Assalamualaikum ❤️
Hai semua, apa khabar? Di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini sha ingin cerita tentang percutian sha ke Terengganu. Sha jatuh cinta dengan Terengganu ini sejak sha berkahwin dengan suami lagi. Sha cuti bulan madu juga di Pulau Redang, Terengganu.
Ada beberapa perkara yang buat sha jatuh cinta dengan Terengganu ini iaitu pertama adalah pantai dan kedua adalah makanan.
Ketika cuti sempena hari Kemerdekaan dan juga cuti Hari Raya Haji sha dan juga keluarga mertua telah pergi bercuti sambil melawat saudara mara mertua yang berada di sana.
Berbalik pada sambutan Hari Raya Haji di sana, bagi sha sama sahaja dengan di Selangor. Kami telah menyewa homestay milik saudara mertua dan bergotong royong untuk menyediakan juadah Hari Raya Haji seperti ketupat, rendang dan masak lodeh. Pada belah malam pula bergotong royong bakar BBQ.
Barisan model-model yang bergelar mak-mak orang di Hari Raya Haji. Sang suami, selepas balik sembahyang raya, makan dan terus tidur. Jadi kami sang isteri-isteri sahaja bergambar. Pada Hari Raya Haji kali ini makanya tidak dapatlah lihat sembelihan lembu seperti raya-raya yang lepas. Selepas sembahyang jumaat, kami semua bergerak ke rumah saudara yang terletak di Bandar Ketengah Jaya Dungun, Terengganu.
Sudah masuk makan tenghari, masa untuk makan! sha akan sambung lagi cerita tentang Terengganu di entry akan datang.
Sekian Terima Kasih 💕
September 11, 2017
August 29, 2017
"Jom ke Booth Traveloka di KL2017" Untuk Menangi Hadiah Bernilai RM200 000
Assallammualikum
Kepada yang tidak sempat untuk menyaksikan secara live sukan SEA ke-29 2017 ini di kaca tv, jangan sedih dan gundah gulana kerana korang boleh menyaksikan secara live di page http://travelokakl2017.com.my/. Selain itu siaran secara langsung ini juga boleh di saksikan melalui laman sesawang Facebook dan juga You Tube.
Entry kali ini ada sesuatu yang sha ingin kongsikan bersama dengan
semua pembaca. Seperti semua tahu SEA ke-29 2017 sedang rancak berlangsung ketika ini. Kalau korang hendak tahu, Traveloka merupakan one of the sponsors for KL2017 sempena sukan sea ke-29. Traveloka adalah salah satu platform tempahan penerbangan & hotel utama di Asia Tenggara yang menyediakan tawaran hotel dan penerbangan terbaik.Pasti semua sudah tahu bukan tentang applikasi online traveloka yang sering menawarkan harga murah dan perkhidmatan yang bagus. www.traveloka.com mula bekerjasama dengan 70 lebih syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang menyediakan lebih daripada 100,000 laluan berbeza di Asia Pasifik dan Eropah. Traveloka juga telah menyenaraikan lebih daripada 100,000 hotel di seluruh dunia.
Sempena s ukan Sea Ke-29 ini, traveloka menjadi official online travel partner for KL2017. Haaaa...kepada korang yang berhasrat melancong sempena sukan SEA ke-29 2017 ini, traveloka kini menawarkan Promosi Hello Malaysia untuk hotel dan penerbangan dari sekarang hingga 31 Ogos 2017. Korang perlu cepat-cepat rebut peluang ini kerana diskaun sebanyak 40 % akan diberikan jika korang membuat tempahan sepanjang tempoh promosi di http://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia . Secara tidak langsung, korang bukan sahaja dapat menikmati tiket dan hotel yang murah, malah dapat merapatkan diri korang untuk mengenali dan mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam Malaysia. Manakala untuk GO S.E.A pula untuk 10 lokasi menarik seperti Singapore, Bali, Jakarta, Bandung, Lombok, Ho Chi Minh, Phuket, Hainan dengan diskaun harga sehingga 60%. Apamacam? Menarik bukan tawaran yang diberikan oleh pihak traveloke.
Kepada yang tidak sempat untuk menyaksikan secara live sukan SEA ke-29 2017 ini di kaca tv, jangan sedih dan gundah gulana kerana korang boleh menyaksikan secara live di page http://travelokakl2017.com.my/. Selain itu siaran secara langsung ini juga boleh di saksikan melalui laman sesawang Facebook dan juga You Tube.
Tawaran pihak traveloka tidak terhenti disitu sahaja, apa yang lebih menarik lagi adalah pihak Traveloka bukan sahaja sebagai salah satu penaja Sukan SEA 2017 malah turut memberi diskaun untuk hotel dan penerbangan. Pihak Traveloka juga turut melancarkan peraduan dengan meneka siapakah bakal menang bagi setiap perlawanan yang dipertandingkan di sukan SEA ke-29 2017 ini. Untuk menyertai peraduan ini senang sahaja iaitu :
1) Pilih permainan/ acara sukan.
