Entry yang lepas shaila ada berkongsi tentang kedai makan yang terdapat di dalam old west town A'famosa. Kali ini shaila hendak cerita pula tentang apa yang ada di old west town A'famosa Melaka. Old West ini dibuka pada pukul 6pm hingga ke 12am. Kami sampai disni pada pukul 8.30 malam kemudian terus pergi makan. Kami terpaksaskip red indian show kerana adalah terhad.
Sesudah makan, shaila dan blogger lain terus bergerak ke carnival arena. Show carnival arena bermula pada pukul 9.15pm. Dalam pukul 9.30pm bermulalah perarakan street part. Suasana ketika ini memang gamat dan meriah dengan lagu-lagu yang best serta kecerian dj yang menarik minat shaila dan pengunjung yang lain.
Selepas itu perarakan lintas langsung pelbagai jenis binatang-binatang yang comel seperti ayam,lembu, gajah, burung dan beberapa ekor binatang yang lain-lain.
Tarian Koboi
Ini merupakan salah satu persembahan tarian koboi yang sempat shaila rakamkan ketika berada disana. Tarian ini ini memang unik dan style. Mereka menari sambil berjalan mengikut rentak dan step by step hingga sampai ke penghujung. Memang terhibur melihat persembahan ini.
Kehadiran badut-badut yang berjalan sambil mengoyangkan dada serta membawa ular ini membuatkan suasana di situ menjadi lebih meriah. Persembahan bersahaja mereka yang mencuit hati serta membuat penuntun di situ tidak kering gusi melihat telatah mereka.
Perarakan Membawa Bendera-Bendera
Perarakan ini membawa bendera Malaysia serta 13 bendera yang mewakili negeri yang ada di dalam Malaysia turut di persembahkan. Melihat mereka berjalan sambil megibarkan bendera menaikan semangat kepahlawanan melayu...ehhh tiba-tiba pulak...hahahah... tetapi bagi shaila perakan ini menarik kerana dalam masa yang sama dapat memperkenalkan kepada warga luar benderaa malaysia berserta anak-anak negeri yang mewakilinya melalui bendera-bendera itu.
Lintas Langsung Moscot Cartoon
Electrical Parade
Di atas merupakan persembahan kereta berhias. Pelbagai jenis kereta berhias yang di persembahkan seoerti beca, kereta kuda, bus dan lain-lain. kereta berhias ini memang cantik dan berwarna warni dengan pelbagai hiasan dan dekorasi.Sungguh unik dan menarik perhatian para pengunjung ketika itu.
Firework
Ini merupakan kemuncak dan juga penutup kepada carnival arena ini. Bunyi dentuman demi dentuman mercun berkumandang serta dihiasi dengan percik api jelas kelihatan di udara. Cantik sungguh percikan bunga api ini. Okay sampai disini sahaja entry shaila..jumpa lagi di entry akan datang.
Old West Package
Sekian Terima Kasih.