Ini merupakan kali kedua dalam tahun 2017, sha datang ke Taman Tasik Titiwangsa. Apa yang menarik yang terdapat disini? Meh sini sha hendak cerita pada awak semua.
Haaa... Inilah salah satu aktiviti menarik yang terdapat disini. Sambil beriadah, kita bakar lemak sekali. Kereta berlampu ini kami naik lebih kurang 9 orang. Harga RM50 untuk sejam. Dari pengalaman sha, 30 minit mengayuh sudah cukup buat kita rasa mengah dan letih mengayuh. Kami berjaya juga menghabis masa selama sejam dengan mengayuh pusing Tasik Titiwangsa itu.
Sebenarnya aktiviti begini sangat bagus kerana korang dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Selama sejam itu banyak korang boleh buat bersama keluarga seperti bergurau dan bercerita dari hati ke hati sekiranya ada masaalah. Semangat berpasukan juga memainkan peranan penting tau. Kalau sorang sahaja kayuh memang tidak jalanlah basikal itu. Mana tidaknya, logik ke sorang kayuh untuk tampung 9 orang. Selain itu memang tidak stabil basikal korang jika sorang sahaja yang kawal... Silap-silap ada pulak yang masuk tasik nanti.. Hihihi.
Selain aktivi berbasikal, korang boleh main balon buih, skutter dan lepak-lepak sambil makan keropok lekor bersama ais krim. Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.
Hai semua, kali ini sha ingin cerita tentang Expo Negaraku 2017 yang telah berlangsung pada 15 November 2017 sehingga 15 December 2017 bertempat di dataran merdeka.
Jika tidak silap sha, terdapat 5 kubah semuanya yang dibina khas untuk ekspo infrastruktur ini. Setiap kubah kalau korang hendak tahu, mempunyai temanya tersendiri.
Kubah Pertama
Tema - Rasa Bertuah Dirasai Bersama
Di dalam kubah ini kita dapat menyaksikan tayang video yang berkisar tentang kehidupan rakyat makaysia yang di limpahi tuah hasil daripada kemajuan infrastruktur negara. Video ini sangat menarik dan kreatif dimana pelajar perempuan di dalam video ini lemah dalam pelajaran dan sering diejek rakan sekelas. Suatu hari cikgu bagi tugasan kepada semua pelajar untuk membentangkan tentang topik infrastruktur negara. Apa menariknya pelajar perempuan ini berjaya menceritakan tentang kemajuan infrastruktur negara dengan mencantumkan lakaran lukisannya dan membuat semua rakan-rakan yang sering mengejeknya merasa terpegun lalu menolongnya melekatkan lakaran itu bersama-sama sehingga mencantum menjadi lakaran besar yang menceritakan tentang kemajuan infrastruktur negara.
Kubah Kedua
Tema - Kemudahan infrastruktur
Di dalam kubah nombor 2 ini pula, apa yang dapat korang lihat disini adalah korang dapat lihat tentang tranformasi kepada kehidupan rakyat Malaysia termasuk lapangan terbang, sistem transit aliran massa hinggake penjana kuasa.
Kubah Ketiga
Tema - Kehidupan dan Kesejahteraan
Untuk kubah ketiga ini pula, apa yang cuba disampaikan disini adalah tentang program dan juga insiatif yang disediakan termasuklah dari aspek Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi serta pembangunan inklusif serta lain-lain.
Kubah Keempat
Tema - Gaya Hidup Malaysia
Kubah keempat pula adalah memberi peluang kepada kita untuk melihat video interaktif tentang mengenai komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat bebas mengamalkan budaya serta agama masing-masing.
Kubah Kelima
Tema - Masa Depan Kita
Dan kubah yang akhir sekali iaitu kubah kelima adalah bertemakan tayangan interaktif mengenai perancangan pembangunan negara pada masa hadapan dengan kemudahan dan juga prasarana moden serta usaha kerajaan dalam mengekalkan sebuah masyarakat yang aman, damai dan harmoni.
Sesuatu pengalaman yang menyeronok dapat mengunjungi expo negarku 2017 ini. Untuk melewat semua kubah ini, korang akan mengambil masa 45 minit sehingga 60 minit. Okay sampai disini sahaja perkongsian sha kali ini, jumpa lagi di entry yang akan datang.
