April 09, 2020

SAMBUT HARI LAHIR AREEZ SYAHMI KE 5 TAHUN

Assallammualaikum ❤️


Alhamdulillah, pada 06 April 2020 Areez Syahmi telah mencecah umur 5 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Sambutan tahun ini serba sederhana dan ringkas memandangkan PKP.

March 09, 2020

MATA KANAN AREEZ ADA KATARAK

Assallammualaikum ❤️


Hai... Macam dah lama tidak menulis blog. Hari ini saja nak kongsi dengan korang berita yang menyedihkan buat Shailla sekeluarga dimana anak sulung Shailla mengidap Katarak pada mata belah kanan.

January 13, 2020

Ironless Instant Shawl dari Miracle Caliph Exclusive

Assallammualaikum ❤️

Okay kali ini Shailla ingin kongsikan instant shawl yang mudah digayakan dan tidak perlu gosok. Untuk wanita bergelar ibu berkerjaya mahupun suri rumah. Bagi Shailla instant shawl ini sangat membantu dan menjimatkan masa.

December 15, 2019

Aqeef Muntah dan Cirit Birit

Assallammualaikum ❤️


Hai semua, hurmmm.. Hari ini Aqeef tiba-tiba muntah dan cirit birit. Risau betul rasa hati tengok dia muntah banyak tadi. 

December 13, 2019

Sabun Tanah Liat atau "Clay Body Wash" Penghilang Bau Badan


Hai semua, kali ini Shailla ingin kongsikan pada korang semua tentang satu produk mandian yang boleh mengatasi masaalah bau badan. Pasti korang tidak selesakan bila hadapi masaalah bau badan ini. Tambah pula kerja korang memerlukan korang berhadapan dengan orang ramai.

Clay Body Wash Azyma Care



November 27, 2019

Program Komuniti McDonald’s bantu rakyat Pantai Timur

Assallammualaikum

Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.




October 28, 2019

Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands

Assallammualaikum đź’•

Beberapa minggu yang lepas, Shailla telah bercuti bersama keluarga di Swiss-Garden & Residences Genting Highlands. Percutian kami sekeluarga telah di taja oleh Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih founder kelab iaitu Ben Ashaari kerana menaja percutian kami.


Ini adalah bilik kami ketika bercuti di sini. Bilik dia memang luas dan selesa. Anak-anak Shailla pun berlari sakan di dalam bilik ini. Genting memang dah sejuk di tambah pula dengan aircond yang kuat memang sejuk.

Sewaktu pergi sini, Shailla tidak sihat sangat jadi tidak banyak gambar yang Shailla ambil kerana kami sekeluarga banyak menghabiskan masa berehat di dalam bilik.



Keesokan harinya baru Shailla bawa anak-anak mandi kolam. Memang seronok mereka dapat mandi. Hampir dua jam juga diorang beredam di dalam kolam. Sampai kecut la jari tangan. Tambah pula ketika itu tiada orang sangat, memang puaslah budak - budak ni mandi.


Kalau korang tengok pemandangan dari kolam ketika waktu pagi memang cantik. Tenang sahaja ketika berada di sini. Kemudian pukul 12 kami pun check out dan terus pulang. Sebenarnya banyak tempat yang Shailla tidak sempat explore. Disebabkan masaalah kesihatan. Insyaallah ada rezeki Shailla hendak pergi lagi ke sini.

Sekian Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...