June 13, 2017

Bila Aqeef Demam

Assallammualaikum❤


Ibu mana yang tidak susah hati jika anak demamkan. Pada sabtu lepas, suhu panas badan Aqeef naik pada 39.9°c. Dari malam tidur tidak lena dan asyik merengget sahaja.  

Petang pula, shailla ada berbuka puasa dengan kawan-kawan Uitm. Pening juga kepala semasa itu samaada hendak pergi atau tidak pergi. 

Kemudian shailla putuskan untuk bawa Aqeef ke klinik berdekatan. Sampai di sana setelah check up, teruk doktor masuk ubat insert dalam buntut dan membekalkan beberapa jenis ubat. 

Selepas check up shailla terus ke destinasi untuk berbuka dengan kawan Uitm. Ubat insert itu sangat bagus dimana suhu panas anak shailla turun dengan cepat dan dia kembali senyum. Kalau tidak, agah macamana pun tidak mahu senyum langsung. 

Alhamdulillah Aqeef sekarang sudah semakin sihat dan semakin banyak perangai iaitu hendak orang agah dan duduk main dengan dia sahaja. Jenuhlah asyik melayan kerenah dia, walau bagaimana pun yang penting dia sihat. Okay sampai disini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

June 10, 2017

Resepi Tauhu Terbalik

Assallammualaikum❤


Berbuka puasa apa hari ini? Siapa disini yang suka makan tauhu? Pasti disini ramai penggemar tauhukan? Shailla hendak kongsi resepi Tauhu Terbalik. Pasti ramai yang telah tahu dan mencuba buatkan. Shailla pun pertama kali juga buat tauhu terbalik ini. Ini versi shailla iaitu versi guna bahan apa saja ada dirumah.


Bahan-Bahan

1. Tauhu Sepeket ( 8 Keping)
2. Carrot (1/2) Potong Dadu
3. Sosej Seketul Potong Dadu
4. Isi Ayam Potong Dadu
5. Garam Secukup Rasa

Cara Masak 

1. Tauhu potong bentuk "X" pada bahagian atasnya.
2. Kemudian terbalikan tauhu itu agar kulit didalam isi diluar.
3. Tanggalkan isi-isi tauhu hingga bersih
4. Kemudian ambil carrot, sosej, isi ayam dan isi tauhu gaul bersama garam.
5. Setelah itu masuk ke dalam tauhu dan goreng. Pastikan api slow untuk memastikan isi didalamnya masak.
6. Siap untuk dimakan.

Okay, resepi shailla ini simple sahaja sebab anak shailla pun makan jadi tidak boleh pedas. Kalau hendak nampak lebih meriah, boleh masukkan sayur kacang, cili merah, dan kentang. Sampai disini sahaja perkongsian shailla untuk kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

June 08, 2017

Mahu jadi pereka berjaya? Kursus Pembuatan Kasut (INSEP) adalah jawapannya

Assallammualaikum❤


Kalau bercakap tentang kasut, pastinya menjadi tumpuan para wanitakan. Kasut memainkan peranan penting bukan sahaja bagi golongan wanita tetapi juga lelaki. Kalau kita lihat melalui gaya hidup zaman moden hari ini yang sentiasa mengikut aliran perkembangan fesyen semasa dan terkini. Seiring dengan kelahiran pereka-pereka muda dengan idea-idea yang memukau dan unik bagi memberi kelainan pada si pemakai.

Pasti korang kenal dengan Jimmy choo? beliau merupakan contoh pereka kasut yang terkenal. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut, malah mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Ada sesiapa disini mempunyai impian untuk menjadi seperti beliau? disini shailla ingin berkongsi satu khusus yang mampu mengasah bakat korang lebih mendalam dalam bidang pembuatan kasut.

Disini shailla hendak kongsi satu khusus yang boleh korang sertai untuk mencapai impian korang sebagai pereka kasut. Khusus ini  dikenali sebagai Kursus Pembuatan Kasut (INSEP). Khusus ini merupakan khusus jangka pendek dimana hanya perlu mengikuti kelas selama 4 bulan dan mengikuti latihan industri selama 4 bulan. Apa yang menarik tentang khusus yang ditawarkan oleh SHRDC adalah yuran kemasukan percuma dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi korang tidak perlu risau lagi tentang yuran pengajian kerana dia adalah PERCUMA. korang hanya perlu bawa badan dan juga semangat untuk menyertai Kursus Pembuatan Kasut ini. Syarat melayakkan korang meyertai khusus ini adalah WARGANEGARA MALAYSIA. Pemegang DIPLOMA dalam apa-apa bidang pengajian. “Fresh Graduate” dan tidak bekerja juga sangat digalakkan untuk memohon.