Hai semua, kali ini sha ingin berkongsi tentang Tugu Peringantan Negara.Sha dari kecil hingga sudah ada anak dua, masih akan singgah ke sini. Ketika kecil kelaurga sha memang suka bawa sha ke sini dan sekarang tiba giliran sha pula bawa anak-anak ke sini. Memandang isnin lepas Selangor cuti, jadi sha telah rancang untuk bawa anak-anak ke Expo Negaraku 2017.
Dalam perjalanan, sha ubah sedikit rancangan iaitu singgah dahulu ke sini. Ketika sampai, kelihatan ramai pelancong dari dalam dan luar negara turut datang ke sini. Tugu Peringatan Negara juga merupakan salah satu destina dan juga tarikkan pelancong untuk datang menghayati sejarah negara serta merakam gambar.
Sha kongsi sedikit tentang sejarah Tugu Peringatan Negara yang dibina pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan semasa Darurat. Kalau korang hendak tahu, setiap patung ini mempunyai wataknya yang tersendiri. Setiap patung melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian serta pengorbanan.
Ketika hendak pulang, sha perasan ramai orang berkumpul di tepi sudut. Kerana perasaan ingin tahu tidak dapat dibendung, lalu sha bergegas ke tempat kejadian. Rupanya kelihatan dua orang pelukis sedang melakarkan gambaran disitu. Sha sempat merakam beberapa hasil kerja beliau, memang hasil lukiskan beliau sangat halus serta unik. Kepada penggemar lukisan, boleh singgah ke sini untuk mendapatkan hasil lukis tangan dari beliau.
Memang seronok dan tenang ketika berada disini. Ketika berada disini,cuaca memang agak panas, anak-anak sha merahlah pipi diorang dek kerana tahan panas. Tetapi walaupun begitu, tidak mematahkan hasrat untuk melihat serta merakam gambar . Sha merakam gambar mengunakan telefon sahaja sebab memang rancang dari rumah. Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.
Memandangkan Areez Syahmi telah mencecah umur 1 tahun 7 bulan, Shailla dengan suami ada rancang untuk bawa Areez Syahmi mengenali haiwan. Kebetulan KBBA9 telah mengadakan aktiviti beriadah bersama keluarga sambil mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli KBBA9 di KL Tower Mini Zoo pada minggu yang lalu.
Shailla sampai disini dalam pukul 9.30 pagi dan kebetulan ketika kami sampai ada pula parking berdekatan dengan pintu masuk jadi Shailla tidak perlu jalan jauh. Ketika sampai di depan pintu masuk KL Tower Mini Zoo kelihatan beberapa blogger daripada kelab KBBA9 telah pun sampai. Apa yang menarik adalah didepan pintu masuk KL Tower Mini Zoo ditempatkan dua ekor burung kakak tua yang menarik para pengunjung disitu.
Pasti ramai hendak tahu harga untuk masuk ke sinikan. Diatas Shailla kongsikan harga tiket untuk masuk ke dalam KL Tower Mini Zoo.
Inilah dia keluarga KBBA9 yang turut serta dalam aktiviti beriadah ke KL Tower Mini Zoo ini. Memang gamaklah suasana didalam KL Tower Mini Zoo dengan kehadiran ahli KBBA9. Nasib binatang-binatang didalam KL Tower Mini Zoo ini tidak diserang sakit jantung apabila menerima lawatan daripada KBBA9.
Ini merupakan haiwan yang ada disitu, memang comel geram sahaja shailla tengok, nasib haiwan ini duduk dalam cermin, kalau tidak memang kena picit dengan Areez Syahmi.
Tengah shailla pusing-pusing didalam KL Tower Mini Zoo ini, tiba-tiba terlihat kanggaro yang comel ini tergantung didalam karung ini.
Areez Syahmi tengah kusyuk melihat anak buaya itu berenang. Kalau hendak tahu, sebenarnya Areez Syahmi buat-buat berani sahaja itu. Bila anak buaya itu dekat dengan dia terus hendak menangis.
Kambing juga ada didalam KL Tower Mini Zoo ini tau. Kita juga boleh memberinya makan tetapi dengan kebenaran penjaga disitu.
Ketika ini ahli KBBA9 tengah sibuk bergambar dengan burung yang terdapat disini. Memang terdapat pelbagai jenis spesis burung yang ditempatkan di KL Tower Mini Zoo ini.
Ini adalah antara burung yang ada disini. Cantikkan buring belakang Shailla ini, bulunya berwarna warni gitu memang menarik perhatian pada sesiapa yang memandangnya.
Kambing biri-biri juga ada disini. Kita boleh pegang dan juga memberinya makan.
