September 20, 2018

Aktiviti Menarik Di Farm In The city, Seri Kembangan


Assallammualaikum

Rakan-rakan #Kbba9 yang turut serta menjelajah Farm In The City
Kumpulan A

Sempena cuti Hari Malaysia yang lalu, Sha sempat pergi Farm In the City bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai pengalaman berada di Petting Zoo.


Farm In The City 

Lokasi Farm In The City

Farm In The City ini terletak di Seri Kembangan Selangor. Kalau korang tidak tahu lokasi, boleh guna Maps atau Waze dengan hanya menaip “Farm In The City”. Pasti ramai tertanya-tanya apa yang membezakan Farm In The City dengan Zoo yang lain kan? Haaa…jawapannya adalah korang boleh mendekati serta memberi makanan pada haiwan-haiwan yang terdapat di situ secara dekat.

Bagaimana pula dengan harganya?

Untuk harga pula terbahagi kepada dua kategori :
  1. Normal Price Rate (Pelancong Asing) : Adult = RM55
  2. Mykad Price Rate : Adult = RM37 / Senior Citizen / Children = RM30. Free admission for children height below 90cm
Selamat Datang Ke Farm In The city


Untuk ibu bapa yang membawa anak-anak, di sini Sha ingin memberi amaran keras buat korang!cewahhh…hahaha takdelah keras mana pun, Cuma ketika masuk ke Farm In The City, korang harus melalui kedai cenderamata yang menjual pelbagai jenis barang dan juga permainan. Lihat gambar belah kanan itu, nampakkan Si Areez tengah pilih barang permainan, jenuh juga lar pujuk dia untuk tidak beli..hahaha.

Peta Pandu Arah Farm In The City


Kalau korang hendak tahu, di Farm In The City ini, telah menggabungkan tiga elemen iaitu Haiwan, Tumbuh-tumbahan dan alam semulajadi bagi menarik minat para pelancong untuk datang ke sini. Bagi keluarga yang mempunyai anak, sangat sesuai untuk membawa mereka ke sini bagi mempelajari pelbagai jenis haiwan dan memberi haiwan-haiwan itu makan.

Selain itu juga, terdapat Tour Guide yang mengiring Sha dan rakan yang ketika berada di situ. Pelbagai penenrangan juga maklumat yang beliau sampaikan sepanjang berada di sana, memang sangat membantu.


Apa Yang Boleh Korang Buat Ketika Berada Di sini?

Menunggang Kuda Padi


Anak-anak korang juga boleh merasai pengalaman menaiki kuda padi. Sebenarnya Sha agak terkejut juga yang Si Areez boleh naik kuda padi sorang-sorang kerana sebelum ini dia sangat takut naik kuda jika tiada sesiapa menemani dia. Tapi untuk kali ini dia berjaya naik kuda padi ini secara sorang-sorang. Perasaan Sha ketika itu sangat teruja dan gembira melihat perubahan padanya.

Kuda padi minta cium ke mintak makan ni? Hahaha..Kelakar saja tengok gelagat kuda padi ini. Nampak comel sahaja.

Beramah Mesra Bersama Raccoon


Memang seronok ketika dapat menberi raccoon comel ini makan. Pada awalnya raccoon ini duduk di dalam sangkar. Kemudian mereka keluar berehat di batang pokok menanti pelancong memberikan makanan.


Ini antara haiwan yang dibenarkan untuk korang pegang ketika berada di sana. Pada mulanya rasa cuak juga, tambah tengok bdan dia yang berkilat dan berkerutu itu. Tetapi lama-lama,bila dah pegang terus hilang rasa cuak. Ular sawa pun ada tau untuk korang sentuh.

Bagi Makan Kura-Kura



Ketika berada disini, korang boleh lihat dan pegang kura-kura. Selain itu sayur juga diberikan untuk korang memberi makan pada kura-kura ini. Kura-kura ini akan berjalan perlahan-lahan ke arah korang untuk makan. Comel sahaja kura-kura ini, rasa nak peluk pun ada..hahaha

Radiated Tortoise
Ular Dan Phyton



Di sini, korang berjalan melalui kawasan berkaca yang mengandungi ular dan python di dalamnya. Si Areez paling suka tengok ular warna kuning ini, sampai suruh patah balik untuk tengok lagi.



Areez adalah orang paling teruja ketika masuk ke sini. Kalau korang hendak tahu, Areez tiga kali minta pada penjaga di situ untuk memberi makanan pada burung dan itik yang terdapat di situ.