Korang juga berpeluang untuk mengikuti latihan imdustri di syarikat-syarikat kasut terkenal seperti Bonia, Larries, Amori, Dr Cardin, Hush Puppies, Zan Toi dan syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri kasut. Bila korang menghadiri latihan industri ini bukan sahaja membuka peluang untuk diserap menjadi perkerja tetap di syarikat itu, malah turut memberi korang pengalaman sebenar dalam dunia perkerjaan sebagai seorang pereka kasut. Sepanjang tempoh latihan ini korang akan mempelajari selok belok dunia rekaan kasut. Khusus ini merupakan khusus sepenuh masa dimana kelas akan berjalan dari hari isnin hingga jumaat. Gambar diatas adalah shailla menyertai shoe festival di PWTC pada tahun 2013. Pelajar-pelajar pembuatan kasut dari SHRDC ini diberi peluang untuk mempamerkan hasil rekaan mereka disana.



Untuk menjadi seorang pereka bukan semudah ABC, banyak yang perlu korang pelajari. Di SHRDC kami menyedia tenaga pengajar yang cukup mahir dalam bidang perbuatan kasut. Dimana mereka akan mengajar dari kosong hinggalah berjaya menyiapkan beberapa pasang kasut hasil tangan korang sendiri . Korang tidak akan rasa menyesal menyertai khusus ini kerana korang akan keluar dari SHRDC dengan ilmu Pembuatan Kasut penuh di dada. Di atas shailla kongsikan beberapa keping gambar hasil tangan pelajar-pelajar yang mengikuti Kursus Pembuatan Kasut (INSEP). Tidak sangka bukan mereka mampu menyiapkan kasut dari rekaan mereka sendiri. Apa yang penting adalah untuk menjadi seorang pereka,korang harus berani dan percaya pada diri sendiri.



Dengan menyertai khusus ini juga korang akan bertemu dengan kawan-kawan baru yang korang tidak pernah kenal selama ini dan dari latar belakang yang berbeza. Macamana? menarik bukan khusus ini? jadi apa kata kalau yang tengah mencari kerja atau sedang menganggur boleh mencuba menyertai Kursus Pembuatan Kasut ini. Korang boleh terus hubungi  untuk mengetahui details lanjut tentang khusus ini, Details shailla telahkan kongsikan dibawah ini.

Sila email kan CV/resume anda kepada : recruitment@shrdc.org.my
Atau 
Hubungi 03 5513 3560 (Puan Juraina)

Untuk dapatkan informasi mengenai program kami sila layari :-

Lokasi Pusat Latihan kami di:-

Selangor Human Resource Development Centre
Grd Floor Block 2, Worldwide Business Centre
Jalan Tinju 13/50, Section 13,
40100 Shah Alam.
Selangor.

Sekian Terima Kasih

June 02, 2017

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan di The Rack Boutique Cafe

Assalamualaikum 💕 

Sempena ulang tahun perkahwinan yang ketiga tahun. Shailla dan suami sambut di The Rack Boutique Cafe. Selepas pukul 5 terus drift balik rumah siap-siap semua kemudian dalam pukul 6 jugalah baru gerak. 

Sebelum shailla datang, shailla telah reserved dahulu tempat sebab memang tahu confirm penuh. Setelah berjaya harungi jem, akhirnya sampai juga ke lokasi yang dituju. Ketika sampai pun parking sudah penuh nasib ada terselit satu parking untuk kitaorg. 


Setelah masuk ke kedai, terus order makanan sebab risau pesanan sampai lambat..hahaha... Haishhhh... Nampakk sangat gelojohnya... Ehhhh... Bukan gelojoh tetapi sediakan payung sebelum hujan sebab tahun lepas shailla pernah jadi lebai malang dimana selepas waktu berbuka pun pesanan makanan masih tidak sampai, bukan sahaja makanan air pun takde!! Kitaorang berbuka dengan keropok Areez. Huhuhu. Sadesss betul time tu. 


Sedang asyik selfie dengan keluarga, tiba-tiba pesanan pertama kami sampai iaitu Nancos Cheese bersama sosej.


Budak inilah dapat rasa dulu, terliur gak tengok dia makan.hohoho.Tiba-tiba Areez menjerit macam kepedasan. Terus bagi air masak. Jadi Shailla cakap dengan husband "apa kata awak rasa, pedas ke tak? Terus husband jawab," ehhhhh awaklah rasa" hahaha. Keluar air mata gaklah si Areez makan Nancos Cheese ni. 



Yeahhh... Pesanan utama sudah sampai!! Apa lagi let's Selfie first!! Sementara tunggu azan maghrib berkumandang. Hidangan ini dinamakan dulang combo. Set yang Shailla order ini untuk 2 orang makan. Tetapi bila sampai,woahhhh ini macam untuk 4 orang makan! Memang banyak. 


