cherating bersama office mate.

Cherating merupakan sebuah bandar pantai terkenal di negeri Pahang, Malaysia. Pantaiyang menghadap Laut China Selatan ini terletak kira-kira 50 km (45 minit perjalanan) dari Kuantan.
Pantai Cherating merupakan tempat perkelahan yang popular dan juga merupakan tapak Resort Club Med yang terkenal dan juga merupakan yang pertama di Asia.

Tujuan saya ke cherating memang hendak hilangkan stress berkerja.saya pergi tidak lama pun..petang isnin pergi dan petang selasa balik.Office mate saya ada meeting SME Corp di cherating..yang saya pulak saja menyebuk..lagipun saya belum pernah sampai ke cherating lagi..


Kami menginap di Impiana Resort...inilah bilik kami..actually bilik dia memang tip top sangat berpuas hati hati..cuma makanan dia kureng sikit...huhuhu


Okay..ini salah sorang office mate saya..yang sorang lagi deman...huhuhu..so kitaorang saje pergi jalan-jalan..

 Siap ada tempat basuh kaki tu...cantik dan unik...huhuhu


 Okay..kita basuh kaki dulu yer...huhuhu

 jeng..jeng...jeng...wahhhh...tenang rasa dapat melihat keindahan pantai...memang teang saje rase....hurmmmm..

 Okay...ini play house untuk kanak-kanak...hihihi...

hahahah...jangan salah sangka...saya xmasuk dalam pun...eksyen jer lebih...hihihi...

Okay itu sahaja cerita saya tentang jalan-jalan di cherathing...bubye...

contact :

TEL: +60 (9) 581 9000 TOLL FREE: 1800 88 8828 FAX: +60 (9) 581 9090/9451 info.cherating@impiana.com
Sekian..Terima Kasih..

April 30, 2013

cara mudah kecutkan jerawat

Assallamualaikum


Hai.hai..hai..koarang pernah dengar ubat gigi boleh mengecutkan jerawat?mesti pernah dengar kan...kan..kan...tetapi ada yang pernah cuba tak?berkesan x?

baru-baru ini muka saya dinaiki jerawat besar lak tue..dah la lambat surut dan kering...so try google then jumpe petua ini..

Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

Sekian Terima kasih


April 29, 2013

Sape ada masaalah rambut gugur dan kering?

Assallamualaikum


hai..hai..hai..saya sekarang menghadapi masaalah rambut gugur dan kering..walaupun kita bertudung penjagaan rambut juga perlu dititik beratkan..kalau hari-hari gugur lebih sepuluh helai..cuak jugak dibuatnya...silap-silap cukup sebulan botak...atoiii...ada sesiapa yang menghadapi masaalah yang sama?sunsilk color hijau adalah shampoo kegemaran saya...tetapi tidak dapat menyelesaikan masaalah rambut yang gugur dan kering.


kemudian saya menggunakan shampoo ini pulak..pun sama tidak dapat menyelesaikan masaalah saya..korang ada apa-apa tips atau shampoo yang sesuai untuk untuk rambut gugur dan kering x?please share with me..^^

Thank You

April 16, 2013

Adha Skin Care

A

B

 hai semua..entry kali ini saya ingin menceritakan tentang skin care yang saya gunakan..okay Gambar A diatas...belah kiri adalah sebelum saya menggunakan skin care itu dan sebelah kanan adalah after saya menggunakan skin care itu without any make up.Manakala gambar B pula adalah sebelah kiri saya mneggunakan make up yang tebal..tapi stil nampak kusam dan belah kanan pula adalah..hanya menggunakan make up yang nipis tapi still nampak berseri gituu..hahaha..perasan..okay apakah skin care yang saya gunakan?jawapanya adalah Adha Skin Care.

Info Tentang Adha Skin Care

A-DHA BeautyCare adalah produk kecantikan yang sesuai untuk semua golongan tanpa mengira tua @ muda, lelaki mahupun wanita dan ianya mampu mengatasi berbagai masalah kulit wajah yang anda alami seperti:

-menghilangkan jerawat
-meratakan lubang jerawat
-menyamarkan dan
-menghilangkan flek-flek hitam dan pigmentasi atau warna kulit wajah tidak sekata
-memutih dan melembabkan kulit
-mengecilkan pori2
-membuatkan kulit anda nampak bercahaya
-meremajakan kulit muka
-menegangkan kulit muka sehingga anda kelihatan lebih muda
-mencegah timbulnya jerawat
-Melembabkan, Memutihkan dan mencerahkan kulit.
-Membantu menyamarkan noda hitam
-Mencegah timbulnya jerawat
-Menyamarkan garis halus dan memperlambat tanda-tanda penuan
-Mengecilkan pori-pori
-Mengangkat sel-sel mati dan merangsang pertumbuhan sel baru

next entry saya akan ceritakan pengalaman saya menggunakan Adha Skin Care..tunggu yer..^^

SEKIAN TERIMA KASIH..