2) Ikut arahan seterusnya dan masukkan email. Kemudian pilih negara yang bakal menangi
4) Hantar peraduan dan kongsi dilaman social.

Selain itu juga korang berpeluang memenangi hadiah bernilai RM200 000 jika korang berkunjung ke booth mereka bertempat di Bukit Jalil. Terdapat pelbagai aktiviti dan paraduan yang pihak traveloka sediakan. Haaaa...apa lagi jom serbu booth mereka!! Mana tahu tuah korang ketika mengunjungi booth mereka dapat membawa balik hadiah bernilai Rm200 000. Okay sampai disini sahaja perkongsian sha untuk kali ini, jom sama-sama kita memeriahkan program yang dianjurkan oleh pihak traveloka disamping bercuti ke tempat-tempat menarik.
Sekian Terima Kasih 💕
Sekian Terima Kasih 💕
August 15, 2017
KUEH Cafe Seksyen 13 Shah Alam
Assalamualaikum ❤️
Hari ini sha ingin berkongsi dengan korang tentang satu cafe yang terkenal dengan pelbagai jenis kuih. Yang menariknya di sini juga terdapat beberapa kuih tradisi yang mungkin juga korang tidak pernah lihat dan rasa sebelum ini.
Sha mengetahui pasal KUEH Cafe ini melalui rakan-rakan. Memandangkan cafe ini berdekatan dengan office jadi semasa makan tenghari, kitaorang melencong makan di situ. Ketika sampai di sini agak terkejut juga sebab lengang dan senang sangat dapat parking. Keadaan di dalam cafe ini tersusun kemas dan selasa. Banyak tempat duduk yang disediakan. Siap pilih lagi tempat mana nak duduk.
Konsep cafe ini adalah bayar dahulu. Korang perlu buat pesanan dan bayar di kaunter. Sha memesan nasi kerabu bersama ais chocolate. Rasa nasi kerabu ini boleh tahan ditambah dengan bahan-bahan sepeti ayam goreng, cili, kelapa, telu masin dan sayur memang menaikkan selera sha untuk makan hingga habis. Kalau sampai sini rugilah kalau tidak makan kuihkan. Sha dan kawan office memilih lima jenis kuih yang berharga RM4.00. Keseluruhan adalah makanan, minuman dan juga kuih berbaloi dengan harganya. Sha juga tidak teragak untuk datang kembali ke sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Alamat :
Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu Berniaga :
10 Pagi hingga 10 Malam
Terima Kasih
August 14, 2017
Ayam Penyet Best Tsb Sungai Buloh
Assallammualaikum ❤️
Semalam adalah hari lahir ibu mertua sha, jadi kitaorang telah rangcang untuk menyambut hari lahirnya di Ayam Penyet Best area Tsb Sungai Buloh. Ibu mertua tidak tahu pun yang Kitaorang nak buat kejutan untuk hari lahirnya. Kitaorang beritahu hanya pergi makan-makan sahaja. Ibu mertua sha amat terkejut bila kami semua buat gimik nyanyi lagu happy birthday diiringi kek hari lahir. Memang gembira betul dia melihat anak, menantu dan juga cucu sama-sama menyanyikanya.
Ketika berada di restoran ayam penyet best, sha mencuba nasi lemak bersama kopi ais. Manakala keluarga lain pula kebanyakkanya memesan nasi putih bersama ayam penyet. Apa yang sha paling suka adalah sambal dia. Rasanya memang sedap bila dimakan bersama nasi lemak, kacang dan juga ikan bilis ranggup. Begitu juga rasa kopi ais dia yang memang kaw dan cukup rasa. Sha juga ada rasa ikan keli dia yang ranggup bersama sambal dia yang sangat pedas. Memang berasaplah telinga makan sambal dia. Walaupun pedas tapi sedap.
Keseluruhan sha rasa ayam penyet best ini best. Begitu juga dengan suasana restoran dia yang besar, bersih dan selesa. Anak sha dan anak buah siap main kejar-kejar didalam restoran ini. Restoran ini memang sesuai untuk bawa keluarga bersama berkunjung ke sini. Cuma satu sahaja, restoran dia kurang sejuk sebab kipas dia sangat perlahan. Agak berpeluh jugalah kitaorang ketika berada di sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang. Bubye.

Jalan Nautika A U20/A Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh, Selangor
Masa:
10 Pagi hingga 10 Malam
Terima Kasih
August 11, 2017
Satay Minang Paya Jaras
Assallammualaikum
Hai semua! Korang rasa apakah apakah topik yang akan sha kongsikan hari ini? kalau tengok gambar pun korang sudah boleh agak apa yang akan sha ceritakan.
Siapa disini yang pernah makan satay minang? cuba angkat tangan, sha hendak tengok sikit..hahaha. Sebenarnya sha pun baru berjinak-jinak makan satay minang ini. Sha belajar makan satay minang ini dari suami sha.
Pertama kali makan sha makan satay minang di paya jaras pak yat ini, memang rasa teruja maklumlah tidak pernah makan. Baru sha tahu yang rasa satay minang ini boleh tahan sedapnya. Perniaga yang buat satay minang ini juga pandai buat kuahnya. Pendek kata satay minang ini memang kena dengan selera sha.