Elok sahaja azan maghrib berkumandang, baca doa terus ngap. Husband siap pesan lagi jangan minum air banyak nanti cepat kenyang. Dalam set Dulang Combo ini terdapat speggeti, meatball. Chicken chop dan kentang. Jadi Shailla pula pesan dengan husband makan ayam dulu bab ayam banyak isi nanti cepat muak. Hahaha. Chicken chop dia juga bagi shailla pedas sikit tetapi sedap. Mungkin kerana kuah yang digunakan bersama ayam yang ranggup. Haaa... Meatball bersama kuah cheese melempah itu pun rasa sedapp lebih kurang rasa meatball ikea. Cuma speggeti dia sahaja kuahnya rasa agak masam sikit. Kentang macam biasa anak shailla kerjakan. Percayalah bahawasanya kami gagal menghabiskan makan dalam dulung itu lalu bungkus bawa pulang. Harga set Dulang Combo ini adalah RM36 ringgit sahaja. 

Untuk Nancos Cheese memang sedap dan pedas dimana bahagian yang terkena serbuk lada. Jadi untuk Areez Shailla pilih bahagian yang tidak kena serbuk lada. Kuantiti dia juga banyak dan berbaloi dengan harganya. Nancos Cheese ini korang boleh dapat berharga RM12 ringgit. 

Okay sampai disini sahaja, sesiapa yang rasa hendak berbuka di The Rack Boutique Cafe ini, shailla letak alamat dan nombor telefon dibawah ini. 

Alamat : 
1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Maps

Nombor Telefon 
01137845657

Sekian Terima Kasih

May 30, 2017

MAMINQA Milk Booster Penyelesaian Masaalah Kekurangan Susu Badan

Assallammualaikum 💕 


Hai Semua, macamana kalau shailla kongsikan satu produk yang bagus khas untuk ibu-ibu yang mengalami masaallah kekurangan susu badan. Produk ini amat mudah dimakan dan paling penting sangat sedap. MAMINQA Milk Booster. Harga satu kotak RM100. Terdapat 20 pekat dalam kotak ini.


Tidak dinafikan terdapat banyak petua-petua yang terdapat di pencarian google, tetapi korang juga boleh mencuba produk MAMINQA Milk Booster ini kerana sekali rasa pasti selepas itu korang akan setia dengannya. Alhamdulillah shailla juga telah mencuba produk ini lebih dua minggu.
Shailla makan sehari dua peket iaitu pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Shailla telah Nampak perubahan dimana sebelum ini susu shailla memang drop habis, kalau pam pun adalah dalam setitik lalu. Setelah mencuba produk ini, apabila pump, shailla sudah berjay dapat hampir satu oz. Walaupun nampak sedikit tetapi sudah nampak hasilnya.
Selain itu, di dalam MAMINQA merupakan satu produk yang berasaskan bahan makanan sunnah yang bertujuan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.


Kelebihan utama mengamalkan Maminqa Milkbooster ini  adalah dapat membantu sistem susu untuk terhasil dengan kerap. Selain itu menjadikan susu ibu berwarna lebih pekat dan kuantiti susu yang lebih meriah. Paling utama adalah Memastikan breast yang kosong akan sentiasa penuh dengan susu. 


Terdapat juga Kesan-kesan lain jika mengamalkan Maminqa Milkbooster ini  antaranya adalah menambah haemoglobin. Paling best adalah ia juga dapat menjadikan kulit kita kelihatan lebih tegang. Maminqa Milkbooster bukan sahaja bertindak sebagai antioxidant pada kulit kita malah dapat melambatkan proses penuaan (anti-aging). Untuk ibu-ibu yang berkerja mahupun sur rumah, Maminqa Milkbooster juga mampu menjadikan badan lebih bertenaga dan membantu sistem pencernaan (pelawasan). Maminqa Milkbooster ini juga mampu melancarkan peredaran darah, menguatkan sistem imunisasi pada badan, melembapkan kulit dan membantu perkembangan minda untuk berkembang


Jadi sebenarnya , MAMINQA Milk Booster bukan hanya untuk memperbanyakkan susu , malah turut untuk baik juga untuk kesihatan dan juga awek muda disamping memberikan ekstra tenaga. MAMINQA Milk Booster ini juga mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan. KOrang boleh lihat sendiri cop KKM ada dibelakang kotak ini. Jadi tidak perlu ragu-ragu untuk makan yer…hihihi


Cara makanya pula amat mudah dimana korang hanya perlu koyak dan hisap sahaja. Maminqa Milkbooster juga mudah untuk dibawa ke mana-mana. Jangan risau yer kalau lepas ini susu sikit kerana produk ini sangat membantu . Semoga kita semua dapat memberi susu terbaik untuk bayi kita. Amin…😍

Jadi ibu-ibu sekalian, lepas ini, kalau hendak susu meriah, jangan cari yang lain hokeyyyy....  

cari saja MAMINQA Milk Booster :

Instagram : @merebeniemy
Facebook : Mere Benie Malaysia/
Whatsapp : maminqamilkbooster

Terima kasih 

May 29, 2017

ByfaraDila Baju Raya Cantik dan Murah

Assalamualaikum 💕

Hai semua!! Apa macam? Puasa ke idok? Haaa... Korang dah shopping baju raya ker?
Biar shopping awal, nanti tidaklah kalang kabut iye idok?. Okay shailla nak rakemen satu kedai baju ni. Koleksi baju yang terdapat di kedai itu memang cantik tertarik engkau memang the bomb... Huhuhu.


