Assalamualaikum ❤️
Hai semua, seronokkan bila
kita dapat laungkan masa bersama dengan anak. Hari ini Shailla ingin berkongsi satu tempat permainan menarik di Shah Alam. Kalau korang yang ingin meluangkan masa melakukan aktivi bersama kawan-kawan dan juga keluarga maka inilah tempatnya yang perlu korang tuju.
Tempat ini terletak di dalam Aeon Shah Alam. Shailla pergi hari tu pergi berdua sahaja bersama anak Shailla yang pertama iaitu Areez Syahmi yang berusia 4 tahun. Pada mulanya Shailla tidak jumpa pun tempat itu sebab jalan dia tersorak belakang kedai. Cari punya cari bertemu juga dengan tempat itu. Hurmmm apakah tempat itu? Meh sini Shailla kongsikan pengalaman Shailla ketika berada di situ.
Rocky Basecamp
Rocky Basecamp ini terletak di tingkat 3 Aeon Mall Shah Alam. Sebaik sampai, Sha perlu mengisi borang dan mengambil kasut mengikut size kaki masing-masing. Stokin jangan lupa pakai yer, kalau tidak bawa jangan risau kerana sini ada jual stokin dan juga sarung tangan.
Selepas itu, pelekat nama berserta waktu tamat akan ditampal di belakang korang bagi memudahkan staff di situ memantau waktu tamat ketika berada di situ
Apa menarik yang terdapat di sini adalah :
Rock Climbing
Sebelum memulakan aktiviti memanjat batu atau rock climbing, staff di situ akan memberi penerangan dan juga tunjuk ajar. Shailla berpeluang belajar cara memasang carbiner.
Untuk cabaran pertama lebih kurang memanaskan badan dan juga praktis sebelum ke tahap lebih mencabar. Kali terakhir Shailla rock climbing semasa belajar di Uitm Perak. Ini merupakan kali kedua Shailla ikuti aktiviti ini.
Pada mulanya rasa agak cuak jugak tambah tidak menggunakan tali. Risau juga jatuh walaupun ada tilam dibawah. Tapi bila dah naik, wahhh.. Seronok juga dalam seronok jantung dup dap juga.. Hihihi
Untuk ke peringkat seterusnya, kena pakai harnes sebagai langkah keselamatan ketika memanjat . Staff yang ada di situ akan menolong memakaikan harnes. Di sini terdapat staff lelaki dan perempuan yang boleh minta tolong pakaikan. Jadi bagi yang beragama islam lebih baik pergi ke saluran yang betul untuk mengelakkan rasa tidak selesa ketika staff memasangkan harnes.
Rasa teruja tengok Areez ingin mencuba memanjat. Walaupun tidak sampai ke atas. Kalau anak tidak pandai memanjat, jangan risau kerana staff di situ sedia memantau dan memberi tunjuk ajar pada anak-anak yang ingin mencuba.
Terdapat 6 cabaran, Shailla hanya buat 3 sahaja. Mana tidaknya bila hampir sampai ke kemuncak boleh pula pancit. Tapak tangan pula berpeluh. .hahaha. Hampeh tul. Jadi korang sebelum sampai sini kena ada stamina yang cukup. Baru dapat main semua.
Playground
Pada ibu bapa yang bawa anak, di sini juga disediakan playground untuk mereka main. Jadi sementara tunggu kita buat rock climbing meraka boleh bermain playground.
Air On Park
Di Air On Park ini boleh pilih samada mahu masuk Edutainment Zone yang lebih kepada pengetahuan dan kemahiran. Fun Zone iaitu taman permainan yang di perbuat dari tali berwarna warni. VR/ AR Zone pula adalah permainan Virtual Reality dan Augmented Reality.
Edutainment Zone
Apa yang menarik terdapat di sini adalah terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anak-anak lakukan. Bukan sahaja untuk kanak-kanak malah aktiviti ini sesuai untuk semua lapisan umur.
