Assallammualaikum
Korang perasan tak setiap kali bangun dari tidur pasti kulit terasa berminyak. Mengapa itu berlaku? ini kerana sebelum tidur korang tidak mencuci wajah terlebih dahulu. Kerana terlalu padat padat dengan aktiviti kadang menjadikan kita menjadi malas untuk membersihkan wajah di malam hari. Kalau basuh pun hanya mencuci dengan biasa dengan harapan wajah sudah bersih. Korang tahu tak, jika tidak membersihkan wajah dengan betul akan menyebabkan jerawat. Korang perlu mengunakan pembersih khusus atau skin care untuk membersihkan secara menyeluruh kotoran-kotoran pada wajah.
Cara Mengawal Minyak Ketika bangun Tidur Dengan Hansaegee Nature
Bagaimana cara Shailla mengawal minyak ketika bangun dari tidur adalah dengan mengamalkan dua langkah ini iaitu membersih dan melembap. Shailla menggunakan produk dari Hansaegee Nature ini kerana kulit kita akan kehilangan air bila seharian kita tidak mencuci dan melembap. Bila kulit kita kekurangan air, kulit menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan kehilangan air.Jadi, inilah yang menyebabkan penumpukan minyak pekat pada waktu pagi. Kita perlu to up air untuk mengekalkan kelembapan pada kulit agar minyak semakin berkurangan.
- Melawan masalah jerawat
- Membersihkan pori secara mendalam
- Mengawal minyak dan sebum pada kulit
- Melegakan kulit
- Melembabkan kulit
- Bertindak sebagai exfoliator dengan membuang sel kulit mati
- Membuang bekas solekan pada kulit
1. Basahkan sedikit muka dan tapak tangan.
2. Picit cleanser pump beberapa kali sehingga keluar buih.
3. Ratakan pada seluruh wajah dan urut perlahan-lahan untuk beberapa minit
4. Bilas wajah
- Kesan menghidrat ajaib
- “Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit selepas di sapu ke kulit.
- Menyegarkan semula kulit.
- Kawalan lebihan minyak / sebum.
- Ia mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.
- Merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari.
- Mula-mula kita kena bersihkan muka dulu. Selepas itu boleh gunakan toner.
- Sapukan Aqua Whitening Cream di wajah dan leher. Kita perlu “dap-dap-dap” ia perlahan-lahan ke muka sehingga titisan air timbul selepas beberapa saat.
Kesan Selepas Menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature