Hello..hello..semua! hurmmm apa menu makan korang hari ini? okay kali ini Shailla ingin berkongsi menu terbaru dari Marrybrown yang mana lebih padu dan menyengat. Suatu ketika dahulu Marrybrown pernah mengeluarkan menu telur masin yang merupakan menu kegemaran Shailla. Kali ini Marrybrown sekali lagi mengeluarkan mene terbaru berasaskan telur asin iaitu berkonsepkan 'Egg-stra Ong, Lagi Power' dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’ bermula dari hari ini hingga 28 Februari 2022. Menu ini dikelurkan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba nanti.
Sinonim dengan slogan 'something different', bermula dari hidangan
makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best, kini Marrybrown
kembali lagi dengan menu telur masin mereka yang terkenal! Kali ini lagi
power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan
sos telur masin. Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan
masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada para penggemarnya!
“Prihatin kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini mengalami detik suka dan duka akibat daripada keadaan yang tidak menentu sejak pandemik, malah kita juga tidak dapat meraikan perayaan bersama keluarga dan rakan. Dengan keadaan yang dijangka beransur pulih, kita semua akhirnya dapat bertemu semula dengan orang tersayang. Oleh itu, kami kembalikan hidangan Egg-stra Ong yang kali ini lagi power, khas untuk musim perayaan yang bakal tiba. Kami berharap dengan sajian Egg-stra Ong ini, dapat memberikan egg-stra kegembiraan dan semangat yang lagi power untuk persiapan musim perayaan,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
“Pelanggan kami sememangnya best kerana mereka sentiasa memberikan
sokongan dan inilah yang menjadi visi dan misi kepada kami dalam membangkitkan
semangat agar terus menawarkan ‘something different’ terutamanya untuk hidangan
Egg-stra Ong ini. Kami yakin dengan idea gabungan egg-stra limpahan sos telur
masin dan taburan kepingan cili kering yang terdapat pada roti burger ini pasti
akan memberikan kelazatan dan kenikmatan unik yang tidak dapat anda lupakan,”
kata Dato' Joshua Liew.
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada
500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis,
kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.
Bagi Shailla, dalam banyak-banyak menu dari Marrybrown, menu telur asing ini tidak pernah mengecewakan. Tidak rugi untuk korang mencuba menu terbaru ini kerana kuah salted Egg dia memang sedap dan pekat memang pembuka selera. Bagi penggemar salted Egg memang berbaloi untuk mencuba menu ini. Selain itu juga, korang kena cuba burger ayam dia yang sememangnya ranggup. Untuk tambahkan lagi kelazatkan korang boleh tambah sos telur masin. Untuk Shailla burger dia terasa pedas sedikit tetapi untuk orang kuat makan pedas rasanya tiada masaalah.
Menu 'Egg-stra Ong, Lagi Power' ini sangat sesuai dihidangkan untuk sesisi keluarga. Selain menyelerakan, korang juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga sambil menikmati hidangan ini. Jangan lupa untuk dapatkan Marrybrown 'Egg-stra Ong, Lagi Power' ini di Marrybrown berdekatan korang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan
perkhidmatan penghantaran, sila layari :
Facebook : MarrybrownMalaysia