November 30, 2013

Oxybenzone Dalam Produk Sunscreen

Assallammualaikum


Hai semua, apa khabar? okay kali ini Shaila ingin bercerita tentang satu bahan yang terkandung dalam produk sunscreen. Bahan itu adalah Oxybenzone.Shaila terfikir untuk buat research tentang bahan ini adalah kerana dibawah kotak krim muka shaila ada tertulis " Amaran : Produk ini mengandungi Oxybenzone " .Ehhh...kenapa dia bagitau macam itu yer? bahaya ke bahan ini ?

Apa itu Oxybenzone?Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, Oxybenzone yang berfungsi sebagai penyerap cahaya ultra ungu dan agen perlindungan dari sinaran matahari dikesan pada kulit hampir setiap rakyat negara tersebut. Dalam kajian epidemiologi manusia, Oxybenzone telah dikaitkan dengan kerengsaan, sensitif dan alahan.Oxybenzone adalah racun yang dikandung oleh penahan sinar matahari (sunscreen) yang menjadi faktor penyebab kanker kulit. Lebih baik gunakan sunscreen berbahan Zinx Oxide atau Titanium oxide.

Wahhh...rupanya bahaya juga bahan ini pada muka kita, kesimpulanya Shaila kena stoplah guna krim ini. Tapi baguslah pengusaha produk ini, dia bagi amaran awal-awal tentang bahan bahaya yang terkandung dalam produk ini.Yang tidak bagusnya, dia tahu bahan itu berbahaya tetapi kenapa masih dipasarkan atau mengantikan dengan bahan Zinx Oxide atau Titanium oxide. Shaila tidak tahu adakah sumber yang shaila dapat tentang oxybenzone ini adalah sahih TETAPI bagi shaila mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Sekian Terima Kasih

November 29, 2013

CPUV/BE NUFFNANG November Lagi !!!

Assallammualaikum


Alhamdulillah, sha dapat CPUV dari pihak nuffnang lagi...Ya Allah syukur sangat- sangat. Thanks to pihak nuffnang kerana memberi shaila kesempatan untuk merasa CPUV untuk bulan november lagi. 


Buat masa ini campaign dari Guess Jeans, mah sing , Taylor scholarship  dan yang terbaru Libresse masih berjalan lagi...alhamdulillah...rezeki shaila untuk hari jumaat ini...Guess Jeans memang terbaik, start 14 october,sampai sekarang masih on going (^_~)

Thanks to : nuffnang 

Sekian Terima Kasih

November 25, 2013

Review BYPUJI Product

Assallammualaikum


Hai semua..sekarang shaila hendak review pasal shawl dari BYPUJI pula..BYPUJI adalah nama jenama untuk produk yang dihasilkan oleh owner BYPUJI iaitu Azza. Shaila bahasakan "kak Azza" Selain shawl, tudung bawal juga turut di hasilkan. 

Owner BYPUJI



Inilah owner BYPUJI Azza adalah nama diberi, orangnya manis lagi bergaya..tengok sahaja gambar di atas..hahaha...sangat styles bila bergambar.. Okay BYPUJI juga merupakan salah satu sponser dalam  Majlis Pelancaran Video Brosur bersama Bloogers. Dibawah adalah beberapa gambar yang diambil semasa majlis itu.

Model dan juga owner BYPUJI

Haaa...inilah model BYPUJI..adik comel ekin...hahaha...orangnya memang happy go lucky, photogenik dan pandai bergaya...

Gambar owner BYPUJI bersam Bloogger

Owner Cheesecake & choc dan juga owner BYPUJI


Tara!!! comelkan mereka nie semua..hihihi...

Contoh Produk Yang Mereka Hasilkan :

  Batch 1

Batch 2



Komen Shaila 

Shaila juga merupakan salah seorang pelanggan BYPUJI, buat masa nini, shaila telah membeli 2 helai shawl dari BYPUJI dan dah order lagi satu dari kak azza..hihihi.



 Komen shaila untuk Shawl yang dihasilkan oleh BYPUJI adalah shawl BYPUJI sangat selesa dipakai. Selain itu, shawl BYPUJI juga tidak jarang dan sesuai untuk digayakan dengan pelbagai gaya, bentuk dan juga styles.Design dan corak-corak yang ada pada shawl BYPUJI  sangat unik,cantik, elegant dan mempunyai identitinya tersendiri. 