Masa untuk tangkap ikan. Haaaa ini memang kegemaran Areez Syahmi. Ikan didalam kolam kecil sangat jadi memang suiar untuk ditangkap. Setakat untuk main-main tangkap ikan bolehlah. Macam Areez Syahmi bila dapat pegang penangkap ikan itu, memang tidak mahu lepas sebab inilah masanha untuk dia main air. Jenuh jugalah pujuk Areez Syahmi untuk pergi ke tempat lain pula.
Antara yang best tempat ini adalah kita boleh bermain dengan rabbit da juga kura-kura gergasi yang ada disini. Disini kita akan diberikan sayur untuk memberi kura-kura ini makan. Memang seronok dapat dapat bermain dengan kura-kura dan juga rabbit tetapi malangnya Areez Syahmi langsung tidak mahu main kerana takut..huhuhu
Kalau lihat daripada luar memang nampak KL Tower Mini Zoo ini macam kecil, tetapi sebenarnya bila sudah masuk ke dalam baru tahu sebenarnya kawasannya luas terdapat pelbagai jenis haiwan didalamnya. Memang lenguh kaki jugalah berjalan terutama part kena mendaki naik tangga. Tidak rugi rasanya berkunjung ke sini kerana selain melihat pelbagai jenis haiwan, KL Tower Mini Zoo merupakan antara salas satu tempat menarik yang harus dikunjungi bersama keluarga.
Untuk mengetahui sebarang maklumat tentang KL Tower Mini Zoo boleh rujuk info yang Shailla sertakan didalam gambar diatas.
Hari ini merupakan hari yang ke 10 sha minum produk ini dan merupakan paket yang terakhir. Produk ini didatangkan dengan kotak kecil yang comel berwarna merah jambu gitu. Di dalam dia terdapat sepuluh paket semuanya. Apa yang menarik tentang produk ini adalah ia mampu membuat kulit korang menjadi lebih anjal,cerah dan ayu berseri dalam masa 7 hari sahaja! memang sangat menakjubkan dimana ia memutih, melembap, memelihara dan memperkaya.
Bila dengar sahaja nama MelloWhite, sha terbayang mashmellow...hahaha..tapi ini bukan mashmellow yang kanak-kanak suka makan tu yer..nama mellow sahaja sama tetapi bentuk dan rasanya jauh berbeza.
Apa kandungan yang terdapat dalam MelloWhite?
Okay, untuk pengetahuan korang, MelloWhite ini adalah minuman campuran buah delima dengan ceriacerola, ubi bit merah, kologen marin, vitamin C, L-Cystein, ekstrak rose petal, ekstrak buah zaitun, barli hijau dan asid lipoik.
Setiap kandungan yang terdapat didalam MelloWhite mengandungi manfaat dan kebaikkan tersendiri.
> Ekstrak Rose Petal Sumber yang kaya dengan polifenol.Ia dapat mengurangkan aktiviti tyrosinase
sehingga 44%, merencatkan pengeluaran
melanin dan mengurangkan masalah
pigmentasi pada wajah. Memperolehi kulit yang halus, cerah, gebu
dan tanpa cela.
> Vitamin C Mencerahkan kulit secara semulajadi
dengan merencat enzim tyrosinase
yang diperlukan di dalam proses
penghasilan melanin. Meningkatkan paras glutathione dan
vitamin E dalam badan.
Saintis telah mendapati bahawa protein kolagen memerlukan vitamin C
untuk molekul mencapai konfigurasi yang terbaik. Vitamin C
mempertahankan kekenyalan kulit dengan mencegah kolagen dari
menjadi lemah dan mudah rosak.
> ManfaatVitamin C Membantu mencegah selsema. Meningkatkan system imun tubuh. Membantu proses penghadaman dan
penyerapan zat besi. Menjaga kesihatan mata dan menguatkan gusi. Mempercepatkan penyembuhan luka.
> Ekstrak Zaitun Bertindak dengan menghalang aktiviti tyrosinase yang
merupakan penyebab kepada tompok-tompok gelap yang tidak
diingini. Sebagai antioksidan yang kuat, menyekat radiasi ultraviolet dan
mengurangkan kesan radikal bebas bagi mengelakkan
pengeluaran berlebihan melanin pada kulit.
Hasilnya tesktur kulit wajah menjadi licin dan cerah.
Ekstrak zaitun mempunyai efek antioxidan. 4.5 kali lebih kuat dari vitamin C. 4 kali lebih kuat dari anggur. 2.5 kali lebih kuat dari teh hijau.