Parrot
Merpati
Bagi Makan Rusa Dan Kambing


Selain itu, korang juga boleh memberi makan pada rusa. Areez sangat takut ketika berada di sini kerana Rusa itu suka sondol-sondol dia untuk mendapat makanan. Kalau korang hendak tahu, di sini juga terdapat kanggaro kecil bernama “Wallaby”.

Arnab Dan Hamster



Sekali lagi, korang dapat memberi makan pada arnab dan juga tikus di tempat ini. Bagi kanak-kanak, Sha rasa memang diorang suka dapat pegang , memberi makan serta bermain bersama arnab dan tikus ketika berada di sini.

Longkang Fishing



Antara aktiviti yang boleh korang lalukan bersama anak-anak adalah aktiviti menangkap ikan. Di dalan longkang fishing ini terdapat ikan-ikan kecil yang boleh korang tangkap. Ikan-ikan kecil ini di beri nama “guppy”. Pada hari itu, nasib Areez tidak baik kerana dia langsung tidak dapat tangkap seekor pun ikan. Kalau tidak boleh buat ikan panggang untuk makan tenghari..hahaha

Moon’s Lake



Rasa tenang sahaja tengok beribu-ribu ikan koi dan juga swan makan. Korang akan diberikan semangkung makanan ikan untuk korang bagi makan pada ikan dan juga itik itu.

Jungle Walk


Burung Hantu
Fennec Fox 
Parrot Show


Parrot Show ini dilakukan sebanyak 2 sesi, jadi korang kenalah peka masa untuk lihat Parrot Show ini agar tidak terlepas. Sesi pertama pada pukul 11.30am manakala untuk sesi kedua pula adalah pada pukul 3.30PM


Teruja Sha lihat kebijaksanaan burung -burung ini mendengar arahan daripada tuannya. Burung-burung bukan sahaja bijak mendengar arahan, malah boleh menari dan berkata-kata.


Selain itu, ada satu lagi benda yang menarik terdapat di sini selain haiwan adalah iaitu dua biji kereta yang comel ini. Sha bab benda-benda yang nampak comel ini, memang pantang nampak! laju saje suruh suami ambilkan gambar. Terutama kereta yang warna merah jambu itu.

Waktu Operasi Farm In The City

10 am-6pm (Isnin-Jumaat, ditutup pada hari Selasa), Sat, Sun dan Cuti Umum adalah dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.

Itu sahaja cerita Sha tentang Farm In The City. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh lawati

FaceBook 

InstaGram

Address: 
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Terima Kasih

September 05, 2018

Promosi Traveloka Sale-abration Sudah Kembali! Seakan-akan Matta Fair 2018


Assallammualaikum

Hai pembaca semua, apa khabar? Bagaimana dengan minggu korang?pasti seronok bila dapat meluangkan masa bersama keluarga. Pada yang tiada kesempatan untuk luangkan masa bersama keluarga, jangan sedih jangan tertekan . Apa kata beri sedikit ruang pada diri untuk bercuti bersama keluarga kerana kalau ikutkan kerja memang tidak pernah habis.
Tambah bila buka Instagram dan Facebook, wow seronoknya lihat kawan-kawan pergi bercuti! tetapi mengapa aku masih disini? Hanya mampu melihat tanpa rasa ingin bertindak? Hurmmm..kalau tiada bajet nak bertindak macamanakan?

Haaa…meh sini sha berkongsi dengan korang satu berita yang boleh buat korang tersenyum. Promosi Traveloka Salebration sudah kembali! Harga sangat berbaloi seakan-akan harga di Matta Fair 2018. Jom buka web Traveloka .


Apa yang menarik kali ini adalah Traveloka membuat promosi Traveloka Sale-abration. Traveloka membuat tawaran kupon diskaun tambahan bagi korang yang membuat pembelian segera. Tawaran kupon diskaun ini, adalah melalui promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee! .  Jadi apa tunggu lagi! tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan di mana jua destinasi!

Traveloka Sale-abaration ini berlansung sama waktu dengan Matta Fair 2018 . Matta Fair ni memang ditunggu tunggu setiap orang setiap tahun. Tapi, Traveloka Salebration pun tak kurang hebatnya. Setiap tahun ada dan ni adalah kali ke empat dan dah menjadi acara wajib yang ditunggu oleh setiap pengguna perkhidmatan Traveloka ni.

Tentang Traveloka

Kalau korang masih belum tahu tentang 'Traveloka', ianya adalah satu platform untuk korang menempah penerbangan dan hotel untuk destinasi domestik dan antarabangsa.
Korang hanya perlu pergi ke laman web atau aplikasi mudah alih mereka untuk menempah penerbangan atau hotel untuk ke destinasi pilihan korang.


