Assallammualaikum
Hai semua apa khabar?
Okay sekarang shaila hendak cerita tentan misi mencari kasut hantaran.Okay
cerita begini, hari itu shaila pergi makan dekat old town white café, sementara
shaila menanti makanan sampai, shaila berjalan-jalan dengan kawan shaila dekat
deretan kedai berhampiran old town white café itu. Jalan punya jalan, kemudian "termasuk" satu kedai kasut itu. Kasut dekat situ memang cantik-cantik tetapi shaila
lupalah pulak tengok nama kedai
itu…huhuhu…ini kes main masuk sahaja.Okay sambung balik, tiba-tiba
shaila terperasan satu kasut yang memang sangat cantik dan sesuai untuk
dijadikan salah satu barang hantaran. Harga kasut itu RM 79.90, tetapi
malangnya size shaila sudah habis dan kasut itu juga tiada stok..Fuhhhh…frust
di situ.Kemudian, Shaila ada juga tengok beberapa web online kasut, salah
satunya adalah di Zalora Malaysia . Dalam web ini ada beberapa design
kasut yang shaila tengok macam sesuai
sahaja dijadikan sebagai barang hantaran belah perempuan. Contoh design kasut
yang shaila berkenan adalah seperti dibawah:
Passion
Nose
Sidewalk
Choc’o’latte
Vincci
Buat pengetahuan
semua, harga untuk kasut-kasut diatas adalah bawah RM100.00 kerana memang bajet
shaila untuk kasut hantaran adalah bawah RM100.00 . RM100.00 ?? apa pendapat
korang RM100.00 itu murah ke mahal tetapi dengar macam murah sahajakan atau
dalam bahasa englishnya adalah low bajet. Hakikatnya lebih baik low bajet dari
membazir. Hendak kahwin ini bukan akan pakai duit semasa persiapan majlis perkahwinan
sahaja tau tetapi selepas itu dan akan datang juga banyak pakai duit JADi
selagi boleh bajet kita bajet yer.kalau kita pandai cari, sebenarnya dengan
RM100.00 kita sudah boleh dapat kasut yang cantik dan berjenama seperti NOSE,
PASSION dan sebagainya. Selain design diatas sebenarnya banyak lagi design
kasut-kasut yang cantik dan kasut yang
menjadi perhatian shaila adalah nose warna silver glitter dan Sidewalk warna coklat cair itu .Jenama Choc’o’latte itu pun shaila suka sebab warna PINK!!!...hahaha...Okaylah sampai sini sahaja
entri shaila…jumpa lagi…daaa…
Sekian Terima Kasih