Ketika ini, Shailla mengenakan shawl daripada Chendana Signature. Waktu Shailla beli tengah ada sale jadi Shailla grab 4 helai. Kebetulan ketika baju dapat Shailla match and matching kena pula dengan baju.Weee. 


Untuk sesi photoshoot yang lepas, kedai byFaraDila. Menjadi pilihan Shailla. Antara jenis kurung menjadi kegemaran Shailla adalah kurung moden. Shailla berkenan pada potongan kurung moden. Apa yang buat Shailla pilih baju kurung modern ini adalah kerana selain potongannya terdapat juga ropol-ropol pada tangan dan juga kaki baju yang menambahkan lagi keserian dan kecomelan si pemakai. Hihihi. 

Shailla juga suka pada material dia yang sejuk. Walaupun ketika photoshoot raya kbba9 yang lepas kena pose dibawah cahaya matahari, tetapi Shailla tetap maintain pose sambil memegang anak. Ohh ya, ketika sesi photoshoot itu juga ada salah seorang MUA tegur Shailla dimana baju Shailla pakai sama dengan baju yang dia akan pakai raya ini. Wahhhh... Sedondonlah kita, nasib lain-lain tempat kalau tak kena cop boria. Ngehngehngeh. 


Sebenarnya banyak lagi koleksi pakaian yang cantik-cantik terdapat di kedai byFaraDila ini. Kedainya terletak di Bazaar@Seven seksyen 7 Shah Alam. Alang-alang korang hendak shopping baju raya di Jakel itu, apa kata korang walk in sekali ke kedai byFaraDila untuk cuci mata mana tau tiba-tiba ada yang berkenan.huhuhu.




Haaa... Macamana? Kalau ada yang telah jatuh hati dan ingin melihat sendiri rekaan daripada byFaraDila ini boleh terus ke alamat seperti dibawah ini. 

No 24, Bazaar@Seven Jln Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor 
Atau
Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Instagram
byFaraDila

Sekian Terima Kasih

May 28, 2017

Berbuka Puasa di Jom Makan! at Coffee Societe

Assallammualaikum


Hari itu shailla pergi makan di Coffee Societe yang merupakan cawangan bagi Garage 51. Lokasi dia terletak di Dutamas. Kedai kecil sikit dari garage 51 tetapi persekitaran dia memang selesa dimana tidak crowded dan tersedia kerusi di dalam dan luar.




Coffee Societe ini memang sesuai untuk korang suka duduk lepak santai-santai dengan kawan-kawan. Dimana korang akan rasa enjoy dan relax bila berada disini. Shailla sangat tertarik susun atur kedai dia,amat cantik dan tersusun sahaja. Begitu juga dengan lighting terpasang dikedai ini bila dalam gambar memang nampak cantik.



Sempena Ramadhan yang mulia ini, Coffee Societe  buat Jom Makan! at Coffee Societe dengan berharga RM25 untuk korang yang rancang untuk berbuka disini. Untuk Jom Makan! at Coffee Societe ini, korang boleh mencuba set Ayam Kapitan with Fish Kerabu and orange rice. Dalam Set ini ini juga terdapat juga Teh Tarik Milk Tea with Bubble Pearl dan juga kuih. Kalau kita lihat set hidangan dia memang nampak lazat. Selain korang juga boleh makanan dan minuman seperti dibawah

The Son - Nutella with hints of Hazelnut awesomeness 

Smoked Salmon on 3 eggs Scramble & Sourdough

Poached Egg On sourdough with smashed Avocado 

Grilled Boneless Chicken with Wedges

Quick Seared Lamb Shoulder with Widges, Roasted, Green Peas

Carbonara Speghetti

Cappuccino 

Shailla dan juga kawan-kawan lepak pada malam itu

Shailla, Bella dan Yanie

Shailla bersama Kak Azni

Shailla bersama Erma

Okay semua, jom makan! At Coffee Societe lokasinya Shailla share dibawah ini. Rugi tau tidak mencuba. 

Instgram : @coffeesociete
Facebook : CoffeeSociete
Alamat : Publika
Block D4, Level G3, Unit 3A
Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...