Mengapa Perlu Pilih Traveloka?

Traveloka Sale-abration (4 September hingga 10 September 2018)
Traveloka sekarang tengah hangat membuat promosi terbaru mereka iaitu traveloka Sale-abration yang hanya akan berlansung pada bulan September ini sahaja. Aduhhh kalau tahu traveloka akan buat Sale-abration, sha tidak tempah lagi penginapan untuk ke Kota Kinabalu hari itu. Melepas..melepas..hahaha! Haaa…korang jangan jadi macam sha. Gunakan peluang ini sebelum tarikh tamat, dahlah tanpa promosi pun harga dah murah! Apatah lagi dengan promosi lagi berganda murah.

Tempahan Menjadi Mudah Bersama Traveloka
Hari ini, semua benda hanya di hujung jari sahaja, korang tidak perlu lagi bersusah payah untuk menempah penerbangan dan hotel bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar tanpa sebarang halangan. Perancangan, pencarian, tempahan dan urusan perjalanan korang menjadi lebih mudah dengan Traveloka kerana ia memberi korang banyak pilihan untuk dipilih untuk ke destinasi pilihan korang. Korang juga tidak perlu menbazir masa untuk menyemak tiket penerbangan dari satu web ke satu web kerana dengan Traveloka, semuanya dalam satu.

Tawaran Penerbangan dan Hotel Terbaik
Korang boleh dapat harga terbaik bagi penerbangan dan juga hotel bagi perjalanan korang dalam hanya satu platform. Harga yang terpapar dalam carian Traveloka adalah harga yang sebenar dan tiada caj tersembunyi. Kadang bila tempah sesuatu penerbangan atau hotel,ingatkan itu harga akhir, tapi bila nak bayar, tengok bill..ehhhh kena harga tambahan pulak. Kalau korang hendak lagi berbaloi, jangan lupa gunakan kupon tawaran diskaun dari Traveloka.
Korang juga boleh dapatkan diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan ke destinasi domestic dan Antabangsa. Kupon untuk penerbangan domestik adalah terhad kepada penebusan 370 pertama setiap hari. Manakala Kupon untuk penerbangan antarabangsa adalah terhad kepada penebusan 250 pertama setiap hari. Sah untuk semua syarikat penerbangan dan tempoh perjalanan yang ada dan juga sah untuk tempahan penerbangan berlepas dari atau tiba di Malaysia.


SALEDOM - hanya terpakai untuk tempahan domestik dengan perbelanjaan minimum MYR 200.

SALEINT - hanya terpakai untuk tempahan antarabangsa dengan perbelanjaan minimum sebanyak MYR 300.

Kod kupon MYHARAPAN sah untuk tempahan yang dibuat antara 16 Julai - 30 September 2018.

Kupon penerbangan hanya sah ditebus sekali bagi setiap pengguna semasa tempoh promosi.

Promo ini tidak boleh digabungkan dengan promosi lain.

* Tawaran penerbangan tertakluk kepada ketersediaan dan mungkin dihentikan tanpa sebarang notis.

24/7 Khidmat Pelanggan
Mengalami masaalah ketika proses penempahan? jangan risau kerana khidmat pelanggan Traveloka sentiasa ada untuk membantu. Korang hanya perlu email atau hubungi sahaja khidmat pelanggan mereka.

Tarveloka App
Untuk memudahkan lagi proses penempahan penerbangan dan penginapan, Korang boleh menggunakan App Traveloka yang boleh di memuat turun melalui Play Store dan juga App.
Diskaun ini sah untuk tempahan dibuat melalui laman web Traveloka, laman mudah alih, dan App Traveloka sahaja.

Bagimana Cara Untuk Mula Menempah


Pergi ke Web Traveloka. Cari destinasi penerbangan korang. Kemudian cari dan pilih hotel bagi penginapan korang. Lebih daripada 100 tawaran hotel Traveloka yang boleh korang pilih untuk destinasi di sekitar Asia Tenggara untuk memastikan korang mempunyai penginapan yang hebat semasa percutian korang.

Cara Membuat Bayaran

Kad Kredit - Untuk transaksi dalam SGD, MYR, THB, VND atau USD, Traveloka menerima kad kredit Visa, MasterCard dan AMEX. Semua transaksi kad kredit melalui Traveloka dilindungi sepenuhnya oleh Lapisan Soket Selamat teknologi RapidSSL (Kumpulan Verisign). Anda akan menerima pengesahan serta-merta dan e-tiket melalui emel dalam maks. 60 minit selepas menjelaskan bayaran.