Antara yang terkandung dalam satay minang adalah satay ayam, nasi himpit, bawang goreng dan juga keropok. Kemudian diletakkan bersama dengan kuah yang memang sedap.
Beberapa kali jugalah sha dan suami datang makan satay disini. Selalu sha dan suami akan pesan 10 cucuk. Sha juga suka pesan bakso sebagai menu tambahan ketika berada disini. Okay sampai disini sahaja perkongsian sha, jika hendak mencuba boleh lihat alamat seperti dibawah ini :

Sate Minang Pak Yat
Lot 2986, Jalan Kuala Selangor
Kampung Paya Jaras Tengah
47000 Sungai Buloh Selangor
Telefon : 017-8891040
Terima Kasih
July 31, 2017
Makan Tenghari di Boat Noodle, PKNS
Assallammualaikum ❤️
Kalau semua nak tahu, kini boot noodles telah buka satu lagi cawangan di PKNS Shah Alam. Shailla sudah pergi makan tenghari bersama kawan-kawan office. Kebetulan pada waktu itu memang kami ingin pergi jalan-jalan di PkNS. Sudah alang-alang berada disana, maka kami pun singgah makan disitu.
Kalau korang nak tahu, sistem di boot noodles cawangan PKNS adalah sistem layan diri. Dimana korang perlu ambil dan memesan makanan di kaunter terlebih dahulu...ohhh yaaa... Kena bayar sekali yer. Pada mula-mula kami masuk agak terkejut juga sebab kena layan diri,tapi kami layankan juga
Macamana? Banyak tak shailla makan? Hahaha.. Berlakon jer tu... Sebenarnya makan 3 mangkuk jer.. Wakaka. Okay bagi shailla, shailla lebih suka lagi kita pesan dan hantar makanan. Ini kerana, bila sistem layan diri ini, kita beratur panjang menanti pelanggan pesan makanan mereka. Rasa mee dia masih sama tetap sedap. Bezanya cuma pada sistem tempahan makanan. Okay sampai disini sahaja entry shailla. Jumpa lagi di entry akan datang.
Sekian Terima Kasih💕
July 28, 2017
Merasai Naik Mrt dari Sungai Buloh ke Stadium Kajang
Assallammuaikum ❤️
Pasti ramai yang telah naik Mrt sampai ke Kajangkan. Ahad lepas shailla bersama family shailla dan juga mertua pergi merasai sendiri naik Mrt dari Sungai Buloh hingga Stadium Kajang. Dari rumah, kami menaiki bus Mrt ke station Sungai Buloh. Areez adalah orang paling seronok bila dapat naik bus. Bising mulut dia ketika berada didalam bus dan menjadi perhatian ramai.
Ketika kami sampai ke station sungai buloh, orang agak ramai juga dan kena beratur panjang untuk beli tiket. Untuk pengetahuan semua, mesin tiket hanya untuk tiket dewasa manakala untuk warga emas kena beratur beli tiket dikaunter. Masa kami banyak terbuang dibahagian tiket kerana pada mulanya husband terus beratur dikaunter, bila sampai kaunter kena pergi beli tiket dekat mesin pula. Bila dimesin pula, warga punya tidak boleh, kena beratur balik dekat kaunter.
Perjalanan dari sungai buloh hingga stadium kajang memang terasa jauh kerana banyak station kena berhenti memang kematu rasa punggung duduk dalam train. Akhir sampai juga ke lokasi yang dituju iaitu satay kajang hj samuri. Kalau korang tengok suasana dekat restoran satay kajang hj samuri nampak tenang sahajakan.
Sebenarnya inilah hakikat yang korang perlu terima. Orang memang terlalu ramai. Untuk order kena beratur hampir sejam jugaklah dan terpaksa menunggu orang habis makan untuk mendapat tempat yang memang penuh. Kami bernasib baik sebab semasa menanti tempat duduk ada satu family offer duduk dimeja mereka kerana sudah habis makan. Mungkin ketika itu mereka lihat ada shailla dukung aqeef bersama keluarga dan mertua shailla, sebab itu mereka beri laluan pada kami.
Macam biasa, rasa satay kajang ini memang tidak mengecewakan. Rasanya memang nikmat. Ditambah kuah yang sedap dan daging yang gemuk memang terbaik walaupun kene beratur panjang. Setelah habis makan, kami pun beredar ke taman permainan yang terletak bersebelahan satay kajang itu. Kemudian setelah solat maghrib, kami pun beratur untuk beli tiket balik. Setibanya di Sungai Buloh ada bus ke rahman putra telah menanti, tetapi malangnya kami tidak sempat naik dan menjangka ada beberapa bus lagi ke rahman putra akan tiba, malang itu satu-satunya bus pada malam itu. Lebih kurang sejam lebih juga tunggu bus itu pusing balik ke stesen sungai buloh. Sempat jugalah si areez berak. Hahaha. Akhirnya pukul 10.45 malam baru kami sampai rumah. Okay sampai disini sahaja perkongsian shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)
REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT
Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...