Hai semua, hari ini sha ingin berkongsi tips agar kuali dan pan korang tersusun kemas. Haaaa.. Kalau korang pergi ke rumah-rumah kampung mesti perasankan kuali semua di gantung di dinding dapur. Macam sha pula semua kuali dan pan letak sahaja dalam kabinet. Tapi itulah bila nak pakai jenuh menunduk tengok dalam kabinet untuk tarik kuali atau pan keluar.
Setiap masaalah pasti ada penyelesaianya, jadi untuk memudahkan dan menyenangkan sha untuk keluarkan kuali dan pan dari dalam kabinet tanpa perlu bersusah payah, sha telah membeli secara online Sliding Pan Organiser dari My Custom Care. Sha lihat produk ini melalui facebook Mycustomcare . Bila lihat video cara Sliding Pan Organiser ini berfungsi, wahhhh menarik! memanh inilah produk yang sha cari selama ini.
Pada orang yang suka pada Diy memang akan cakap, alah...buat sendiri pun boleh, tapi untuk sha yang kurang suka bertukang ini, lebih suka beli barang yang siap. Bila sampai rumah, hanya perlu pasang sahaja. tidak perlu pening-pening nak cantum dia..hahaha
Langkah-Langkah Menempah Sliding Pan Organiser
1. Langkah pertama, korang perlu ambil gambar di mana korang hendak letak sliding pan organiser itu dan hantar pada pihak My Custom Care. Macam sha, bagitahu pihak My Custom Care, saya hendak letak Sliding Pan Organiser di belah kanan kabinet.
2. Kemudian, Korang perlu mengambil gambar dari dalam dinding kabinet hingga ke palang kayu pintu. Fokuskan ukuran pada palang kabinet.
3. Selepas itu korang perlu hantar gambar itu pada pihak My Custom Care untuk memudahkan pihak kerja mereka untuk membuat Sliding Pan Organiser mengikut ukuran kabinet yang telah korang berikan tadi.
4. Siap! Hanya tunggu produk sampai ke rumah. Biasanya produk akan siap dalam masa 3 minggu dari tarikh pembayaran. Kebanyakkan tempahan tidak sampai 3 minggu sudah siap. Pihak My Custom Care akan call korang untuk urusan penghantaran dan juga pemasangan.
*Untuk pemasangan, RM30 akan dikenakan bagi kos pengangkutan untuk luar kawasan Lembah Klang . Manakala untuk kawasan luar dari Selangor, mereka akan hantar melalui pos dan korang perlu pasang sendiri.
Taraa.. Sliding Pan Organiser sha telah siap di pasang. Baru sha tahu rupanya mudah sahaja pemasanganya tidak sampai satu jam pun. Sedap mata memandang, kemas sahaja tersusun kuali dan Pan.
Sha juga pasang sekali LED Sensor Light agar di dalam kabinet agar menjadi terang ketika pintu kabinet dibuka. Di My Custom Care juga ada jual LED Sensor Light ini. Jadi kalau memang cadang nak letak lampu, boleh tempah sekali ketika tempah Sliding Pan Organiser.
Bila sudah pasang lampu, nampak kabinet ini terang dan kelihatan moden gitu. Malah lebih nampak luas dan tersusun rapi sahaja semua.
Kelebihan Sliding Pan Organiser
1. Mudah di pasang - Semasa produk sampai ke tangan semua sudah siap, kita hanya perlu ada drill sahaja. Skru juga turut diberikan. Masa pemasangan pula tidak sampai 1 jam pun.
2. Kabinet menjadi kemas dan tersusun - Lihat gambar sebelum pemasangan Sliding Pan Organiser, memang nampak serabutkan. Setelah pasang, semua nampak kemas dan tersusun sahaja.
3. Mudah digunakan - Sliding Pan Organiser ini memang senang digunakan, korang hanya perlu tarik, ambil dan tutup sahaja. Tidak seperti sebelum ini kena membongkok ambil kuali dalam kabinet.
4. Menjimatkan Ruang - Dengan menggunakan Sliding Pan Organiser ini, banyak ruang dapat dijimatkan. Mana tidaknya sebelum ini, kuali main timpa sahaja di dalam bakul.
5. Free Pos - Ini memang sha suka, selalu kalau kita beli barang secara pos, mesti kena tambah untuk kos postage. Kalau korang nak tahu, kos penghantaran tidak di kenakan. Senang cerita free! Kita hanya perlu bayar harga barang sahaja.
Macamana? Menarikkan Sliding Pan Organiser dari My Custom Care ini. Korang tidak mahu pasang satu dekat rumah ker? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sliding Pan Organiser ini, boleh tekan link sha kongsikan di bawah ini :
Facebook : Mycustomcare
Instagram : @mycustomecare
Whatsapp : 0162304921
Sekian Terima Kasih