Perbankan Internet - Bagi transaksi dalam MYR, anda boleh membuat pembayaran yang selamat dan mudah melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih dengan CIMB Clicks, Maybank2u, PBE, Hong Leong Connect, RHB Now, Bank Islam, Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, iRakyat, Bank Muamalat, OCBC Bank, Standard Chartered, dan United Overseas Bank.

Tunai di Kaunter - Bagi transaksi dalam MYR, anda boleh membuat pembayaran tunai yang selamat dan mudah melalui Seven Eleven.
*Promo ini hanya terpakai untuk transaksi yang dijalankan di MYR dan Kupon tidak boleh ditukar atau dikembalikan secara tunai.

Berminat? Jangan lepaskan peluang menarik ini! terus ke Traveloka sekarang untuk merebut peluang menempah sebelum ia berakhir . Tempoh tempahan adalah dari 4 September hingga 10 September 2018 dan tempoh perjalanan adalah bila-bila masa.

Jangan lupa bawa keluarga dan kawan korang bersama, agar percutian korang membawa lebih banyak kebahagiaan buat korang! gunakan kesempatan yang baik ini untuk korang meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.


Terima Kasih

August 28, 2018

Asap Steamboat Grill & Grill, Puchong Selangor

Assalamualaikum dan Hai !


Asap Steamboat & Grill terletak di Puchong, Selangor. Rasai keenakkan Steamboat bersama 3 jenis kuah untuk di pilih dari Sup, Tom Yam dan Kari.


Sha sebenarnya tidak sangka yang Asap Steamboat & Grill ini sangat cantik. Dari jauh nampak tersergam indah. Sangat sesuai untuk bawa keluarga serta rakan-rakan ke sini. Korang boleh pilih samaada mahu duduk atas atau bawah. Tapi untuk makanan hanya disediakan dibahagian bawah sahaja. Jadi pada yang duduk atas, kena turun ambil makanan.


Sha sangat teruja melihat pelbagai pilihan yang terdapat disini. Dari steamboat pencuci mulut hingga ke handmade dumpling, fishball, meatballs.


Selain itu, untuk seafood pula, korang boleh pilih seperti udang, ikan, ketam, kerang, dan kambing. Memang masa itu tidak terkira pelbagai pilihan yang mereka ada. Ambil masa yang lama juga untuk pilih apa yang hendak dimakan.


Sha pilih kuah sup kerana anak sha ada sekali. Kalau ambik tom yam atau kari, risau diorang tidak tahan pedas pula. Jarang sangat jumpa Steamboat kuah kari ini. Kebiasaan tempat sha pergi hanya kuah sup atau juga tom yam.


Antara pelbagai pilihan sos yang disediakan untuk korang nikmati ketika menjamu selera.


Tara...untuk pusingan pertama, ini sahaja yang sha pilih.Sha memang ambil semua sikit-sikit untuk mengelak pembaziran kalau tidak mampu habis. Sha dan keluarga nikmati steamboat sup bersama udang, sotong, kambing, lala dan pelbagai jenis bebola.


ABC juga turut pun ada tau. Semua bahan sudah siap. Korang hanya perlu campurkan sahaja bahan-bahan itu mengikut selera korang.


Untuk pencuci mulut, korang boleh ambil buah-buahan dan untuk kanak-kanak, ais krim Malaysia ini memang menjadi pilahan utama mereka. Ais krim ini sangat special kerana dibuat sendiri dan menggunakkan warna bendera Malaysia.


Di sini juga terdapat port cun untuk korang OOTD. Tapi hakak tidak mahir sangat bab pose OOTD ni, Pose peace jelah mampu...wakaka. 

Sekarang tiada lagi alasan untuk korang tidak singgah di sini. Bukan sahaja untuk makan steamboat bahkan menghayati makan malam yang nyaman dan selesa bersama keluarga dan rakan-rakan.


Alamat :

ASAP Steamboat & Grill
94, Jalan Tempinis, 
Kampung Tengah A, 
47100 Puchong, Selangor

No Tel : 013-485 8944

August 06, 2018

Mudah dan Senang Bersama Sliding Pan Organiser dari My Custom Care

Assallammualaikum ❤️


Hai semua, hari ini sha ingin berkongsi tips agar kuali dan pan korang tersusun kemas. Haaaa.. Kalau korang pergi ke rumah-rumah kampung mesti perasankan kuali semua di gantung di dinding dapur. Macam sha pula semua kuali dan pan letak sahaja dalam kabinet. Tapi itulah bila nak pakai jenuh menunduk tengok dalam kabinet untuk tarik kuali atau pan keluar.