Untuk melihat lebih banyak lagi shawl dan juga tudung BYPUJI,bolehlah  melawat serta like Fan Page FB seperti dibawah :

We sell exclusive custome-made shawls, bawal,("awning, syria" coming soon) for scarves lovers out there who looking for unique design from common market!

https://www.facebook.com/bypuji

Please EMAIL to bypuji@gmail.com

Sekian Terima Kasih

Review Cheez & Choc Product

Assallammualaikum


https://www.facebook.com/cheeznchoc

Hai...kawan-kawan...hari ini shaila hendak review tentang produk makanan pula.Haaaa...selalu review pasal produk kecantikkan sahajakan, jadi hari ini kita lari tajuk sikit...harap dapat kejarlah yer...hihihi. Siapa di sini penggemar kek? ha...pasti ramai di sini yang gemar kek kan.jadi shaila hendak cerita tentang akak sorang ini merangkap kawan office shaila memang pandai buat kek. Rasa keknya, Ya allah sedap !!! sekali makan terus jatuh cinta !!! serius tidak tipu...


Ha...kawan-kawan...inilah owner Cheez & Choc yang kecil molek tetapi hati kental...yang sebelah kiri yer bukan sebelah kanan...(^_~) namanya adalah Azura..boleh panggil Kak Zura. Kak zura ini juga merupakan salah seorang sponsor untuk Majlis Pelancaran Video Brosur bersama Bloogers (Klik link disebelah untuk tahu lebih tentang majlis itu)

Gambar Kak Zura Semasa  Majlis Pelancaran Video Brosur bersama Bloogers 


Antara Produk yang terdapat di Cheez & Choc adalah:

chocolate Lasagna

Snowy Cheesecake

Making Cake for event

Cookies

Lain-lain produk

Untuk melihat lebih banyak hasil kerja dan produk yang kak zura hasilkan, boleh melawat dan like FB kak zura di sini :

selling cake, pastry products and etc.

https://www.facebook.com/cheeznchoc

To order,call/SMS/whatsapp Azura - 0122614176 or Mazlan (0193630673)

Sekian Terima Kasih

Produk Cosmoderm Untuk Masaalah Kantung Minyak atau Oil Seed

Assallammualaikum


Hai semua pembaca...apa khabar? di harap sihat selalu. Okay hari ni shaila hendak review produk yang sesuai untuk masaalah kantung minyak oil seed. Apa yang shaila tertarik tentang produk ini adalah ia bukan sahaja digunakan untuk memebersihakan make up sahaja tetapi dapat juga membantu menyelesaikan masaalah kantung minyak atau oil seed. 

Apa itu kantung minyak atau oil seed?


kantung minyak atau oil seed adalah berpunca dari  lebihan minyak bawah mata.Jika krim muka terlalu berminyak juga boleh menyebabkan pembentukan bintik bawah mata.

Shaila review produk ini adalah kerana kakak shaila juga menghadapi masaalah yang sama iaitu terdapat banyak seed oils di bawah matanya


waaaaa...maaflah gambar kurang jelas...hahaha..Jadi shaila sudah cadangkan kakak beli produk ini, harap-harap dapat membantu masaaalah kakak shaila.

Sedikit info mengenai Vitamin E Make Up Remover

1. Membantu masalah kantung minyak atau oil seed dengan penggunaan yang konsisten
2. Menanggalkan solekan 2 kali lebih pantas dr make up remover lain.. Guna jari pun boleh, jimat xperlu facial cotton!
3. Ia sangat lembut untuk digunakan dibahagian mata dan bibir
4. Tidak pedihkan mata
5. Untuk semua jenis kulit
6. Menanggalkan solekan kalis air secara lembut untuk mengeluarkan minyak dan kotoran 
7. Membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk kekal seri.
8. Jangan lupa basuh dengan air.

Produk ini boleh didapati secara online di http://www.cosmoderm.com.my/ atau di farmasi.

Sekian terima Kasih

November 20, 2013

CPUV/BE NUFFNANG BULAN NOVEMBER

Assallammualaikum


Alhamdulillah, sha dapat CPUV dari pihak nuffnang lagi...Ya Allah bestnya...rase bersyukur sangat. Thanks to pihak nuffnang kerana memberi sha kesempatan untuk merasa CPUV untuk bulan november ini. Buat masa ini campaign dari Chipsmore and Guess Jeans masih berjalan lagi...alhamdulillah..

Thanks to : nuffnang and sapuraindustrial

Sekain Terima Kasih

November 12, 2013

'Launch of Video Brosur with Blooggers Dot Com'

Assallammualaikum


Selamat tengahari semua blooggers..!

MASIH ada 6 KEKOSONGAN UNTUK EVENT BERIKUT:

'Launch of Video Brosur with Blooggers Dot Com'

Date : 16 Nov 2013
Venue : Khadijahs Kitchen Setapak (PV13)Time : 2.00pm to 5.30 pm 
Only 30 Bloggers 

Please PM Details berikut:
NAMA 
EMAIL 
PHONE NO. 
URL BLOG

PM kami Farisya Anastasyia & Farid Laham utk rsvp...

-TQ-
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...