> Buah Delima Kaya dengan vitamins A, C dan E. Kaya dengan antioksidan dan zat besi. Memperlambatkan proses penuaan dan juga memberi
pelbagai khasiat pada kulit.
Buah Delima
Antaranya termasuk memberi
kelembapan semula jadi pada wajah,
memperbaiki sel kulit, memberi tona kulit
yang sekata dan meningkatkan keanjalan
kulit. Hasilnya kulit kelihatan mulus,
segar dan berseri-seri.
> Manfaat
Buah Delima Membantu peredaran darah. Mengurangkan inflamasi. Membantu mengurangkan gejala anemia. Meningkatkan system imuniti.
> Ceri Acerola merupakan sumber yang terkaya dengan vitamin C, ia
mampu merangsang pembentukan kolagen dalam
badan. Dengan kandungan antioksidan yang tinggi,
ceri acerola mampu melindungi kulit daripada
ancaman radikal bebas lalu memperlambatkan
proses penuaan. Ceri acerola juga mengandungi
pelbagai jenis nutrien yang membantu menghidrat
dan mengekalkan kelembapan kulit.
> Manfaat
Ceri Acerola Membantu kesihatan mata. Meningkatkan metabolism badan. Mencegah tekanan oksidatif. Kaya dengan nutrien – vitamin C, vitamin A,
thiamine, riboflavin and niacin.
> Ubi Bit Merah mempunyai sumber fitonutrien unik yang
dinamakan betalain menunjukkan sifat
antioksidan, anti-radang dan anti-kanser.
Toksin yang terkumpul di dalam badan
merupakan salah satu penyebab kulit yang
kusam.
Ubi bit merah juga berfungsi sebagai bahan
detoksifikasi yang membersihkan toksin dari
tubuh, memperbaharui sel kulit yang rosak dan
memberi nutrisi yang diperlukan oleh kulit
menjadikan kulit sihat dan bersinar.
> Manfaat
Red Beet Meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kaya dengan nutrien - folate (vitamin B9),
manganese, kalium, zat besi dan vitamin C.
> L-Cysteine Meningkatkan penghasilan glutathione dalam hati. Menggalakkan pembentukan pigmen cerah
(pheomelanin). Membantu detoksifikasi. Melindungi badan daripada kerosakan yang disebabkan
oleh radiasi.
L-Cysteine
Ia memberi kelebihan dalam melambatkan process
penuaan daripada bintik hitam, kedutan dan garis-garis
halus.
> Alpha Lipoic Asid (ALA) Dikenali sebagai antioksidan universal kerana ia adalah
penangkap radikal bebas yang kuat di persekitaran yang larut
air dan juga larut lemak.
Melawan radikal bebas di seluruh badan. Mengitar semula vitamin C dan glutatathione. Mengetatkan liang pori. Memudarkan kedutan dan garis-garisan pada kulit. Membuat kulit kelihatan sihat dan cantik secara semulajadi.
> Manfaat
Alpha Lipoic Asid (ALA) Antioksidan yang kuat. Meningkatkan pemulihan otot selepas senaman. Mengurangkan keradangan. Membantu mengurangkan komplikasi diabetes
> Barli Hijau Organik membekalkan kandungan nutrient yang semulajadi dan
mudah diserap termasuk vitamin, mineral, enzim,
klorofil, asid amino dan antioksidan.
Ia mempercepatkan pemulihan dan mengaktifkan
semula keremajaan kulit dengan nyata serta
mengembalikan keayuan wajah.
> Manfaat
Barli Hijau Organik Detoksifikasi. Mengekalkan keseimbangan asid-alkali dalam badan. Memberi kesan anti-radang yang mengagumkan. Merupakan agen antioksidan yang kuat. Memperbaiki sel-sel yang rosak. Meningkatkan stamina badan.
Arahan
Campur 1 bungkus MelloWhite dengan 150ml air. Minum sepaket setiap hari.
Hidangkan sejuk untuk rasa yang lazat.
Kesan selepas 10 hari amalkan MelloWhite.
1. Melembabkan kulit wajah - memang tidak dinafikan bahawasanya selepas bebrapa hari minum MellowWhite, kulit wajah menjadi lebih lembap dan tidak kering lagi.
2. Menghaluskan dan mengebukan kulit - selain itu juga kulit menjadi lebih halus dan gebu. Terasa sedap sahaja ketika membelai kulit muka.