Setiap masaalah pasti ada penyelesaianya, jadi untuk memudahkan dan menyenangkan sha untuk keluarkan kuali dan pan dari dalam kabinet tanpa perlu bersusah payah, sha telah membeli secara online Sliding Pan Organiser dari My Custom Care. Sha lihat produk ini melalui facebook Mycustomcare . Bila lihat video cara Sliding Pan Organiser ini berfungsi, wahhhh menarik! memanh inilah produk yang sha cari selama ini.

Pada orang yang suka pada Diy memang akan cakap, alah...buat sendiri pun boleh, tapi untuk sha yang kurang suka bertukang ini, lebih suka beli barang yang siap. Bila sampai rumah, hanya perlu pasang sahaja. tidak perlu pening-pening nak cantum dia..hahaha

Langkah-Langkah Menempah Sliding Pan Organiser


1. Langkah pertama, korang perlu ambil gambar di mana korang hendak letak sliding pan organiser itu dan hantar pada pihak My Custom Care. Macam sha, bagitahu pihak My Custom Care, saya hendak letak Sliding Pan Organiser di belah kanan kabinet.



2. Kemudian, Korang perlu mengambil gambar dari dalam dinding kabinet hingga ke palang kayu pintu. Fokuskan ukuran pada palang kabinet.

3. Selepas itu korang perlu hantar gambar itu pada pihak My Custom Care untuk memudahkan pihak kerja mereka untuk membuat Sliding Pan Organiser mengikut ukuran kabinet yang telah korang berikan tadi.

4. Siap! Hanya tunggu produk sampai ke rumah. Biasanya produk akan siap dalam masa 3 minggu dari tarikh pembayaran. Kebanyakkan tempahan tidak sampai 3 minggu sudah siap. Pihak My Custom Care akan call korang untuk urusan penghantaran dan juga pemasangan.

*Untuk pemasangan, RM30 akan dikenakan bagi kos pengangkutan untuk luar kawasan Lembah Klang . Manakala untuk kawasan luar dari Selangor, mereka akan hantar melalui pos dan korang perlu pasang sendiri.


Taraa.. Sliding Pan Organiser sha telah siap di pasang. Baru sha tahu rupanya mudah sahaja pemasanganya tidak sampai satu jam pun. Sedap mata memandang, kemas sahaja tersusun kuali dan Pan.


Sha juga pasang sekali LED Sensor Light agar di dalam kabinet agar menjadi terang ketika pintu kabinet dibuka. Di My Custom Care juga ada jual LED Sensor Light ini. Jadi kalau memang cadang nak letak lampu, boleh tempah sekali ketika tempah Sliding Pan Organiser.


Bila sudah pasang lampu, nampak kabinet ini terang dan kelihatan moden gitu. Malah lebih nampak luas dan tersusun rapi sahaja semua.

Kelebihan Sliding Pan Organiser

1. Mudah di pasang - Semasa produk sampai ke tangan semua sudah siap, kita hanya perlu ada drill sahaja. Skru juga turut diberikan. Masa pemasangan pula tidak sampai 1 jam pun.

2. Kabinet menjadi kemas dan tersusun - Lihat gambar sebelum pemasangan Sliding Pan Organiser, memang nampak serabutkan. Setelah pasang, semua nampak kemas dan tersusun sahaja.

3. Mudah digunakan - Sliding Pan Organiser ini memang senang digunakan, korang hanya perlu tarik, ambil dan tutup sahaja. Tidak seperti sebelum ini kena membongkok ambil kuali dalam kabinet.

4. Menjimatkan Ruang - Dengan menggunakan Sliding Pan Organiser ini, banyak ruang dapat dijimatkan. Mana tidaknya sebelum ini, kuali main timpa sahaja di dalam bakul.

5. Free Pos - Ini memang sha suka, selalu kalau kita beli barang secara pos, mesti kena tambah untuk kos postage. Kalau korang nak tahu, kos penghantaran tidak di kenakan. Senang cerita free! Kita hanya perlu bayar harga barang sahaja.

Macamana? Menarikkan Sliding Pan Organiser dari My Custom Care ini. Korang tidak mahu pasang satu dekat rumah ker? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sliding Pan Organiser ini, boleh tekan link sha kongsikan di bawah ini :

Facebook : Mycustomcare
Instagram : @mycustomecare
Whatsapp : 0162304921

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...