April 10, 2013

Charcoal Mask

Assallamualaikum


hai semua..sape pernah pakai charcoal mask?okay tak?last saya pakai time diuniversiti..memang best..habis segala bulu,bintik-bintik hitam dan sel kulit mati dia tarik keluar sekali.Setelah sekian lama meninggalkanya sekarang baru rase ingin pakai kembali disebabkan blackhead sudah kembali.Kalau harga dekat online dalam lingkungan RM20.00.

charcoal maskdi pebuat dari serbuk arang bahan traditional untuk wanita jepun mengunakkan memelihara kulit mereka selama berabad abad,ia berkesan untuk menghilangkan kotoran degil dan sel sel kulit mati.
 topeng Alam Pack adalah terbuat dari ekstrak murni arang yang sedia dengan teknik pemprosesan lanjutan kosmetik dari Korea. baik untuk kulit berminyak ,berjerawat atau kombinasi. Idealnya untuk digunakan dua kali seminggu (untuk kulit berminyak) atau sekali seminggu untuk kulit kering. Peel off topeng ketat setelah telah berubah kering.

Cara Penggunaan:



Untuk hasil yang terbaik, membuka pori-pori menggunakan tuala wap atau air suam. Lembut kering wajah anda dengan tuala bersih dan lembut.

1) Guna dan sapukan masker secara merata ke wajah anda. (Tip: Elakkan kawasan sensitif di sekitar, rambut alis mata, dan bibir)

2) masker akan mengambil 20 minit untuk melakukan tersebut. . (Tip: menyarankan persekitaran yang sejuk untuk mempercepatkan proses pengeringan)

3) Setelah anda merasa masker telah kering dan mengencangkan kulit wajah anda, secara perlahan lepaskan topeng bawah ke atas.

4) Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakan toner & pelembab setelah selesai



Inilah hasilnya selepas charcoal mask ditanggalkan..


Tutorial cara menggunakan Charcoal Mask

SEKIAN TERIMA KASIH


April 01, 2013

SHRDC Booth @ Malaysia International Shoe Festival 2013

Assallamualaikum

 HAi...disini saya ingin bercerita serba sedikit aktiviti semasa berada di festival kasut 2013.Actually saya ditugaskan untuk menjaga booth kasut student-student insept..Kalau korang hendak tahu..student footware under insept ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan..Selain itu mereka mendapat elaun RM500 sebulan.Student ini kena study 5 bulan di SHRDC dan 5 bulan lagi trainning di bawah organisasi footware..

 saya paling suka design dari that girl..design dia nampak kontenporari and gojes..

 kasut ini pula berkisarkan tentang hidupan laut iaitu tapak sulaiman..kalau korang hendak tahu..kasut ini paling mendapat perhatian..maybe kerana warna dan design dia menarik perhatian pengunjung..

 Cube teka kasut ini ape motif dia?apa yang saya faham adalah kasut ini menceritakan tentang bahan terbuang..kakau korang nampak ada design surat khabar disitu..menarikkan..^^

 ini pemandangan overoll booth kami..See siap ada body guard lagi belakang tuu..huhuhu

 Cuba teka kena saya pegang kasut itu?of course sebab kasut itu color pink..^^

 Yang ini pula...cube korang lihat belah depan kasut itu..color kuning dan merah..actually dia guna potongan tin minuman untuk dijadikan hiasan pada depan kasut itu..

 Kasut diatas adalah adalah bertemakan vintage..pada pengemar kasut-kasut tinggi..ini adalah salah satu design yang sesuai untuk korang..

 Saya memang berkanan dengan boot ini..serius cantik..actually designer yang buat boot ini memang pengemar boot..that why dia buat kasut boot ini..

 Kanak-kanak riang sebentar..huhuhu

okay..apa yang menarik tentang art form yang saya pegang itulah adalah..dia seratus peratus direka menggunakan tali kasut..menarikkan..cantik dan unik pulak itu..

Gambar random yang diambil semasa di Pameran Kasut 2013





 



Sekian..Terima KAsih..
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...