3. Membantu mencegah selsema - macam sha memang kerap kena selsema, jika anak sha kena selsema,sha orang pertama yang akan terkena jangkitan. Dengan adanya MelloWhite ini sha harap dapat atasi masalah mudah terkena jangkitan selsema ini kerana dengan ada vitamin c dapat meningkatkan system imun tubuh sha.Selain itu,bila bangun pagi selalu mesti kena selsema.Tetapi sekarang tidak lagi.
4. Memudarkan bintik-bintik hitam - Walaupun kulit sha bersih dari jerawat, tetapi sebenarnya kulit sha terdapat bintik pigmentasi. Seperti semua tahu, bintik pigmentasi memang susah untuk nyah dari kulit kita. Ketika ini bintik pigmentasi sha masih ada walaupun telah minum produk ini selama 10 hari. Mungkin fungsi produk ini lebih kepada merencat enzim tyrosinase
yang diperlukan di dalam proses
penghasilan melanin yang
merupakan penyebab kepada tompok-tompok gelap yang tidak
diingini.
5. Memberikan tona kulit yang sekata & seimbang - beberapa hari yang lalu,sha memang aktif pergi jalan ke sana dan ke sini. Ini mengakibatkan kulit sha menjadi gelap kerana terdedah dibawah cahaya matahari yang terik. Walaupun begitu, dengan MelloWhite tona kulit sha kembali menjadi lebih sekata & seimbang.
Gambar sebelah kanan adalah gambar diambil pada hari ini. Manakala sebelah kiri sebelum minum #MelloWhite. Kedua-dua gambar ini sha hanya pakai serum dan juga bedak compact. Gambar sebelah kanan adalah hasil selepas 10 hari minum #MelloWhite. No filter.. Fresh dari telefon. Kalau kita lihat dari gambar diatas, walaupun tidak menggunakan blusher, pipi nampak pinkish. Kulit sha juga nampak lebih fresh dan tona warna sekata. Cuma hidung jelah tidak mancung-mancung..HAHAHA
Rasa masam manis serta bau buah delima yang sedap semestinya menjadikan minuman ini terasa sedap terutama di minum ketika sejuk. Apa yang paling sha perasan tentang minuman ini adalah ketika sha goncang di dalam botol shake, buih dia punya banyak macam tea tarik tu. Berbeza dengan minuman yang sha minum sebelum ini,jika goncang tidak mengeluarkan banyak buih seperti itu.
Berat -/+ 150g
Harga RM79.90 sekotak
Testimoni Pengguna
Untuk dapatkan stok #MelloWhite boleh hubungi Smart Merchant, dalam program smart partner kami.
Azian : Perak 019 4732120
Norin Faridah : Selangor 019 2195949
Norhana : Penang 012 4854942
Haslin : Selangor 017 6908322
Hezla : Johor/Selangor 016 2155875
Hj Ghazali : Penang 019 4793684
Yahya/Pak Ya : Johor 019 7610010
Sha : K/Lumpur 0193421127
Nani : K/Lumpur 012 3004117
Zahariah : Putrajaya 0166704240
Dapatkan maklumat lanjut dari Smart Merchant sekarang!!!
Jika berminat boleh hubungi terus website dibawah :
Jika korang yang suka pada produk yang 100% dari bahan herba aktif dan juga halal,haaaa...Himalaya Wellness Boutique adalah tempat yang harus korang tuju. Pasti korang pernah dengan bukan pasal produk himalaya ini. Aipppss jangan cakap tidah tahu yer...babap kang. Member office sha siapkan pesan lagi kawan dia untuk beli produk Himalaya di India. Ehhhh...kenapa sampai India? sebab produk ini memang asalnya dari India. Malaysia tiada ker? jangan risau, di Malaysia juga terdapat outlet Himalaya yang menjual produk Himalaya ini.
yang Shailla pergi ini terletak di Suway Pyramid, lokasinya adalah :
Haaa...inilah outlet Himalaya Wellness Boutique yang terletak di Sunway Pyramid itu. tidak susah untuk mencari lokasi ini berpandukan pada alamat yang tertera diatas. Ketika berada di depan outlet memang rasa teruja untuk explore lebih apa produk yang terdapat didalam Hiamalaya Wellness Boutique ini.
Himalayaadalah jenama produk kecantikkan dan juga kesihatan.Produk ini seperti semua tahu berasal daripada negara India. Jenama Himalaya ini sangat sinonim dengan "100% herba aktif" dan "dijamin halal". Sebab itu kalau kita lihat, semua produk himalaya ini berasakan herba.