Di sini, lebih kepada permainan melibatkan pengetahuan dan juga kemahiran. Sangat bagus untuk anak-anak mengasah bakat. Antara aktiviti yang boleh di lakukan adalah seperti handcraft, motion detection dan Interactive drawing. Dalam banyak-banyak aktiviti yang ada di situ, anak Shailla lebih cenderong kepada memasak. Suka betul dia potong-potong sayur, jenuh kakak itu nanti nak sambung balik semua yang Areez dah potong..hahaha
Tempat dia pun sangat selesa untuk anak-anak meluangkan masa mereka di sini. Bagi Shailla bagus di wujudkan tempat ini kerana dari sini kita dapat lihat bakat dan potensi anak-anak kita. Dari situ kita dapat lihat anak kita ini lebih cenderung ke arah mana untuk kita asah bakatnya lagi.
Aktiviti :
HANDICRAFT PROGRAMME
Gifts Making
MOTION DETECTION
Interactive Flooring
INTERACTIVE DRAWING
Interactive Fish Painting
Harga :
1 Hour Pass
Edutainment : RM 35.00
2 Hours Pass
Edutainment : RM 45.00
2 Hours x 4 Entries
Edutainment : RM 140.00
3 Hours Pass For 2 Zones
Edutainment & Fun Zone : RM 60.00
Entry Passes
Guardian : RM 5.00
Companion : RM 10.00
Socks per Pair (S/M/L) : RM 5.00
Eye Mask per piece : RM 1.00
* Price shown is excluding 6% ST
Fun Zone
Di sini juga terdapat taman permainan untuk pelanggan yang sukakan cabaran. Anak-anak pun sesuai untuk main di mana perlu melalui beberapa halangan.
Areez memang suka main lago. Memang lama jugalah dia habiskan dekat sini bersama kawan yang lain.
OBSTACLES AVAILABLE:
PLAYGROUND
Rainbow Trees
SLIDES
Junior Slide
60 Degree "Devil Slide"
MIND BLOGGING
Mega Blocks
Harga :
2 Hours Pass
Edutainment : RM 35.00
2 Hours x 4 Entries
Edutainment : RM 110.00
3 Hours Pass For 2 Zones
Fun Zone & Edutainment : RM 60.00
Entry Passes
Guardian : RM 5.00
Companion : RM 10.00
Socks per Pair (S/M/L) : RM 5.00
Eye Mask per piece : RM 1.00
* Price shown is excluding 6% ST
VR/ AR Zone
VR/ AR Zone pula adalah permainan Virtual Reality dan Augmented Reality.
Shailla dah lama juga rasanya tidak main game tembak-tembak. Teruja betul rasa dapat main bersama kawan yang lain.
Kalau korang nak tahu, ketika ini Shailla dan kawan yang lain berusaha menyelamatkan professor sedang dengan menembak robot-robot yang cuba membunuhnya. Memang nampak real dan sangat menyeronokkan.
Selepas main, sempat lagi anak-anak tumpang sekaki. Tidak dapat main pegang pistol pun jadilah.
Kemudian Shailla main dua permainan ini yang duduk tu solo dan yang dalam kotak belakang itu berkumpulan.
Macam Shailla lebih suka aktiviti berkumpulan sebab nampak meriah sikit berbanding main sorang. Macam aktiviti diatas ini, kami diberikan tugas untuk membunuh zombie did alam senuah bangunan yang gelap. Korang banyangkan bila korang pakai AR / VR ini zombie itu betul-betul nampak real depan mata korang. Memang tidak dspat di lupkan, rasa nak main lagi.. Hihihi
Sebelum balik, Shailla sempat main game ini. Sumpah tidak main lagi. Kalau korang gayat dengan tempat tinggi memang akan rasa macam jantung nak tercabut. Mana tidaknya korang akan dibawa ke tempat yang tingi kemudian menjunam jatuh ke bawah. walaupun realitinya korang hanya duduk atas itu sahaja.
Terdapat beberapa mainan lagi seperti :
Harga :
Single Pass for 5 games
AR / VR : RM 55.00
Bundle Pass for 10 games
AR / VR : RM 95.00
Tactical games ~ ONE Entry
AR / VR : RM 55.00
Tactical games ~ Bundle of 4 games
AR / VR : RM 190.00
Bundle Pass for 10 games
AR / VR : RM 95.00
Entry Passes
Guardian : RM 5.00
Companion : RM 10.00
Socks per Pair (S/M/L) : RM 5.00
Eye Mask per piece : RM 1.00
* Price shown is excluding 6% ST
Untuk Info Lanjut :
Facebook
Instagram
Facebook
Instagram
Terima Kasih