Legoland Malaysia
Merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia. Berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2) dan terletak dalam Iskandar Malaysia.
Legoland Theme Park Malaysia Map
Tempat Menarik Terdapat di Legoland Theme Park Malaysia
THE BEGINNING
Setelah memasuki gerbang Legoland Theme Park Malaysia, di situ terdapat kedai-kedai yang menjual barang cenderamata serta mainan lego. Kafe juga turut tersedia di sini.
LEGO CITY
Untuk kanak-kanak, di Lego City membolehkan mereka memandu kereta, pesawat dan kapal. Ia juga bergantung pada umur dan juga ketinggian anak.
Nissan Driving School dan Driving School Junior membolehkan anak korang memandu sambil mempelajari tentang keselamatan jalan raya dan isyarat jalan raya. Lego Drivers License juga akan diberikan.
The Boating School merupakan aktiviti dimana korang perlu mengawal boat. Aktiviti ini agak santai. Asalnya sha bagi Areez bawa, memandangkan dia tidak pandai kawal dan bot tersasar jadi sha yang kena kawal. Di pertengahan jalan kami stuck sebab ada bot berlanggar. Makan masa juga untuk kawal bot ke laluan yang betul.
Selain itu, untuk kanak-kanak yang minat dengan dunia penerbangan dan bercita-cita untuk menjadi pilot, boleh cuba Lego City Airport. Permainan ini untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dimana mereka boleh memandu dan mengawal pesawat mereka sendiri.
Sudah penat berjalan, jadi sha pun ambil Legoland Express dimana korang boleh menaiki keretapi yang membawa korang pusing sekitar taman. Sambil merehatkan kaki seketika sambil menikmati angin dan juga pemandangan beberapa tempat di kawasan Legoland Theme Park Malaysia.
Disini juga terdapat Lego Rescue Academy dimana kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas boleh menaiki serta melakukan aktiviti menyelat dan memandam api bersama keluarga.
Di dalam Lego City Stage, penonton boleh melihat persembahan menarik dari Ninjago’s Kai bersama rakan dalam menentang evil Clouse. Persembahan ala wayang dan animasi sangat menarik perhatian sha. Selain itu, sha tertarik dengan kesan bunyi dan lampu yang digunakan sangat cantik dan berwarna warni.
MINILAND
Kebanyakkan arca lego disini kebanyakannya adalah mercu tanda yang terkenal di seluruh dunia.
Ketika berada di dalam, korang bukan sahaja dapat melihat animasi malah korang juga kena bertarung. Di setiap Ninjago Ride, disediakan butang untuk korang guna semasa berlawan.
Korang perlu mengalahkan Great Devourer dan meraih gelar ninja. Korang juga kena gerak isyarat tangan untuk menyebarkan api, bumi, ais dan kuasa kilat semua dari kerusi sepanjang perjalanan di Ninjago Ride. Semasa keluar dari Ninjago Ride, ada satu paparan screen menunjuk kedudukan korang. Sha dapat tempat ke empat, mana tidaknya sibuk bergambar dan bawa si kenit ini, memang kalah lar.. hihihi. Selepas itu korang akan melalui kedai yang menjual barang cenderamata.
Ingat di Melaka saja ada menara, haaa.. di sini pun ada tau. Nama menara ini adalah Observation Deck. Apa menarik tentang Observation Deck adalah ia membawa korang ke ketinggian 60 meter untuk nikmati pemandangan 360 seluruh Legoland.
Inilah adalah pemandangan dari atas yang sempat sha rakamkan. Memang seronok ketika berada di atas, tambahan pula dapat lihat seluruh Legoland dari atas.
Permainan ini pula dinamakan Kids Power Tower. Apa yang menarik tentang permainan ini adalah korang perlu berusaha menarik tali untuk naik ke atas dan lepaskan tangan sikit demi sikit untuk turun ke bawah. Untuk permainan ini, sarung tangan disediakan.
Untuk permainan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Mereka boleh menikmati perjalanan kereta api Duplo yang bergerak di Duplo Express.
Untuk kanak-kanak boleh cuba Royal Joust, di mana mereka akan di bawa naik kuda Lego. Kanak-kanak akan merasai sama seperti menaiki kuda yang sebenar. Selain itu mereka akan berperang untuk lawan dan muncul juara.
Merlin’s Challenge pula sesuai untuk keluarga main. Permainan ini sangat santai.
My Short Legoland Theme Park Video, Happy Watching !
Beli Pas Tahunan dengan harga tiket 1 hari dan berpeluang untuk memenangi NISSAN ALMERA!
Haa...ini tawaran baik untuk korang. Sekarang korang boleh membeli Pas Tahunan LEGOLAND Malaysia untuk mendapat lebih banyak hadiah tahun ini! Beli pas tahunan untuk harga tiket 1 hari dan berpeluang untuk menbawa pulang Nissan Almera apabila anda membeli, memperbaharui atau menaiktaraf Pas Tahunan mulai 1 Feb 2018 dan seterusnya!
Dengan Pass Tahunan LEGOLAND, anda akan dapat melawat resort LEGOLAND secara PERCUMA, 365 hari setahun. Semua aktiviti yang menarik termasuk Miniland, Driving School, Roller Coaster LEGO VR dan banyak lagi yang boleh dikunjungi.
Korang dan keluarga juga akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara yang berlaku di resort sepanjang tahun. Bermula dari sambutan Lunar New Year celebration, the region largest LEGO® Star Wars days, tricks-or-treats celebration to the year-end Bricktacular festivity! Semak manfaat Pas Tahunan penuh Disini