Selamat datang ke Himalaya Wellness Boutique, Sunway Pyramid. Bila tengok gambar ini, pasti korang cakap sha macam super mummy kan? dengan pegang tangan Areez dalam masa kendong Aqeef...hahaha...takdelah sebenarnya i am a cool mummy and sometimes i am lion mummy...wakaka..
Di Himalaya ini, korang boleh dapatkan set panjagaan rambut , set penjagaan muka dan supplement kesihatan.
Penjagaan Rambut
Seperti set penjagaan rambut dari himalaya ini mempunyai pelbagai jenis tau. Dalam banyak-banyak jenis shampoo, yang kerap pelanggan beli adalah untuk masaalah rambut gugur, boleh gunakan set anti hair fall manakala untuk masaalah kelemumur, boleh gunakan set Anti Dandruff. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis shampoo lagi turut ada di sini.Yang penting bau dia sangat wangi. Macam suami sha, dia mengalami masaalah kelemumur, jadi suami sha telah memilih untuk mencuba shampoo Anti Dandruff. Hari ini telah masuk seminggu dia pakai, feedback dari suami sha adalah pertama wangi, kedua best dan ketiga kepala tidak gatal lagi. Ohhh ya..shampoo dari Himalaya ini bukan sahaja didatangkan dengan satu size sahaja, malah turut menyediakan dalam size travel kit. Jadi kalau kita hendak pergi melancong, boleh beli size travel kit.
Penjagaan Kesihatan
kalau korang tengok di situ terdapat banyak jenis supplement ada disini tetapi yang menarik perhatian sha adalah supplement untuk kuarngkan berat badan iaitu AyurSlim. Biasalah ibu anak dua memang susah nak maintain berat ketika anak dara. Jadi, bila dapat gaji sha nak beli beli dan cubalah supplement AyurSlim ini.
Penjagaan Muka
Penjagaan wajah amat penting bagi individu yang mementingkan penampilan dan kulit wajah yang bersih. Di Himalaya ini juga korang boleh dapatkan set penjagaan wajah yang sesuai untuk wanita dan juga lelaki. Antara set penjagaan wajah yang korang dapat di sini adalah seperti pencuci muka, scrub muka, topeng muka, krim muka, fairness, produk penjagaan mata dan bibir.
Penjagaan Bayi
Kalau korang nak tahu,produk untuk bayi juga ada iaitu Gentle Baby Shampoo dan juga Moisturizing Baby Soap. Selain itu, untuk anak sha iaitu Areez yang berumur 2 tahun. Sha ada tanya tentang supplement Bonnisan iaitu supplement yang pernah viral suatu ketika dahulu berfungsi untuk meningkatkan selera makan anak. Tapi malang tiada stock. Jadi kita kena tinggalkan nombor telefon untuk pihak himalaya hubungi bila stock sudah ada.
Penjagaan Mulut
Ubat gigi juga ada jual disini dengan harga bermula RM 2.20 untuk travel size hinggalah ke size normal. Ubat gigi dari himalaya ini boleh didapati dalam 4 jenis, iaitu Complete Care Herbal Toothpaste, Mint Fresh Herbal Toothpaste, Sensi-Relief Herbal Toothpaste dan Sparkly White Herbal Toothpaste.
Juru Penasihat Produk
Kalau bab customer service, Himalaya Wellness Boutique memang tip top dimana di setiap cawangan outlet Himalaya disediakan juru penasihat produk yang mahir serta peramah. Tanya sahaja soalan berkaitan himalaya,pasti mereka berbesar hati menjawab dan memberi info yang korang minta dengan lengkap. Yang ketika sampai di sini jangan malu tanya kerana juru penasihat produk ini memang sentiasa bersiap sedia untuk membantu anda.
Produk Surya dan Apotec
Bagi yang mencari Produk Surya dan Apotec, produk ini turut dijual di himalaya Wellness Boutique cawangan Sunway Pyramid, Mydin Usj, dan Setapak Sentral sahaja.
Jom saksikan video sha bersam kelaurga ketika berada di Produk Himalaya Wellness Boutique, Sunway Pyramid.
Korang yang selalu lepak atau akan pergi ke Sunway Pyramid, wajib singgah Himalaya Wellness Boutique tau. Untuk keterangan lanjut, korang boleh lihat laman web yang sha sediakan bawah ini.